20 October 2011

19 October 2011

Mari tengok nombor siapa yang kena..menang RM371,172.10..!!

Ini adalah senarai nama dan jawatan pemilik kereta kerajaan negeri Melaka berserta nombor pendaftaran dan harga yang berjaya di beli kerajaan Melaka, jumlah untuk 30 nombor pendaftaran adalah RM371,172.10. Beli pampers anak pun tak cukup...!!!





Click image untuk paparan yang lebih besar.

Jalan Rumah Di Tutup: Sia-sia sokong UMNO 40 tahun..

Fatimah Bt. Hassan dan ibunya Mah Bt. Kabul

Seorang tukang andaman pengantin Fatimah Bt. Hassan, 62, yang tinggal berdekatan dengan Taman Bukit Katil Permai, Bukit Katil begitu kecewa dengan tindakan menutup jalan di depan rumahnya sekaligus menyekat periuk nasinya untuk mencari rezeki. Turut tinggal bersama Puan Fatimah adalah ibunya, Mah Bt. Kabul yang berusia 78 tahun.

Beliau yang sebelum ini sudah banyak memohon supaya jalan di depan rumahnya itu tidak ditutup namun tidak diendahkan oleh pihak kerajaan. Liputan media sebelum ini pernah memuatkan isu berkaitan jalan di hadapan rumahnya ini. Antara media yang pernah datang membeuat liputan ini ialah Sinar Harian, Haian Metro dan Melaka Hari Ini namun tidak ada apa tindakan yang diambil.

Apabila isu ini berlegar di dalam ruang Sinar Harian, barulah kerajaan pimpinan Datuk Seri Ali Rustam kelam kabut untuk menyelesaikan masalah namun ia hanya bersifat sementara sahaja Pembinaan jambatan ini sudah genap setahun namun sehingga hari ini belum ada apa-apa pampasan yang diterima oleh pihaknya akibat penutupan jalan itu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam ada berjanji dengan beliau untuk datang melihat keadaan rumahnya namun sehingga hari ini belum muncul dan hanya tinggal janji-janji kosong.

Katanya, penutupan jalan utama ke Taman Bukit Katil Permai itu telah menyusahkannya sekeluarga dan orang yang berada di taman belakang yang terpaksa pusing untuk ke jalan utama. Penutupan jalan tersebut juga mengundang kerisauan akibat limpahan air hujan yang sering memasuki ruangan laman dan kaki lima rumahnya.








Keretakan rumah akibat pembinaan jalan dan jambatan telah mengundang bahaya terutamanya dalam rumah yang saya diami. Walau sudah ditampal keretakan itu, ia tetap merekah dan rekahan itu semakin membesar serta kehidupan kami sekeluarga bagaikan bertarung nyawa.

Jambatan yang ditinggikan untuk tujuan sukan rekreasi

Alasan yang diberikan untuk meninggikan jambatan itu adalah untuk laluan bot bagi tujuan pelancongan namun ia hanya bersifat sementara kerana aliran air sungai itu cetek dan tanah sering mendap menyebabkan tidak boleh diadakan sebarang aktiviti reaksi dalam sungai tersebut. Selain itu juga, kemalangan juga sering berlaku selepas meninggikan jambatan itu dan beliau sudah dua kali terlibat sama dalam kemalangan itu.

Mah Bt. Kabul menunjukkan cara dia ke kedai sebelah

Beliau berkata, ibunya juga terpaksa memanjat pagar yang melintang dihadapan jalan semata-mata untuk ke kedai runcit bersebelahan. Jika tidak dipanjat, ibunya terpaksa pusing ikut jalan belakang yang jaraknya lebih jauh jika dibandingkan dengan hanya memanjat pagar berkenaan. Ia memang menyusahkan ibu saya untuk ke kedai.

Katanya, apa makna disebalik tema 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan jika ini kehidupan yang terpaksa kami lalui. Ia ibarat beruk dihutan disusukan tetapi anak sendiri diarkan kelaparan.

Rumah Fatimah

Jalan bersebelahan rumah Fatimah

Selama 40 tahun saya menyokong dan mengundi UMNO, ia seolah-olah tidak dihiraukan dan kami bagaikan tidak dipedulikan. UMNO yang memperjuangkan hak orang melayu tetapi kami yang melayu Islam dipinggirkan sebaliknya jalan bersebelahan tidak pula ditutup. Jalan sebelah adalah milik orang Cina. Mana pembelaan untuk melayu? Jika mahu menutup jalan, tutuplah kedua-dua jalan dan jangan bersikap tidak adil. Ujarnya.

Cuba bayangkan jika taman dibelakang tidak wujud, ke arah mana saya dan keluarga mahu keluar sekiranya jalan tersebut ditutup? Adakah mahu terbang atau menyelam ke dalam air untuk keluar ke jalan utama? Itulah persoalan yang patut dijawab oleh kerajaan pimpinan Ali Rustam dan UMNO.


