13 May 2008

Tangisan Hamba


Kata ahli Hikmah,Dunia ini dimulai dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.


Menangis adakalanya dituntut oleh syariat. Abid yang menyintai Tuhan akan selalu menangis mengenangkan dosanya.Mereka memaksa diri menangis apabila mengenang nasib diri di hari akhirat dan membayangkan huru-hara pabila menjelang kiamat.Dalam hal ini menangis adalah dituntut. Setitis airmata yang jatuh kerana takutkan Allah akan dapat memadamkan api neraka di hari akhirat kelak. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bahawa air mata dari tangisan pembuat dosa yang bertaubat adalah lebih disukai Allah dari tasbih para wali.


Rasulullah s.a.w juga ada bersabda: "Kejahatan yang dibuat lalu menimbulkan rasa sedih adalah lebih baik dari kebaikan yang menimbulkan rasa takbur." Anas r.a berkata: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berkhutbah, lalu baginda bersabda dalam khutbahnya itu: " Andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Anas berkata: seketika itu para sahabat menutup muka masing-masing sambil menangis teresak-esak. Hari ini manusia terus menangis dan menangis, tetapi tangisan mereka amat jauh bezanya dengan tangisan para Nabi, Rasul dan sahabat.


Jika orang soleh zaman dahulu menangis kerana mengenang nasibnya diakhirat tetapi orang hari ini menangis kerana takut kehilangan dunia. Tangisan ini datangnya dari sifat tamak dan tidak redha.Kalau orang soleh takut berpisah dengan iman dan kecintaannya pada Allah, orang hari ini takut berpisah dengan dosa dan maksiat. Jika para Nabi dan rasul serta para sahabat takut menghadapi akhirat, orang hari ini seolah-olah berani dan tidak takut menghadapinya. Tetapi bila orang soleh berani menghadapi gelombang hidup duniawi, orang hari ini takut dan lemah hati dalam menghadapi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup.


Menangis dan menangislah tapi biarlah kena pada tempatnya yang dibolehkan oleh agama. Apa akan jadi jika kita gagal diakhirat? Inilah sebenarnya kegagalan yang mutlak...jadi kalau perkara ini yang kita tangiskan, memang kenalah pada tempatnya. Abu Hummah (Shadujja) Bin Adilan Albahily r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w:"Tiada suatu yang lebih disukai oleh Allah dari dua titis dan dua bekas. Titisan air mata kerana takut kepada Allah dan titisan darah dalam mempertahankan agama Allah. Adapun dua bekas adalah bekas dalam perjuangan fisabilillah dan bekas perjuangan kewajiban kepada Allah." (Riwayat Attirmizi)

10 May 2008

Ciri-ciri Umat Muhammad s.a.w


1. SANGAT MEMBENCI DAN TEGAS TERHADAP MAKSIAT.

2. SANGAT KERAS TERHADAP ORANG KAFIR YANG MEMUSUHI ISLAM.

3. TIDAK BERSYUBAHAT DALAM MELAKUKAN KERJA YANG MEMBAWA KEPADA KEMUNGKARAN.

4. SANGAT MENGASIHI SAUDARA SESAMA ISLAM.

5. BERSIFAT RENDAH DIRI DAN REDHA DENGAN RAHMAT ALLAH.

6. TIDAK PENDENDAM SERTA SANGGUP MEMAAFKAN MUSUH.

09 May 2008

Ku Cari Damai Abadi..(edisi Heritage car)














.......................................................
aku cari bukan wang tambang berjuta-juta,

untuk hidup kaya dari upah penumpang kereta,

aku cari bukan minyak extra,


untuk hidup bergaya menyusuri jalan kota,


aku cari bukan kawan-kawan yang memerlukanku ketika aku sempurna,


untuk hidup sekadar boleh jalan (bergerak),


tetapi aku sari dimana dia Pak Saad,


aku cari mana dia kedai repair kereta,


Kita bongkar semua workshop,


cari pomen.


Kita bongkar komponen-komponen kereta,


cari masalah.





Aku berkhidmat kerana Dia Rabbi,


Dialah penolong makhluk-makhluk-Mu,


Dialah petunjuk jalan kebenaran,


Dia mencukupi bagiku..


Berkhidmat menyusuri jalan kebajikan,


Menuju membantu ke medan dakwah,


Para Sahabat yang berjuang,


Aku hidup pada yang memberi,


Moga-moga khidmatku diberkati illahi, untuk


Menikmati Damai Abadi.

08 May 2008

Mengikis Kebencian Dalam Pergaulan Oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah


Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita.




Jangan Ada Benci Di Hati
Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya. Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.


Kaedah Mengikis Benci
Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka,memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.


Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:
1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang(walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.
Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.
10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian. 14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.


Terlebih Dahulu Baiki Diri
Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh men-sabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:
"Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka"

07 May 2008

Syukur Alhamdulillah..

Cuti semester ke-2 bagi sesi 2008 telah bermula, permulaan yang menjanjikan peluang dan promosi besar-besaran bagi aku merehatkan diri dan minda setelah 6 bulan diisi dengan pelbgai agenda tugasan, test, gerak kerja, dan perkara2 lagho lain, yang menjadi punca utama malamku kesiangan huhu..Syukur,..dapat aku qada' balik tidur-tidurku yang lepas dengan bayaran yang sangat tak adil dan tak telus..mana taknya, dulu tidur sekadar 3jam sekarang di balasnya 8jam.
Rumah ku Syurgaku..ungkapan yang aku gemar bisikan dalam hati sanubariku apabila berpeluang untuk pulang ke kampung halaman..nikmat yang tiada terperi rasanya, umpama menikmati semangkuk ABC di kala terik mentari, apa taknya nasi keluaran beras faizah (walaupun harga naik) dan lauk pauk pulak yang dimasak ibu;sambal ayam,ikan bakar, sambal tumis, asam pedas, sotong goreng, dll..wahduh2.!, tambahan lagi pula dengan tilam 21'' dan bantal busuk yang telah di basuh, sungguh lembut, empuk dan bangat sekali,..
Allahuakbar..Sunguh besar nikmat yang Allah berikan, Salah ke bersenang lenang dengan nikmat-nikmat ni??itu bukanlah masalahnya,.persoalannya, bagaimana pula hendak kita BERSYUKUR dengan limpahan nikmat yang Allah berikan ini..Takut2 pula kita kufur dalam nikmat Allah (wal'izubillah), firman Allah dalam Surah Ibrahim:7 "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."

jadi...Bersyukurlah kepada Allah dengan sentiasa mengingatinya dalam ketaatan, nescaya ALlah akan ingat pada kita dengan limpahan Rahmat-Nya..Firman Allah dalam surah Al-Baqarah:152 "ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku"