17 July 2010

'Sumbang'an kerajaan harus di hargai..


Rumahku, syurgaku..nak jadi apa, jadilah..!!


Kereta asing di halang membeli minyak RON 95 (sumber)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemilik kenderaan terbabit hanya dibenarkan membeli petrol RON 97 yang ketika ini dijual pada harga RM2.10 sen seliter.

Beliau menegaskan, keputusan kerajaan itu dibuat kerana mereka tidak layak menerima subsidi petrol itu yang hanya boleh dinikmati oleh rakyat negara ini sahaja.

“Pelaksanaan itu adalah sesuai dengan dasar kerajaan yang mana subsidi tersebut hanya untuk rakyat Malaysia dan bukan kepada pemilik kenderaan asing terbabit,” katanya.


Komentar:

Kerajaan dilihat begitu prihatin pada rakyat Malaysia apabila subsidi dikatakan hanyalah untuk rakyat Malaysia. Rakyat asing tidak layak. 

Benar..namun apa kesannya pada rakyat Malaysia jika kenderaan asing tidak di benarkan untuk menbeli RON95 yg diberikan subsidi itu. Adakah dengan peng'haram'an kenderaan asing membeli minyak bersubsidi di Malaysia akan mengurangkan lagi kenderaan di jalan raya seterusnya kuatiti minyak di jimatkan? atau mungkin dengannya kerajaan akan mendapat lebih untung untuk permintaan minyak RON97 yang dikatakan sebelum ini kurang di gunakan rakyat tempatan di sebabkan boleh merosakkan enjin bagi kenderaan sederhana atau bukan mewah.? dan mungkin tindakan untuk memberi tahu betapa terseksanya kerajaan menanggung subsidi untuk rakyat Malaysia,..sedap-sedap je orang asing nak guna atau  lain-lain alasan..

Setakat ini tiada penjelasan dari menteri dari kesan peng'haram'an kenderaan asing untuk menggunakan RON 95 selain alasan dari sudut 'kelayakan'. Benar, mungkin kenyataan dari Datuk Ismail Sabri ini sedikit sebanyak terubat rasa pedih di hati atas beban kenaikan barang.,ye la ada orang memujuk. Rakyat akan nampak bahawa kerajaan masih prihatin dengan rakyat. Ye la, Gula naik pun sebab untuk elak kencing manis. 

Lepas ini kita akan mendengar banyak lagi pujukan demi pujukan..mungkin tarif elektrik naik untuk elak rakyat kena kejutan elektrik atau elak kebakaran berlaku. Tarif Air naik untuk elak rakyat membazir dengan cuci kereta, motor siram pokok bunga, dll..GST yang bakal di laksanakan nanti juga untuk kepentingan rakyat, cukai servis untuk servis yang terbaik, cukai barang untuk barang yang berkualiti walaupun tiada di pasaran (sebab habis atau kena seludup), tol naik untuk maintenance jalan yang berlubang-lubang, cukai jalan, cukai pintu dll semua utnuk kepentingan rakyat.

Maka dengan itu ekonomi negara akan meningkat..seiring pembelian Kapal Selam, beli kapal terbang (tak kira yang ada enjin atau tak), buat landasan kapal terbang yang tak ada kapal terbang, buat 2,3 buah jambatan walaupun sudah ada jambatan,  beli tu beli ni. Menteri-menteri pula bertungkus lumus cari alternatif, buat kajian, buat analisis untuk selamatkan negara cari Bankrap pada tahun 2019 nanti di banglo-banglo mewah. Menteri terpaksa berkorban ke luar negara, ke Amerika dan lain-lain cari solution dan penasihat untuk baiki negara sambil melancong..

Itu soal masalah kewangan, untuk masalah sosial pula, lagi banyak pengorbanan menteri-menteri, polis-polis, FRU-FRU yang bertungkus lumus menjaga negara dari 'pengganas', ada yang tumpas di tangan polis yang berpistol, yang jual komik, yang turun berdemo dan berjalan-jalan di jalanan, yang duduk depan komputer menulis karangan sekolah pun kena. Dadah, rogol, ragut pun tak ketinggalan..lihat sahaja pencapaian indeks jenayah yang di umumkan ketua polis semakin menurun, walaupun di akhbar ada kata hanya 257000 anak luar nikah di daftarkan . Masalah judi pula tok sah cakap, kerajaan banyak bantu untuk haram kan judi dengan halalkan bookie, di akhbar pun banyak ustaz ulas tentang keharaman judi walaupun kat bahagian belakang ada SMS 4D. 