Menurutnya lagi, kontraktor telah nilaikan harga pampasan yang berjumlah RM50,000 untuk semua kos. Kerja-kerja ini telah diserahkan oleh sebuah syarikat iaitu Kejuruteraan Asas Jaya Sdn Bhd yang berpangkalan di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh.

Penyelia DUN Bukit Baru
Yusof Wahab

13 October 2011

Awie pula bakal di tahan JAIS..??? Tidakk..!!!


p/s: sesekali nak tengok juga apa perubahan artis yang masuk UMNO ni...

Isu Zakat Melaka..kemana ia di leburkan..


1) Tanggungjawab utama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) adalah membangun, menggalak, mengurus dan meningkatkan sosioekonomi orang-orang ISLAM mengikut undang-undang syarak.


2) Secara keseluruhan, Pendapatan hanya meningkat sebanyak RM8.3 juta @ 25.79% berbanding perbelanjaan yang meningkat sebanyak RM10.7 juta @ 38.62%. Perbelanjaan yang meningkat secara mendadak ini menyebabkan keuntungan MAIM menurun sebanyak RM2.3 juta atau 53.17% berbanding tahun 2008

3) Berdasarkan pemerhatian, peningkatan yang ketara dalam pendapatan sebanyak RM8.3 juta disumbangkan melalui kumpulan Wang Zakat (RM3.8 juta @ 14.28%) dan Kumpulan Wang Baitulmal (RM4.5 juta @ 104.87%).


Persoalannya, mengapakah kutipan zakat pada tahun 2009 hanya meningkat sebanyak 14.28% sahaja melalui Zakat Harta dan Zakat Fitrah? Selain itu, Mengapakah Zakat Fitrah hanya meningkat sebanyak RM53,444.00 kepada RM2.986 juta sahaja berbanding yang disasarkan sebanyak RM3.081 juta (Petikan Utusan Malaysia pada 13/08/09)


4) Berdasarkan pemerhatian, mendapati bahawa MAIM telah membelanjaan wang zakat yang sangat ketara dalam Asnaf Fakir (67.58%), Asnaf Muallaf (260.00%) dan Asnaf Gharimin (8,037.88%).

Persoalannya, mengapakah MAIM membelanjakan wang zakat yang amat ketara dalam Asnaf Muallaf dan Asnaf Gharimin (Orang yang berhutang)? Siapakah Muallaf dan Gharimin yang dimaksudkan?



5) HARTANAH LOJI DAN PERALATAN

i) Wujud pelupusan TANAH dan BANGUNAN berjumlah pada harga kos RM3.8 juta. Nilai bersihkedua-dua aset ini berjumlah RM3.3 juta. Walau bagaimanapun, keuntungan atau kerugian ataspelupusan aset ini tidak ditunjukkan di dalam Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan mahupunPenyata Aliran Tunai. Persoalannya, mengapakah keuntungan atau kerugian tidakdidedahkan di dalam Laporan kewangan? Di manakah aset tersebut dan siapakah yangmembeli aset tersebut?

6) PERLABURAN

i) Di dalam Pelaburan Ekuiti, didapati wujud pelaburan dalam syarikat tersiar harga (Listed Company didalam Bursa) pada kos RM2.96 juta. Namun, nilai pasaran pada 31/12/09 ialah RM2.39 juta. Inimenyebabkan MAIM bakal mengalami KERUGIAN SEBANYAK RM 570,000.00.

ii) MAIM membuat pelaburan kewangan pada jumlah kos RM2.71 juta. Antara pelaburan iniialah Amanah Saham berkos RM1.51 juta. Namun, harga pasaran pada 31/12/09 ialahRM600,000.00. Ini menyebabkan MAIM bakal mengalami KERUGIAN SEBANYAK RM900,000.00 sekiranya kerajaan tidak membeli balik harga amanah saham sebanyakRM1.00 sesaham.


iii) Kesan pelaburan kewangan melalui Pelaburan Dinar Emas yang bakal mengalami KERUGIAN SEBANYAK RM 250,000.00 disebabkan kegagalan memperolehi semula pelaburan dinar emas yang dibuat melalui syarikatluar negara.


SECARA KESELURUHAN MAIM BAKAL MENGALAMI KERUGIAN TUNAI SEBANYAK RM1.72 JUTA.!! ............BAIK PUNYA....!

(Sumber: Audit Negeri Melaka 2009)

Sekolah Harapan Melaka semakin berkembang..!!

Penyelia DUN Bukit Baru, Cikgu Yusof Wahab

Sekolah Harapan Negeri Melaka adalah idea daripada Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam telah dibuka pada tanggal 17 September 2010 iaitu pada hari Jumaat. Kini sudah genap setahun sekolah itu telah beroperasi di Jasin. Sekolah itu yang dikenali sebagai ''Sekolah Harapan'', berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas pejabat Syarikat Air Melaka (SAM).

Peruntukan untuk Sekolah Harapan ini menelan kos RM1juta setahun dengan permulaan pelajar ketika dibuka adalah seramai 5 orang dan boleh memuatkan maksimum 40 pelajar. Namun, jumlah terkini pelajar tersebut adalah dua kali ganda jumlah maksimum tersebut iaitu seramai 87 orang sehingga setakat ini. Jumlah tersebut sudah cukup membuktikan semakin ramai yang terlibat dalam aktiviti kurang sihat ini.

Kebanyakkan pelajar yang menginap di Sekolah Harapan terdiri daripada mereka yang mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun ini seramai empat orang menduduki peperiksaan PMR dan empat orang bakal menduduki SPM tidak lama lagi pada November ini.

Sekolah Harapan juga mempunyai kelas tambahan (tuisyen) yang akan diajar oleh guru daripada luar yang dijemput khas. Kebanyakkan mata pelajaran kelas tambahan ini melibatkan subjek teras seperti Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains dan beberapa mata pelajaran teras bagi subjek PMR dan SPM.

Jumlah kakitangan Sekolah Harapan pada ketika ini ialah seramai enam orang termasuk seorang pemandu. Kebanyakkan kakitangan sekolah ini di bawah kerajaan negeri dan diikat kontrak.

Statistik kelahiran bayi semenjak sekolah ini beroperasi adalah seramai 71 orang yang mana seorang bayi telah meninggal. Bayi-bayi yang dilairkan itu diambil oleh keluarga pelajar tersebut untuk dijaga. Tempoh pelajar untuk berada dalam sekolah tersebut adalah tiga bulan selepas bersalin dan selepas itu mereka akan dikeluarkan dari sekolah tersebut untuk kembali ke pangkuan keluarga.

Bagi pelajar sekolah itu pula ada yang kahwin dengan lelaki pilihan mereka yang sebelum ini telah terlanjur. Pelajar paling muda dalam sekolah tersbut adalah berusia 14 tahun dan kes ini di bawah kes polis memandangkan pelajar tersebut dikategorikan di bawah umur 16 tahun.

Punca berlaku adalah disebabkan dari keluarga terbiar yang tidak mengambil berat keadaan anak-anak mereka. Kes-kes lain adalah daripada kes rogol sebanyak dua kes dan lain-lain kes adalah suka sama suka. Majoriti pelajar sekolah tersebut adalah berbangsa Melayu dan buat masa ini tiada dari bangsa selain Melayu.

Bayi-bayi juga ada disediakna ibu angkat namun sebelum bayi itu diambil ia akn menjalani proses temuduga dari jabatan agama sebelum bayi tersebut diambil oleh keluarga angkat terbabit untuk dijaga. Bantuan lain adalah dari badan bukan kerajaan seperti NGO seperti lampin dan keperluan untuk bayi dan ibu.

Yusof Wahab
Penyelia DUN Bukit Baru

03 October 2011

Hudud: Sister in Islam terlalu jahil.



Kenyataan Zainah Anwar selaku pengasas Sister in Islam (SIS) mengenai hudud pada 2 Oktober di akhbar The Star jelas menunjukkan kejahilan beliau dalam memahami Hudud. (sini)

Kenyataan Zainah di dalam akhbar berkaitan Hudud dengan menggambarkan Hudud sebagai undang-undang yang brutal dan tidak adil adalah suatu penghinaan terhadap hukum Allah. Sedangkan sebagai seorang Islam, kewajipan untuk mempercayai sesuatu perkara yang datang dari Allah adalah 100%. Keraguan terhadap sesuatu yang datang dari Allah mengundang kekufuran apatah lagi menghinanya.

Isu Hudud yang hangat di bangkitkan akhir-akhir ini mengundang pelbagai tafsiran. Ianya bukan sekadar menjadi bahan politik bahkan juga di ambil kesempatan oleh beberapa golongan untuk menyuntik fahaman liberal seperti SIS ini. Ini suatu yang membimbangkan di saat umat Islam hari ini agak lemah kerana di sibukkan dengan perkara yang melalaikan seperti budaya hedonisme.

Hari ini Hudud di gambarkan dengan begitu hodoh. Gambaran seolah-olah hudud ini adalah semata-mata suatu bentuk hukuman dengan melihat secara lahiriah semata-mata. Sedangkan Allah sendiri berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 39;

“Dan pencuri lelaki serta pencuri perempuan hendaklah dipotong tangan-tangan mereka sebagai balasan terhadap apa yang mereka lakukan, (dan hukuman itu bertindak sebagai) CEGAHAN dari Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Perkasa lagi Bijaksana”

Ianya adalah CEGAHAN bukan hukuman semata-mata. Mereka yang menganggap Hudud itu hukuman yang kejam, hakikatnya mereka lebih mengambil berat tentang nasib penjenayah itu daripada memikirkan nasib orang yang menjadi mangsa penjenayah itu sendiri. Sedangkan, sepatutnya orang yang tidak mempunyai sifat belas kasihan, seperti penjenayah tidak patut diberi belas kasihan. Ianya untuk mereka yang masih hidup, dan untuk menghidupkan hati mereka yang hidup agar tidak melakukan kejahatan atau jenayah.


"Dan dalam Qisas itu ada jaminan KEHIDUPAN bagimu, bagi orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa." (Al-Baqarah: 179).


Zainah selaku pengasas SIS tidak layak untuk mengeluarkan kenyataan dengan merujuk akal fikiran semata-mata. Rujuklah alim-ulama sebelum menyatakan pandangan sesuai dengan nama 'Islam' pada nama pertubuhan itu. Kelemahan dalam memberi hujah berdasarkan nas hanya akan mengelirukan lagi umat. Bahkan menyesatkan diri sendiri dan orang lain.

Hairan mengapa sehingga hari tiada tindakan yang di buat pada SIS sedangkan terlalu banyak pencangahan dan fahaman yang di bawa oleh pertubuhan 'Islam' ini sejak dahulu lagi. Jabatan agama perlu lebih sensitif, jangan kerana ada 'orang besar' dalam SIS membuatkan Jabatan Agama yang berautoriti ini menjadi 'tikus'. Ia sangat merugikan pada umat Islam.

Wallahualam.

Isu Negeri Melaka : Laporan Audit Negeri Melaka 2009-2010


Negeri : Melaka (Isu-1: Dari Laporan Audit 2009)
Tajuk Isu: Pengurusan Kenderaan Jabatan

Intipati Isu:

• Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) dari tahun 2006 hingga 2009 telah membelanjakan sebanyak sejumlah RM 2.47 juta untuk 17 buah kenderaan baru dan JKR telah membelanjakan sebanyak RM 2.29 juta untuk 20 buah kenderaan baru.
• Laporan Audit 2009 melaporkan pengurusan kenderaan JKMM adalah tidak memuaskan.
• Ini kerana JKMM telah membelanjakan RM 5.12 juta untuk kos penyenggaraan kenderaan. (antara contoh kos seggaraan adalah seperti Jadual 2.5 seperti dibawah).
• Audit telah melaporkan kos penyenggaraan adalah lebih tinggi dari kos membeli kenderaan baru antara 143% hingga 281% untuk tempoh lima tahun.
• Laporan Audit juga telah melaporkan terdapat pembaziran pembelian Sistem Pengesanan Automatik Kenderaan (AVLS) yg tidak dirancang. Sistem itu ditamatkan kerana menurut JKMM, peralatan itu tidak berfungsi dan selalu rosak walaupun system ini telah dibeli. Menurut Laporan Audit, pembelian ini berlaku dengan tiada perancangan teliti terhadap keperluan sebenar system ini dan berlakunya pembaziran kerana setelah setahun system ini tidak dpt digunakan.



Negeri : Melaka (Isu-2) -
Laporan Audit Negara 2010, Muka/surat 5-9
Tajuk Isu: Pengurusan Aktiviti Perlombongan Dan Pengambilan Pasir Dan Kesannya Terhadap Alam Sekitar.

Intipati Isu:

• Jawatankuasa Penswataan Negeri Melaka yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Melaka telah meluluskan Projek Mendalam dan Melebarkan Kawasan Sungai Batang Tampin Pulau Sebang, Daerah alor Gajah pada April 2008. Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka (UPEN) bertanggungjawab menguruskannya.
• Projek ini telah diberikan kepada syarikat Rafelisia (M) Sdn. Bhd. Perjanjian telah ditandatangani pada April 2009. Kawasan yg diluluskan adalah di Sg Batang Tampin sepanjang 13.35 km dari Pengkalan ke Pulau Sebang.
• Sebagai balasan, syarikat ini dibenarkan mengambil pasir yg dikeluarkan hasil dari kerja mendalam dan melebarkan sungai.
• Syarikat ini juga dikehendaki membina tebing, landskap dan penanda aras sungai mengikut spesifikasi di dalam perjanjian. Syarikat dikehendaki menyiapkan kerja dalam tempoh dua tahun dan kos projek adalah sebanyak RM 12.75 juta adalah ditanggung oleh syarikat ini.
• Penemuan Audit mendapati projek ini tidak memuaskan kerana mengakibatkan gangguan kestabilan tebing dan rejim sungai serta menjejaskan kualiti air sungai (sungai menjadi keruh dan tercemar).
• Selepas hampir dua tahun, syarikat ini hanya menyiapkan kerja pembinaan tebing sejauh 2km shj dimana sepatutnya ianya menyiapkan sepanjang 13.35km.
• Antara kelemahan yg didapati oleh Audit ialah kelemahan aspek pengurusan perjanjian penswastaan, syarat pengeluaran pasir sungai oleh JPS tidak dipatuhi, kelemahan dalaam permatuhan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan kelemahan pemantauan oleh Jabatan bertanggungjawab.
• Sungai dilebarkan lebih dari ukuran yang dibenarkan seperti didalam Jadual 3.3. Adakah syarikat ini telah mengambil pasir lebih dari yg dibenarkan (mencuri pasir??). Pertambahan ini juga telah menyebabkan rizab tebing sungai menjadi sempit.
• Penemuan Audit juga mendapati akibat dari projek ini, kualiti sungai telah tercemar. Ujian kualiti air telah dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar mendapati bahawa bacaan bagi pepejal terampai adalah tinggi menyebabkan sungai menjadi keruh dan tercemar.

