11 May 2010

SUPP-BN akan terus mempolitikkan agama...

Mungkin ini janji BN di Sibu...satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional


BN sekali lagi meracuni parti-parti komponennya dengan membawa isu agama di Sibu. Parti SUPP kali ini di ramalkan akan membawa isu Negara Islam, Kalimah Allah dan ISA..(sumber)

Racun dari usus busuk BN ini menyebabkan parti-parti komponen mereka yang lain turut busuk seperti mana tuannya. Untuk kesekian kalinya, BN akan cuba membawa isu agama di PRK Sibu nanti. Memandangkan lawan antara mereka itu adalah dua parti yang bukan Islam atau Melayu. Sememangnya BN mempunyai ramai pakar putar-belit dalam UMNO yang akan menggunakan isu agama untuk kepentingan politik mereka.

Inilah bahananya, apabila agama di politikkan dan bukannya politik di agamakan. Kali ini isu yang melibatkan agama Islam (Negara Islam dan Kalimah Allah) di politikkan oleh parti yang tak sepatutnya (atau layak bercakap) tentangnya.

Inilah strategi BN yang akan meminta SUPP terus menerus memainkan isu ini. Kita dapat menilai betapa busuknya BN (dan UMNO) yang menggadai agama untuk kepentingan politik.

Persoalannya, kenapa mahu melibatkan perlembagaan parti PAS (mengenai Negara Islam) sedangkan yang bertanding adalah SUPP-BN dan DAP. Apakah DAP tiada isu untuk di mainkan oleh SUPP-BN..? Ni politik kecut SUPP-BN yang sememangnya penakut untuk berhadapan dengan realiti...

Pandangan saya isu ini jika tidak di perjelaskan sebaik mungkin, akan menimbulkan kekeliruan dan mungkin akan menyebabkan perpecahan dalam masyarakat. Sesungguhnya BN akan cuba memecahbelahkan masyarakat, mereka akan menimbulkan perasaan prejudis kepada kaum dan agama sepertimana sebelum ini ramai pemimpin UMNo-BN yang menimbulkan perasaan marah kepada kaum dan agama lain, sepertimana isu kepala lembu, kalimah Allah, dan beberapa kenyataan rasis oleh pemimpin mereka termasuk PerkOsa..


Itulah BN (termasuk UMNO)...sudahlah mencemar agama, kemudian menggadai agama untuk kepentingan mereka...

Wallahualam.

09 May 2010

Sekitar Muktamar DPPN Melaka


Barisan pimpinan Pemuda Negeri


Saudara Suhaizan Kaiat sebagai perasmi Muktamar





Petang tadi tamat sudah dengan jayanya Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka kali ke 35. Muktamar yang bertemakan "Memasak Perjuangan, Mengangkasa Kepimpinan" menjadi suatu suntikan bagi para amilin khususnya di Melaka untuk lebih terus gigih berkerja bagi kemenangan Parti Islam khususnya dan Pakatan Rakyat umumnya di Melaka.



Muktamar ini telah dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Saudara Suhaizan Kaiat dengan ucapan perasmian yang penuh bersemangat yang pastinya menyuntik semangat para amilin untuk bergerak kerja. Antara perkara penting amanat yang di berikan beliau adalah, PAS Melaka khususnya harus lebih konsisten dengan gigih untuk memperkasakan lagi gerak kerja di peringkat bawah, iaitu gerak kerja yang bersifat tempatan seperti isu-isu rakyat.


Kata beliau lagi, janganlah kita terlalu fokus dengan isu nasional atau antarabangsa sehingga isu tempatan dan rakyat tidak di pergiatkan. Dengan mengambil contoh rakan pakatan dari DAP yang begitu konsisten memperjuangkan isu rakyat.


Selain itu juga ucap tama dari Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek juga banyak menyentuh tentang kepimpinan barisan pemuda. Golongan pemuda yang perlu ada di dalam subuah jemaah Islam PAS juga harus lebih memahami peranan mereka dalam herak kerja jemaah. Mereka bukan sahaja hebat dalam politik tetapi juga kefahaman tarbiyyah yang perlu diadunkan di dalam gerak kerja jemaah.



Ustaz Kamarudin juga memnyentuh tentang generasi pelapis di kalangan pemuda yang perlu di cari ganti dan ditambah bagi memperkasakan lagi jentera PAS di melaka khususnya.




Muktamar juga di hangatkan lagi dengan perbahasan dari kawasan-kawasan di Melaka. Pelbagai cadangan dan tambahbaik selain tidak lupa kritikan membina untuk para pimpinan bagi muhasabah bersama.




Moga-moga, Muktamar kali ini menjadi 'catalyzer' atau pemangkin buat para 'amilin bagi mempergiatkan lagi gerak kerja PAS di Melaka. Semoga Allah memberkati perjuangan kita. InyaAllah.


Takbir..!!













Sesi Perbahasan dari Perwakilan Pemuda Kawasan






Pewakilan dan Pemerhati





Pembentangan Laporan oleh Setiausaha DPPNM




Ucap tama Ketua DPNM, Ustaz Kamarudin Sidek








































08 May 2010

Perjudian Bolasepak Akan Di'Halalkan'?



Perjudian adalah satu jenis permainan pertaruhan yang mana pihak yang menang akan meraih wang pertaruhan mereka yang kalah. Tidak dinamakan perjudian jika kedua-dua pihak mencapai kemenangan. Itulah sifat perjudian yang diharamkan di dalam undang-undang Islam. Malah juga dilarang oleh semua agama lain.


Oleh itu, secara peribadi saya terperanjat (malah ramai yang lain juga) membaca kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien yang menyatakan pertimbangan sedang dibuat untuk meluluskan lessen perjudian bolasepak sempena kejohanan Bola sepak Piala Dunia yang akan datang ini.


HUJJAH BELIAU


Beliau dirakamkan oleh akhabar tempatan berkata :


"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram)."


BANTAHAN & RASIONAL


Pegeluaran lesen atas alas an untuk mengawal dan mengethaui jumlah wang pertaruhan adalah tertolak di sisi Islam. Sesebuah kerajaan dan pemimpin mestilah lebih kreatif dan bertanggungjawab dalam mencari jalan mengawal perjudian gelap.


Kawalannya bukanlah dengan memberi lesen kerana itu hanya akan lebih memakmurkan gejala tersebut. Tetapi KAWALAN adalah dengan memperkenalkan teknik banteras, hukuman lebih keras dan tahap efisyen yang lebih kemas bagi memerangkap mereka yang terlibat.


Namun apabila lesen diberikan, ia jelas merupakan satu galakan kepada kaki judi dan seterusnya seolah-olah memberi mesej bahawa:


‘Kerajaan ingin tumpang sekaki dalam perjudian mereka"


"Kerajaan ingin turut merasa sedikit imbuhan hasil perjudian mereka yang berjudi, so jika lebih ramai berjudi, lebih baik kepada kerajaan akan mendapat sesuatu"


ANALOGI


Ia seolah-olah kerana kerajaan ingin menbenarkan benda yang tidak benar.


Bolehkah atas alasan mengetahui jumah sebenar & mengawal MAT REMPIT yang berempit di atas jalan raya secara haram, maka KERAJAAN MEMPERTIMBANGKAN PEMBERIAN LESEN MEREMPIT kepada mt rempit di atas JALAN RAYA AWAM. Semua mat rempit mestilah mendaftar dan membayar yuran untuk merempit di atas jalan raya. Bukan LESEN UNTUK merempit di trek lumba dan IA IBARAT memberi LESEN untuk terus merempit di JALAN RAYA.


Merempit di jalan raya awam banyak mudaratnya kepada mat rempit itu sendiri dan juga orang awam. Demikian juga kesnya membenarkan perjudian bola sepak ‘gelap' untuk dijadikan ‘terang' tetapi tetap di atas laluan yang memudaratkan orang awam.


