05 November 2008

uuh!!..Alhamdulillah

Gambar hiasan:saje letak sebab ada nilai-nilai estetik bagi mereka yang tahu menilai



My thesis already in finalize stage.., hanya tinggal untuk di jilidkan saja lagi. Cukup bagi aku membayangkan betapa menderita dan terseksanya aku menyiapkan thesis ini (walaupun aku sering dilihat 'rileks' oleh sahabat-sahabat serumah..huhu), dengan masa yang begitu singkat di tambah pula lagi dengan beberapa siri projek dan assigment yang menjadi kekangan kesempurnaan progress thesis aku. Mungkin aku tidak dapat membayangkan pada awalnya, kurang 12minggu untuk menyiapkan thesis, tapi berbekalkan keazaman yang jitu dan mantap dalam diri berjaya juga akhirnya. Semuanya adalah pertolongan dari Allah dari usaha aku yang tak seberapa ni..Thanks God!

N now is examination weeks..'honey moon' weeks for me but 'night mare' for my friends (why??,..dun ask..). Setel banyak perkara dalan beberapa minggu sebelum ini,..my classes, final project, port-folio, thesis (almost done), and my 'leadership'. Unfortunately, for my friends..revision..ulangkaji..muraja'aah..books n books..anyway my friends..good luck to all..may Allah bless us.


Sedar tak sedar rupanya aku sudah berada di hujung sem, hanya tinggal satu sem saja lagi untuk tamat pengajian di utm ini, segalanya bermula dengan satu langkahan yang penuh dengan harapan, dan mudah-mudahhan dengan harapan ini juga, aku keluar dengan langkahan pengalaman dan semangat yang membara menongkah cabaran kerjaya di dunia luar. Semoga harapan tidak tinggal harapan dan harap Allah mempermudahkan..InsyaAllah..

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" Ar.Ra'ad 11

04 November 2008

my final exam's motivation

Do'a + Effort + Tawakkal

"People created their own success by learning what they need to learn and they practicing it, until they become proficient at it"




02 November 2008

Ibu & Anak Katak

Frog Umbrella


Seekor anak katak berkeadaan resah ketika dengan tiba-tiba langit menjadi gelap, lalu dia bertanya kepada ibunya, "Ibu adakah kita akan binasa, mengapa langit tiba-tiba menjadi gelap?"sambil memeluk erat ibunya dengan belaian lembut.

Lalu ibu katak mejawab "Anakku, itu bukanlah petanda kebinasaan kita, ia adalah petanda yang baik bagi kita" jelas ibu katak sambil membelai lembut anaknya. Anak katak kembali tenang dalam dakapan ibunya.

Namun, ketenangan tidak berlangsung lama. Tiba-tiba angin bertiup kencang sehingga daun-daun dan ranting-ranting kering berserakan dan berterbangan. Pepohon meliuk di pukul angin kencang. Pemandangan yang menakutkan itu menbuat si anak katak menjadi kembali resah."Ibu itu apa pula? Apa pula yang akan terjadi pada kita?",tanya anak katak sambil bergerak berlindung di belakang ibunya.

"Anakku sayang, itu hanyalah angin" ucap si ibu bagi menenangkan keadaan. "Itu adalah petanda bg apa yang kita hajati akan datang",sambung si ibu dengan tenang. Mendengar kata-kata ibu, anak katak kembali menjadi tenang, ia mulai menikmati tiupan angin kencang yang sebelum ini menakutkan baginya.

"Duuuuuumm..!!" bunyi petir sambar-menyambar. Satu demi satu pancaran cahaya putih yang menakutkan. Dan kali ini si anak katak itu tidak lagi terkata apa-apa. Ia bukan sahaja tuntas bersembunyi di sebalik ibunya, bahkan tetap merangkul erat tubuh ibunya dalam keadaan yang gementar. " Ibuuu..saya sangat takut..",rayu si anak dan terus memejamkan mata.

"Sabar anakku" pujuk ibu katak sambil membelai lembut anaknya." Itu hanyalah petir, itu petanda ketiga, kita bersabar dan tunggu sebentar, tidak lama lagi keluarlah. Bersyukurlah kerana sebentar sahaja lagi hujan akan turun" sambung ibu katak tenang.

Anak katak tadi kembali keluar dari balik tubuh ibunya. Ia mendonggak ke langit, merenung langit dan awan yang masih kelihatan hitam, angin terus menerus meliuk-liukkan dahan, pancaran petir yang menyilaukan sabung-menyabung. Tiba-tiba, si anak katak tadi berteriak riang, "Ibu, hujan sudah turun, hujan sudah turun, hooreey!!"


Moral of story

Anugerah atau nikmat hidup kadangkala datang tanpa di sangka-sangka. Ia juga akan hadir tanpa kita sedari, kadang-kadang ia akan tampil melalui jalan yang kita sendiri tidak inginkan. Ia tidak hadir dengan hamparan permaidani, ia tidak tampil dengan tiupan seruling merdu, malah tidak juga bersama-sama bidadari rupawan dengan wangi-wangian harum bak kasturi.

Namun, di saat ini, sedikit sekali menusia menyedarinya, gusar dan bimbang dengan keadaan. Persis si anak katak tadi, yang takut hanya kerana langit hitam, tiupan angin kencang dan petir. Padahal itulah sebanrnaya tanda-tanda hujan.

Benarlah apa yang diucapkan oleh ibu katak, Usah takut untuk melangkah, usah sembunyi dari kenyataan, bersabarlah dalam menghadapinya. Kerana hujan yang di tunggu pasti datang.

Bersama kesukaran ada kemudahan.

01 November 2008

Forgive Me


It's such a cold night and it so dark,
walking down the streets of memories,
I'm here all alone with no one by my side,
It's only me, thinking of You
with hands full of sins.

O Allah, here I come,
O Allah, I'm crying for forgiveness,
Although, I'm betrayed You,
so many times, in the past,
O Lord, it so fair for You to punish me.

In the morning light,
in the sunny day,
Crying happy tears, coz I'm free,
I need You to guide me, protect me,
don't ever leave me, strengthen my faith,
light up my heart with the light of Iman.

O Allah, I want to thank you for saving me,
O Allah, thank You for giving me hope,
I promise, I won't betray You anymore O Lord,
I hope You always guide me,
and lead me to happiness with the one You love,
together in paradise.

O Allah, I want to thank you for saving me,
O Allah, thank You for giving me hope,
Although, I'm betrayed You so many times,
In the past O Lord, it's so fair for You to punish me.




Taubat Seorang Hamba

.......


"Penantian suatu penyiksaan..."