Nota Tambahan – Tindakan undang-undang sepatutnya boleh diambil terhadap Syarikat ini kerana gagal mematuhi peraturan alam sekitar.


Negeri : Melaka (Isu-3)
Tajuk Isu: Pengurusan Pelesenan Premis Perniagaan, Penjaja , Pasar Malam, Dan Gerai Majlis Daerah Alor Gajah / Jasin.

Intipati Isu:
• Premis terbiar tanpa penyewa :
- Gerai dibina melalui peruntukan Kementarian Pembangunan Alor Gajah berada dalam semak samun.
- Ruang niaga di tingkat atas Pasar Pulau Sebang yang dibina pada 2001 melalui geran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kos RM 1.61 juta masih gagal disewa.


Sumber : Jabatan Audit Negara Sumber : Jabatan Audit Negara
Lokasi : Gerai Pulau Sebang, Alor Gajah Lokasi : Tingkat Atas Pasar Pulau Sebang, Alor
(MPAG) Gajah (MPAG)
Tarikh : 14 Oktober 2009 Tarikh : 14 Oktober 2009

• Laporan Audit telah menyebut yang pembinaan premis perniagaan diatas adalah satu pembaziran kerana terbiar kosong tanpa penyewa semenjak siap dibina.
Nota Tambahan: Premis ini perlu di siasat sama ada masih terbiar tanpa penyewa.
• Kadar Lesen di Caj Tidak Selaras Dengan Yang Diwartakan:
1. Seksyen 102A Akta 171, menetapkan sesuatu undang-undang kecil, kaedah atau peraturan yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Tempatan boleh menetapkan bayaran dan caj. Seksyen 103 pula menetapkan undang-undang kecil, peraturan tidak dikuatkuasakan sehingga ia disahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan disiarkan dalam Warta dan akan menjadi notis yang sah dari segi perundangan.
2. Semakan Audit mendapati kadar lessen yang dicaj tidak selaras dengan kadar yang ditetapkan dalam undang-undang kecil yang diwartakan. Walaupun kadar baru lessen ini diluluskan dalm Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan ianya dilakukan tanpa pewartaan.
3. Orang awam telah membayar lesen melebihi kadar yang boleh dikuatkuasakan. Kadar lessen didlm Jadual 5.2.

Nota Tambahan: MPAG memaklumkan pindaan kadar lessen adalah dalam proses
pewartaan. MPAG sepatutnya tidak boleh caj orang awam dengan kadar baru selagi ianya
tidak diwartakan. Kerajaan negeri seharusnya memulangkan kembali caj tambahan yang
dikenakan sebelum ini kerana ianya tidak diwartakan lagi dan tidak sah disisi undang-
undang.


• Rumah tumpangan beroperasi tanpa lesen:

1. Bil. 21 Jadual Kedua Perintah 3 UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan perindustrian (MDAG) 1964 menetapkan caj dan kadar lesen rumah tumpangan adalah RM 60 hingga RM 500 mengikut bilangan bilik telah ditetapkan.
2. Semakan Audit terhadapa maklumat Unit Promosi Pelancongan Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan data lejer pelesen rumah tumpangan MPAG tahun 2009 mendapati hanya 16 pengusaha rumah tumpangan yang berlesen berbanding 48 buah hotel/chalet/homestay yang beroperasi di Alor Gajah. Bangunan tersebut juga tidak mempunyai pelan bangunan yang sah.

Nota Tambahan: Isu ini menunjukkan longgarnya penguatkuasaan terhadap operasi rumah tumpangan yang bukan sahaja tidak berlesen tapi tidak mempunyai pelan bangunan yang sah. Banyak risiko terhadap keselamtan pengguna, risiko kebakaran dan juga hilangnya sumber pendapatan negeri.