JUSTERU


Kerajaan yang bertanggungjawab MESTILAH sentiasa mengurangkan aktiviti negatif di kalangan rakyat, bukannya meraikan dan meluluskannya.


Sedarilah, perjudian hanya akan menjerumuskan rakyat di dalam :-


a- Kancah hutang dan masalah kewangan lebih serius. Kita bimbang kecenderungan masyarakat Malaysia yang sukakan skim cepat kaya, yang sering diserbu, diharamkan DAN DISITA oleh kerajaan. Namun peliknya, kini kerajaan seolah ingin membenarkan skim tersebut, perjudian adalah salah satu jenis skim cepat kaya, yang sering membawa kayap.


b- Seterusnya membawa kepada masalah dan krisis rumahtangga. Pergaduahan suami isteri, anak mencuri duit ibu ayah untuk berjudi, suami curi duit isteri dan sebagainya,


c- Kita bimbang, hasil lesen yang diberi, kanak-kanak akan turut serta dalam perjudian khususnya secara online. Dan tiada sesiapa boleh menghalang kerana lesen telah diberi oleh kerajaan dan perbuatan itu tidak lagi dianggap satu kesalahan.


d- Masyarakat tidak progresif kerana menjadi lalai untuk meneka dan bertaruh serta menonton bolasepak secara berlebihan. Kalau dulu penonton hanya ‘exited' untuk melihat pasukan yang disokong, kini, bakal menjadi begitu obsess dan tertekan kerana keputusan perlawanan melibatkan wang yang ditaruh.


e- Mendorong rakyat memfokuskan kepada perolehan keuntungan secara cepat tanpa skill, namun akhirnya kerugian sahaja yang lebih kerap menjelma. Manakan tidak, dalam perjudian, peratusan pihak yang menang sentiasa lebih kecil berbanding yag kalah. Bermakna, jika seorang menang dan bergembira atas kemenangannya, yang kalah mungkin 1000 orang yang berduka cita. Dukacita tersebut mungkin tidak berhenti di situ malah berturutan kepada masalah lain, ibarat ‘domino effect'.


f- Kesan buruk kekalahan; kekalahan boleh yang menyebabkan kemarahan, memandu berbahaya di jalan raya, pergaduhan di dalam rumahtangga, kesan psikologi di tempat kerja menyebabkan kurang produktiviti, mungkin dikejar ‘ALONG' kerana berhutang dengan along untuk berjudi.


g- Pemberian lesen itu seolah menjolok sarang Syaitan, kerana kemungkinan ada indifidu yang tidak begitu terdorong untuk berjudi kerana merasa sukar dek kerana ia merupakan aktiviti gelap dan salah dis isi undang-iundang. Namun akibat lesen tersbeut, dorongannya semakin kuat dan dipermudah.


NASIHAT


Buat menteri dan pihak berkuasa yang beragama Islam khususnya, sedarilah tegahan Allah :


يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا


Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya"

( Al-baqarah : 219)


Dan juga larangan selanjutnya


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ


Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)


Justeru itu, saya amat berharap agar Menteri Agama dapat segera memberi panduan dalam hal ini. Jika Menteri Agama sependapat dengan Timbalan Menteri Kewangan, kami sekalu ahli akademik sangat ingin mendengar dan membaca justifikasi dan dalil serta hujjah keharusan tersebut JIKA tiba-tiba Menteri Agama atau mana-mana Mufti bersetuju dengan tindakan itu.


Perlu difahami, hujjah maslahat TIDAK BOLEH digunakan sama sekali dalam hal yang JELAS BERTENTANGAN dengan teks Al-Quran dan Hadis. Tiada maslahat dan tidak termasuk di dalam Maqasid al-Shariah dalam mengharuskan perjudian untuk masyarakat.


Oleh kerana isu perjudian adalah isu ‘Qat'ie di dalam Islam, saya AMAT BERHARAP pihak Salafi, Wahabi, Ahbash, Tradisional Pondok, Tarekat Sufi, Syiah, ahli akademik universiti, tabligh dan semua pihak agar tampil menyatakan pandangan dan bantahan mereka. Paling minima di blog dan website rasmi mereka. Jangan hanya berselisih dan berdebat bertahun-tahun dengan begitu kreatif, tetapi SENYAP SUNYI tanpa kenyataan umum dalam hal sebegini.


Jangan biarkan hanya orang politik berkata, kerana orang politik hujah dan kata-kata mereka sering dilihat sebagai politik. Kita perlu yang lain juga agar Allah meredhai usaha kita.


p/s: yang halal telah jelas dan terang halal dan yang haram juga telah jelas dan terang haram...

Bernafas di bawah trailer (18SG)

Terjumpa di blog ini...

Sila klik di sini

Mesej : Hati-hati di jalan raya..

07 May 2010

Hukum Utusan Malaysia: ' HARUS' Baca, 'HARAM' Percaya...

Utusan Malaysia 21 April 2010


Memang 'haram' jadah Utusan Malaysia.

Isu kerajaan BN yang ketika ini sedang menimbang-nimbang untuk memberikan lesen judi sempena Piala Dunia Jun nanti tidak langsung keluar di media Utusan Malaysia. Padahal semasa PRK Hulu Selangor lepas, terpampang di akhbar ini tentang pengakuan Zaid Ibrahim yang mengatakan beliau memang ada 'Lumba Kuda'. Justeru label 'kaki judi' di berikan kepada Zaid seiring dengan label 'kaki arak', 'kaki botol' dan sebagainya.

Kemunafikan Utusan 'Munafik' ini juga di buktikan apabila sebelum ini, ada pemimpin PKR yang membuat laporan tentang salah laku seorang pemimpin UMNO yang juga merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri yang dikatakan memiliki syarikat arak, San Miguel di Filipina. Namun di akbar Utusan Malaysia esoknya berbunyi " Buktikan Zaid Kaki Botol". Berita tentang syarikat arak oleh pemimpin UMNO terus lenyapkan Utusan..

Jadi apa yang dapat di simpulkan..Utusan Malaysia memang patut di label Utusan Munafik..sama seperti tuannya, BN-UMNO yang juga memiliki pemimpin-pemimpin munafik.

Inilah bahana ajaran BN-UMNO yang suku-suku dengan agama. Tak hairan hari ini Allah tunjukkan pada kita, bagaimana keadaan sosial negara yang serius dengan pelbagai masalah, bunuh, samun, rompak, ragut, rasuah..peliknya, mereka yang berautority menjaga keselamatan negara juga sudah tak selamat kepada masyarakat..

Inilah akibatnya undang-undang Islam di cemuh, di peleceh, di main-mainkan..maka hari ini Allah tunjuk..undang-undang yang manusia buat, di langgar sendiri oleh mereka yang sendiri sepatutnya berpegang kuat dengan undang-undang itu.........POLIS.

Pemimpin pula terus menerus dalam kejahilan..dungu mencari jalan penyelesaian..langgar segala halal haram. Kononnya undang-undang dapat selesaikanya..ada lesen semua jadi Halal..tiada lesen semua Haram.

Premis Arak, HARAM = TIADA LESEN
HALAL = ADA LESEN

Pusat Pelacuran/Maksiat, HARAM = TIADA PREMIT
HALAL = ADA PREMIT

Akan datang...

Anak Luar Nikah, HARAM = TIADA SIJIL
HALAL = ADA SIJIL
(*Sijil Kebenaran dari Kementrian Kesihatan, Kementrian Pembangunan Wanita, dan mungkin Jabatan Agama )

Wallahualam.

p/s: Utusan Malaysia 'Harus' kalau siapa Baca..jadi 'Haram' kalau siapa percaya..