Dan banyak lagi la nak cerita tentang usaha-usaha yang kerajaan dah lakukan untuk rakyat Malaysia. Kami bukanlah suka sangat nak minta tu, minta ni. Tapi di sebabkan menteri-menteri dah terima amanah, pula tu di pilih oleh rakyat (aku tak pilih pun..;p) jadi kenalah berperanan sebaik-baiknya. 

Khalifah Umar Abd Aziz dikatakan menjadi semakin kurus selepas menerima amanah sebagai khalifah, baju yang beliau pakai menjadi longgar berbanding ketat sebelum menjadi khalifah. Menteri kerajaan kita?..

Wallahualam. ada akai gunalah sebaik-baiknya. 



16 July 2010

Barang Naik: Kerajaan akan lihat reaksi rakyat..apa kejadahnya?



Selepas Najib mengumumkan harga baru bagi Petrol, Diesel, Gula dan Gas LPG semalam. Hari ini kerajaan pula berkata, mereka akan mengkaji semula harga barang dengan melihat reaksi rakyat. 

Sah, memang Najib nak memperbodohkan rakyat. Apa kejadahnya nak minta reaksi rakyat setelah umumkan. Kerajaan dilihat bukan hanya tidak berbincang dengan rakyat, malah di dalam perlimen pun tidak di bentangkan dan di bahas, alih-alih terus umum dan laksanakan., dasar penakut.

Apa yang kerajaan BN tau selepas umumkan harga kenaikan barang..hanyalah memberi alasan dan jawapan-jawapan tipikal dan lapuk yang telah di gunakan sejak zaman Pak Lah dulu (atau mungkin lama lagi)..

1) Harga minyak kita (Malaysia) masih rendah berbanding negara lain. 

2) Harga minyak ikut harga pasaran, tak dapat di kawal.

3) Kenaikan harga barang tidak membebankan rakyat. 

4) Melihat kenaikan harga barang dari sudut positif

5) Gula membahayakan kesihatan

6) Kerajaan telah memberikan banyak subsidi pada rakyat

7) Ubah cara hidup..

8) dan lain-lain..

Kini kerajaan BN dilihat mencipta pelbagai mekanisme kononnya untuk merasionalkan kenaikan harga barang dengan mengatakan kenaikan harga barang itu adalah untuk kepentingan masa depan negara. Ia juga dilihat bagi membantu negara kearah usaha berjimat-cermat memandangkan subsidi yang telah di berikan terlalu tinggi dan mungkin juga mengelakkan negara menjadi Bankrap pada masa depan. 

Padahal tindakan tersebut sebenarnya hanyalah untuk 'memujuk' rakyat supaya membuang rasa prejudis berkaitan kenaikan harga barang ini. Hinggakan dalam penerbitan akhbar pun di berikan 'kod perkataan' yang harus dan tidak boleh di gunakan, dimana tidak di benarkan menggunakan perkataan "Barang Naik" tetapi hendaklah menggunakan perkataan "Pelarasan Harga", "Subsidi diselaras", "Harga Baru" dan lain-lain.

Carilah berdozen-dozen mekanisme pun, guna lah apa-apa istilah sekalipun andai pemimpin BN itu sendiri tak nak berubah selagi itu akan ada masalah dalam pemerintahan negara. Isu RASUAH, pembaziran, salah guna duit rakyat, pecah amanah dan sebagainya campak ke tong sampah, atau tanam je dalam pasir supaya rakyat tak tahu. 

Tapi jangan lupa..sampah yang mereka buang atau tanam itu suatu hari nanti pasti akan banyak dan terkeluar dari tempatnya..

Wallahualam

p/s: Kerjasama UMNO dan PAS mungkin dapat atasi masalah ini....kot...kot....kot



15 July 2010

'Beruk' berdemo tak sedar yang bapak 'beruk' dah naik harga barang



Hari ini 'Beruk-beruk' sibuk berdemo di jalanan pasal isu pasir..(sumber)

Hari ini juga 'bapak' kepada 'beruk-beruk' ni dah pun umum naikkan harga barang..(sumber)

Petrol RON 95 - RM 1.85 seliter

Petrol RON 97 - diapungkan secara terkawal

Diesel - RM 1.75 seliter

Gula - RM 1.70 sekilogram

Gas LPG - RM 1.85 sekilogram

agak-agaknya 'beruk-beruk' yang turun berdemo tu sedar ke tak yang harga barang dah naik?

..atau mereka memang tak guna minyak, tak guna gula, tak guna gas...sebab mereka Beruk.





 

13 July 2010

Bukti Mukjizat Nabi Musa.??

-Sila click gambar untuk paparan yang lebih jelas-








p/s: Wallahualam...soal kepercayaan pada mukjizat rasul pilihan Allah tidak semestinya dengan adanya bukti di depan mata seperti penemuan-penemuan artifak seperti ini..Cukup bagi kita sebagai umat Islam dengan mukjizat terbesar yang kita ada iaitu Al-Quran untuk kita percaya 100%..Kerana apa yang terkandung di dalam Al-Quran itu tiada lagi keraguan padanya....menjadi petunjuk buat orang yang beriman.


Kerjasama PAS dan UMNO untuk dasar Islam??

UMNO??


Jika PAS bersatu dengan UMNO, Malaysia mudah amal dasar Islam. (berita selanjutnya)


Hairan, sejak bila dasar UMNO itu adalah Islam. Sifirnya mudah, dasar PAS, Islam. Dasar UMNO, Kebangsaan (memang sudah termaktub dalam perlembagaan UMNO sendiri).

Bila bercakap tentang dasar, ia sesuatu perkara yang menjadi perkara pokok, atau perkara utama. Soalnya sekarang Islam di dalam UMNO itu bagaimana halnya?. Hal pokok ke, atau hal cabang? Judi itu pula perkara pokok atau perkara cabang dalam agama? Yang telah jelas haram. 

Bukahkah PAS dari dahulu sudah mencadangkan kepada pemimpin UMNO agar ubah dasar di dalam UMNO itu, dari semamgat kebangsaan kepada semangat keagamaan, atau dasar Islam, keran di dalam Islam itu sendiri ada bangsa, ada budaya, ada kaum dll. Namun UMNO tetap dengan semangat nasionalisme yang pekat. Degil dan tidak yakin bahawa Islam itu yang menyatukan semua bangsa dan sesama bangsa. Kita boleh nilai selama 50tahun lebih UMNO dengan dasar nasionalisme nya, sejauh mana Islam terbangun. Atau Islam di angkat bukan hanya nama Islam agama Rasmi Malaysia semata-mata, tetapi perlaksanaan Islam dalam segenap aspek kehidupan.

“Jika UMNO dan Pas bekerjasama banyak perkara boleh dilaksanakan termasuk hukum hudud berbanding tindakannya bekerjasama dengan DAP dan PKR yang ternyata mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza,” kata  Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Nor Adam.


Suatu lagi lawak antarabangsa yang di cipta. Mungkin Panel Pemikir JASA ni tak kaji sejarah agaknya. Tak taukah berapa ramai pemimpin UMNO sendiri (termasuk 'ulamak' ) mereka yang begitu prejudis dengan hukum hudud, tidak yakin bahkan ada yang menghina perlaksanaan hukum hudud ini dilakukan di Malaysia (sumber). Beliau mahu membandingkan DAP dan PKR yang baru bertapak. Sudah pasti mereka masih baru dan mungkin belum faham perjuangan PAS. Lebih-lebih lagi di anggotai pelbagai kaum, bukan Melayu semata-mata seperti UMNO, DAP ada Cina dan India, begitu juga PKR.

Persoalannya, buat UMNO yang 100% atau 99.9% dianggotai Melayu Islam. Pula tu sudah hampir 50tahun lebih bertapak di Malaysia.

Apakah mereka anggap kerjasama PAS dan UMNO adalah semata-mata untuk mendapatkan izin melaksanakan hukum hudud semata-mata sedangkan banyak lagi penyelewengan pemimpin kerajaan tidak di highlightkan seperti penyelewengan harta rakyat, pembaziran, keruntuhan akhlak dan moral pemimpin UMNO, perlanggaran syariat dan hukum tuhan dan lain-lain. Sebenarnya itu yang lebih patut di utamakan, memandangkan kejahilan ketara tentang agama yang melanda pemimpin UMNO, tak usahlah cerita tentang hukum hudud andai aurat isteri pun tidak ambil kisah.

Saya berpandangan, sebelum UMNO ingin bekerjasama dengan PAS, kononnya untuk mengamalkan dasar Islam, mungkin boleh minta dulu izin dan pandangan ulama-ulama muda dan tua dalam UMNO dahulu. Mereka juga ada hak. Atau mungkin ulama dalam UMNO ini perlu bersihkan dulu pemimpin UMNO yang kelihatan beria-ia untuk bekerjasama dengan PAS ini agar mereka benar-benar ikhlas dan jujur untuk membawa agenda Islam yang tulen. 

Pandangan saya, gunakanlah sebaik-baik mungkin ulama-ulama muda yang baru masuk UMNO ni untuk mentarbiyyah pemimpin UMNO..sia-sia kalau tak manfaatkan mereka sedangkan sebelum ni bukan main hebat lagi cerita tentang ulama yang masuk UMNO...Wallahualam