• Operasi Lombong Pasir Sebelum Memohon Lesen:

1. Undang-undang Kecil Pelesenan Perdagangan, Perniagaan dan Perindustrian (MDJ) 1085 menetapkan setiap permohonan untuk mendapatkan lesen hendaklah dibuat secara bertulis kepada Yang Di Pertua dalam borang yang ditetapkan.
2. Semakan Audit terhadap enam fail pelesen lombong pasir di MPJ mendapati gambar premis dalam borang permohonan lesen premis perniagaan menunjukkan perniagaan telah beroperasi sebelum permohonan lesen diluluskan.Hasil laporan pemeriksaan premis perniagaan oleh MPJ juga mengesahkan perniagaan telah dimulakan semasa permohonan lesen dibuat. Semakan Audit juga telah mendapati tiada koordinasi diantara Pejabat Daerah dan Tanah Jasin (PDTJ) dan MPJ. PDTJ sepatutnya memaklumkan kepada MPJ untuk tindakan pelesenan sebaik sahaja permit bahan batuan dikeluarkan kepada Syarikat.

Nota Tambahan : Kenapa syarikat-syarikat ini begitu berani menjalankan perlombongan pasir tanpa mendapat kelulusan lesen terlebih dahulu. Dan kenapa tiada tindakan undang-undang diambil terhadap syarikat-syarikat ini kerana membuat perlombongan haram (pihak MPJ telah memaklumkan bahawa kompaun telah dikenakan kepada pengusaha yang tidak berlesen). Sepatutnya laporan polis dibuat terhadap syarikat ini kerana mencuri khazanah negeri.



Negeri : Melaka (Isu-4)
Tajuk Isu: Pengurusan Harta Wakaf oleh Majlis Agama Islam Melaka.

Intipati Isu:

• MAIM merupakan pemegang amanah tunggal bagi semua harta wakaf am atau wakaf khas selaras dengan Seksyen 77 dan 78 Enakmen Pentadbiran Agam Islam Negeri Melaka Tahun 2002. Pengurusan hartanah MAIM (harta Wakaf dan Baitulmal) adalah dibawah tanggungjawab Unit Wakaf dan Sumber Am, MAIM.
• Kegagalan Projek Usaha-sama dengan Real Merger Sdn. Bhd. (RMSB):
1. MAIM telah menandatangani satu perjanjian usaha sama dengan RMSB pada 13 Disember 2002. RMSB dikehendaki membina Kompleks MAIM di PT 1155, Bandar Bukit Baru, Daerah Melaka Tengah dlm tempoh 18 bulan dari tarikh surat perjanjian ditandatangani dengan kos pembinaan berjumlah RM 10.16 juta. Sebagai balasan, RMSB diberi hak membangunkan tanah di PT 83 dan MAIM akan memindah milik PT 83 kepada RMSB sebaik sahaja pembinaan Kompleks MAIM selesai.
2. RMSB telah mengingkari perjanjian dengan tidak membina Kompleks MAIM.
3. Sebaliknya RMSB membina projek pembangunan lima tingkat Kompleks Perniagaan dan 30 unit rumah kedai tiga tingkat diatas PT 83.
4. Mesyuarat MAIM bil. 2 Tahun 2004 pada 10 Juali 2004 telah memutuskan untuk menamatkan perjanjian asal. Mesyuarat juga bersetuju supaya RMSB mengemukakan perjanjian baru bagi membenarkan RMSB meneruskan pembangunan di PT 83 dan menanggung kos pembangunan Kompleks MAIM.
5. Semakan Audit mendapati RMSB telah meneruskan pembangunan di PT 83 tanpa mengemukankan perjanjian baru sehingga projek selesai pada 2007.
6. Kegagalan RMSB membina Kompleks MAIM menyebabkan MAIM terpaksa menggunakan duit zakat sejumlah RM 13.85 juta untuk membangunkan sendiri Kompleks tersebut.
7. MAIM telah memutuskan RMSB membayar ganti rugi sebanyak RM 10.16 juta. Sehingga tarikh pengauditan, RMSB Cuma membayar kepada MAIM sejumlah RM 1 juta tunai dan serahan bangunan bernilai RM 5.71 juta manakala baki RM 3.45 juta tidak dilunaskan oleh RMSB
8. Pada 13 Okt 2006, MAIM telah menyerahkan Surat Hak Milik tanah PT 83 kepada RMSB walaupun RMSB telah melanggar perjanjian dengan tidak membangunkan Kompleks MAIM.
9. RMSB telah memecah PT 83 kepada lima lot kecil iaitu Lot 105 hingga Lot 109 dengan kelulusan Pejabat Tanah dan Galian Melaka pada 14 Disember 2006.
10. RMSB kemudian pada Feb 2007, telah menjual Lot 106 kepada BC Lim Enterprise dengan harga RM 10.5 juta dan Lot 105 kepada Universiti Terbuka dengan harga RM 10.4 juta.
11. Nota Tambahan: MAIM telah begitu mudah membiarkan RMSB tidak mematuhi syarat perjanjian penswataan dan tidak mengambil tindakan undang-undang walaupun jelas RMSB telah melanggar syarat perjanjian. Bagaimana MAIM telah membenarkan dan memberikan Hak Milik tanah di PT 83 walaupun RMSB tidak membangunkan kompleks MAIM. Tanah PT 83 telah pun dijual oleh RMSB kepada BC LIM Enterprise.
• Diantara kelemahan lain yang diutarakan oleh Laporan Audit adalah berikut:
- Projek Pengubahsuain Komplek Perniagaan Al-Azim Bukit Palah tidak merujuk kepada Jabatan Kerja Raya.
- Kelewatan Pendaftaran Tanah Wakaf. 9 dari 45 permohonan tidak didaftarkan dalam tempoh 21 hingga 164 bulan.
- Daftar Harta Wakaf , Harta Faraid dan Sewa Hartanah tidak dikemaskini.
- Pencerobohan Tanah BaitulMal Di Mukim Durian Tunggal dimana sebuah rumah telah dibina.
- Tanah wakaf tidak dapat dikenalpasti lokasi. Pihak MAIM tidak pernah membuat lawatan dan pemantauan.

Nota Tambahan: Tanah wakaf tidak diuruskan dengan baik dan secara professional oleh MAIM. Laporan Audit juga mengatakan pengurusan harta wakaf adalah kurang memuaskan. Oleh itu harta wakaf ini gagal dimanfaatkan oleh umat Islam sejajar dengan niat pewakaf dan gagal mendapat pulangan ekonomi yang baik bagi kebaikan umat Islam.



Negeri : Melaka (Isu-5)
Tajuk Isu: Melaka International Trade Centre Sdn. Bhd.

Intipati Isu:

• Melaka International Trade Centre (MITC) adalah syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dengan modal berbayar sejumlah RM 1.0 juta dan telah beroperasi semenjak 2003.
• Objecktif MITC adalah untuk menyediakan tempat persidangan, konvensyen, tempat perniagaan dan pameran terbesar di Melaka.
• Penemuan Audit mendapati MITC telah mengalami kerugian bersih selama 2 tahun berturut-turut bagi tahun kewangan 2007-2009. Data kewangan MITC adalah seperti berikut:


• Walaupun tahun 2009 MITC mencatatkan keuntungan, tetapi keuntungan yang dicatat masih ditahap yg begitu rendah. Antara sebab kerugian adalah seperti berikut:

1. Kos pentadbiran dan operasinya yg tinggi.
2. Sewaan bangunan milik PKNM sebanyak RM 1.41 juta setahun. (menurut rekod sehingga Disember 2008, MITC masih mempunyai tunggakan sewa kepada PKNM sebanyak RM 7.02 juta.
3. Antara sebab sedikit keuntungan yg dicapai pada 2009 adalah kerana pelupusan berperingkat keatas tunggakan sewaan bangunan PKNM sejumlah RM 1.33 juta jumlah keseluruhan tunggakan sebanyakRM 7.02 juta.
4. Laporan Audit mendapati MITC mengalami masalah kewangan dan aliran wang tunai yg serius.
• Antara isu-isu lain:
1. Perbezaan rekod pinjaman antara MITC dan PKNM (menurut rekod MITC – RM 6.99 juta hutang , rekod PKNM pula menunjukkan sebanyak RM 9.84 juta hutang MITC – perbezaan sebanyak RM 2.85 juta)
2. Kerosakan bangunan yg tidak dibaiki disebabkan masalah kewangan
3. Sistem Kamera litar tertutup tidak disenggarakan (Nota tambahan: telah berfungsi selepas teguran Audit).
4. Pembayaran bonus pada tahun 2007 & 2008 kepada kakitangan walaupun syarikat mengalami kerugian dan kelulusan bonus hanya dilakukan oleh Lembaga Pengarah MITC tanpa mendapat persetujuan dari pihak berkuasa Kerajaan Negeri . Ini bercanggah dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 1983 yang menetapkan pembayaran bonus boleh dibuat sekiranya syarikat mendapat keuntungan selepas cukai dan hendaklah mendapat kelulusan Kerajaan Negeri.
• Pemantauan oleh Lembaga Pengarah MITC:
Kekerapan mesyuarat Lembaga Pengrah MITC adalah seperti berikut:

(Nota Tambahan – kekerapan diatas menunjukkan ahli lembaga kurang serius untuk mengatasi masalah kewangan dan pengurusan syarikat yang tidak berdaya maju. Tahun 2008 hanya menunjukkan hanya satu mesyuarat dilakukan walaupun syarikat menghadapi masalah kewangan yang serius.)

Nota Tambahan:

1. Adakah MITC merupakan satu projek gajah putih kerajaan yang gagal meningkatkan sumber pendapatan negeri? Yang mengalami aliran wang tunai dan hutang yang serius.
2. MITC didapati tidak berdaya maju kerana gagal mencapai objektif penubuhannya sebagai peneraju pusat perdagangan dan persidangan bagi zon Selatan Malaysia.
3. Tadbir usus MITC yang begitu tidak professional yang tidak mematuhi Pekeliling Kerajaan, mempunyai rekod kewangan yang bercanggah dengan PKNM dan membayar bonus ketika syarikat sedang mengalami kerugian.
4. Adakah sudah sampai masanya untuk Ahli Lembaga Pengarah MITC yang diketuai oleh Pengerusinya Datuk Amid Nordin dan juga pengurusan tertinggi syarikat dibubarkan dan digantikan dengan individu korporat yang lebih berpengalaman dan berdaya maju?



Negeri : Melaka (Isu-6)
Tajuk Isu: Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn. Bhd.

Intipati Isu:

• Putra Specialist Hospital Melaka Sdn. Bhd. (PSHM) dahulu dikenali sebagai Southern Hospital Melaka Sdn. Bhd. di tubuhkan pada 1995 dimiliki oleh Kerajaan Negeri Melaka dibawah Perbadanan Ketua Menteri Negeri Melaka (CMI) dengan pegangan saham sebanyak 70.5%. PSHM juga mempunyai cawangan di Batu Pahat, Johor.
• Prestasi kewangan PSHM adalah seperti berikut:

• Kerugian drastik yang berlaku pada tahun 2008 adalah kerana pembayaran tertunggak sewa bangunan sejak dari tahun 2004-2007 mengikut perjanjian asal dengan Tabung Amanah Melaka (TAM).
• Laporan Audit mendapati nisbah keuntungan PSHM adalah tidak memuaskan walaupun mendapat sedikit keuntungan pada tahun 2007 dan 2009. Ini kerana kadar pulangan adalah rendah dan tidak konsisten dari tahun ke tahun dan PSHM tidak berupaya menampung keseluruhan liability (hutang) semasa dengan asset semasanya.
• Tadbir Urus Korporat – Polisi PSHM yang menetapkan perolehan diantara RM 10,000 – RM 200,000 perlu dibuat melalui proses sebut-harga dan perolehan melebihi RM 200,00 ke atas perlu dibuat melalui proses tender. Walaubagaimanapun, terdapat perolehan tanpa tender dan sebut harga seperti Jadual-jadual dibawah:

• Sebanyak RM 9.52 juta perolehan dibuat tanpa tender.

• Nota Tambahan: Adakah tindakan PSHM membuat perolehan tanpa sebut harga dan tanpa tender adalah kerana arahan dari pemimpin kerajaan negeri untuk memberi terus kepada kroni-kroni mereka ? Ini menyebabkan PSHM menjadi syarikat yang kurang berdaya maju.



• Antara Isu lain yang dilaporkan oleh Laporan Audit:

1. Tunggakan sewa bangunan yang semakin meningkat setiap tahun dan pembayaran yang tidak mengikut jadual.
2. Tunggakan Bil pesakit bagi tahun 2009 yang mencecah RM 14.50 juta berbanding dengan RM 13.81 juta.
3. Pembayaran Dividen tidak pernah dibuat kepada pemegang saham (Kerajaan Negeri Melaka) walaupun keuntungan telah direkodkan.

4. Bil lewat dijelas kepada pembekal disebabkan masalah kewangan yang dialami oleh PSHM. Sehingga 31 Disember 2009, jumlah bil (hutang) yang belum dijelaskan oleh PSHM kepada pembekal adalah sebanyak RM 15.34 juta. Ini kerana PSHM mengalami masalah aliran tunai yang kurang memuaskan. Sehingga 31 Disember 2009, baki wang tunai di bank hanyalah sebanyak RM 1.60 juta sahaja.
5. Pembayaran bonus semasa kerugian. Pada tahun 2008, bayaran bonus sebanyak RM 0.5 juta dibuat walaupun syarikat pada ketika itu mengalami kerugian. Pada tahun 2009, bayaran bonus sebanyak RM 0.8 juta dibuat walaupun penyata kewangan masih belum ditutup.

Nota Tambahan: Walaupun terdapat permintaan yang tinggi dalam industri kesihatan, PSHM didapati tidak mendapat keuntungan yang memberansangkan. Di Melaka tidak terdapat banyak hospital-hospital swasta, ini sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh PSHM dengan menjadi berdaya maju dan mendapat keuntungan