09 October 2010

Puisi buat Melayu



Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga

Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni

Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

(Usman Awang)



p/s: Melayu UMNO bagaimana pula..?

Cinta Itu Buta



Once Upon a Time...

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin,pemilik restoran itu juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.

"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta tersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada
lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata,
"Saya pesan ikan pais dan sayur masak asam bang"... .

Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu.Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi.Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya.

Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian mencium sudu itu dan berkata, "Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan. " Amin mengiyakan dan si lelaki buta memesan makanan tersebut.

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. Dia datang lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak didapur.

Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati, garu ketiak kamu" "Apa-apalah abang ni ?" tanya Yati tak faham. "Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setelah memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" dan menyerahkan kembali kepada Amin.

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta melakukan seperti biasa dan berkata,... ... .. "Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di sini... ... . .boleh saya jumpa dia" Amin: ??

Sesungguhnya Cinta itu Butaaaa... ... ... . "

Konsert Adam Lambert vs Maher Zain..





Pertembungan dua artis Barat..





Kerajaan telah memberi pilihan kepada rakyat Malaysia, dua ikon yang menjadi idola rakyat Malaysia. Kedua-dua artis ini di benarkan datang ke Malaysia, kedua-duanya mendapat liputan hebat media. Kedua-duanya juga datang dengan misi tersendiri..


Soalnya, pilihan di tangan kita sebagai rakyat. Walaupun kesekian kalinya kerajaan malaysia
di desak untuk mengurangkan budaya hiburan melampau melalui pembawaan masuk artis dan kaeedah perlaksaan konsert berlangsung, hiburan yang mana dapat membentuk ikon remaja rosak akhlak dan runtuh moralnya. Namun ia masih berlaku.


Semua sedia maklum, masalahnya bukan atas sebab hiburan itu. Tetapi 'spesis' idola yang di bawa masuk. Spesis inilah yang akan menentukkan pengikut yang sama spesisnya..apabila di kumpulkan di dalam satu gelanggang maka lihatlah kesannya. Itu belum cerita lagi tentang lirik dan mesej lagu-lagunya..


Sebab itu ada orang tegur kepada saya kenapa saya memperlekehkan penubuhan sekolah Harapan yang di ilhamkan KM Melaka..dia, dengan membawa bukti betapa berjayanya penubuhna sekolah Harapan itu apabila seorang bayi di selamatkan dari di buang ke tong sampah. Maka jawapannya lihat sahaja industri hiburan malaysia. Mungkin agak lari tajuk dengan topik, tapi saya pasti semua dapat tangkap...easy.


Teringat seperti seorang sahabat saya yang berkali-kali hantar keretanya ke workshop, repair itu, repair ini..tukar komponen itu, tukar komponen ini. Masalahnya kerap kali juga rosak. Pelik kenapa tak tukar enjin terus, ganti enjin yang baru.


Islam itu datang dengan penyelesaian, tiada masalah yang tidak dapat di selesaikan dengan Islam. Manual dah tersedia. Soalnya nak baca atau tidak. Atau mungkin mereka tak faham. Tapi boleh sahaja merujuk kepada mereka yang faham, bukan buat-buat faham. Pula tu nak ajar orang.


Life is about how to make decision...


07 October 2010

Ali Rustam cabar PAS Melaka



Bagaikan termakan cili, Ali Rustam tidak senang duduk dengan kritikan daripada Pakatan Rakyat dan orang ramai mengenai penubuhan Sekolah Harapan yang ditubuhkan oleh Ali Rustam di Jasin. Walaupun sekolah yang ditubuhkan itu baru berusia sebulan lebih tetapi telah melahirkan seorang bayi pertama.

Berikut adalah kenyataan yang dikemukan oleh Ali Rustam kepada Pakatan Rakyat dalam media baru-baru ini.



Setelah terlalu lama bersabar dengan pembangkang yang mengutuk tindakannya menubuhkan Sekolah Harapan bagi membendung gejala pembuangan bayi, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mencabar mereka berdebat dengannya mengenai isu sekolah itu secara terbuka.



Beliau pada bila-bila masa bersedia untuk berbuat demikian menerusi saluran media elektronik di negara ini.


"Kalau Pas tak suka kita tubuhkan Sekolah Harapan sekali pun, tak perlulah sampai dalam khutbah Jumaat, tazkirah sepanjang masa termasuk di bulan puasa, menulis dalam blog untuk mengata dan menghina kerajaan Melaka.


"Kalau betul-betul berani, jumpa saya bila-bila masa pun, kita guna semua stesen televisyen dan saya akan jelaskan mengapa saya tubuhkan Sekolah dan Rumah Harapan di Jasin ini," katanya

Suara Melaka




Komentar:
Link
Tahniah buat Ali Rustam..sememangnya KM Melaka ini layak untuk berbangga dengan hasrat sekplah Harapan yang di cadangkan dan kini berjaya pula di realisasikan. Sekolah Harapan yang kini telah berjaya menghasilkan 'graduan' awal dengan kejayaan melahirkan bayi dari salah seorang pelajarnya.

Sebenarnya kebanggaan awal Ali Rustam ini masih belum teruji. Cabarannya bukan hanya sekadar menyelamatkan seorang bayi yang di katakan akan di buang ke tong sampah andai tiada wujudnya sekolah Harapan ini, tetapi cabaran besarnya adalah silibus pendidikan yang berkesan yang akan di berikan di dalam sekolah tersebut kepada pelajarnya yang masih di dalam proses. Proses pendidikan yang menatijahkan kepada pencegahan seterusnya agar tidak berulang setelah pelajarnya setelah 'gred' nanti, dan juga bagaimana ia dapat menangkis pandangan masyarakat yang serong terhadap pelajar sekolah tersebut.

Andai Ali Rustam merasa bangga dengan kelahiran sulung bayi dari pelajar sekolah Harapan tersebut, percayalah, akan ramai lagi kelahiran-kelahiran seterusnya (seperti mana hasrat penubuhan sekolah tersebut-menyelamatkan bayi dari di buang). Bangga dari kenaikan angka dan jumlah kelahiran bayi yang diselamatkan, dan bukannya bangga dari penurunan angka dan jumlah remaja yang telah terlanjur.

Ali Rustam tak perlu ber'kalau-kalau' untuk berdebat bagi menjelaskan penubuhan sekolah tersebut, kerana beliau sememangnya sangat mampu untuk melakukan. Kerana Ali Rustam bukan sahaja harus membuktikan kepada PAS atau Pembangkang yang mempelecehkan cadangan beliau tetapi juga kepada rakan beliau dalam UMNO/BN sperti Fuad Zarkasyi, Sharizat dan lain-lain yang turut ragu-ragu dengan cadangan 'out of box' beliau itu.

Allahualam..

p/s: jam 2010, tarikh 2010, tahun 2010...Melaka Maju..! Satu lagi kebanggaan Ali Rustam..


Seloka Sekolah Mengandung

Wahai puteri remaja rupawan

Janganlah tersalah memilih kawan

Berhati-hati semasa pergaulan

Nanti silap-silap dah tak datang bulan

Cikgu-cikgu dah selalu nasihat

Datang sekolah bukan nak mengorat

Tumpukan pelajaran biarlah taat

Semoga berilmu dan dapat berkat.

Kalau mengandung cikgu terkedu

Mak bapak kamu lagi lah malu

Semua yang berlaku kerana kamu

Lupakan diri dek melayan nafsu.

Sedarkah kamu perbuatan tu zina

Orang berzina di pandang hina

Siksaan Allah tak terperi sakitnya

Akibat melanggar perintah agama

Mohd.Ali Rustam baiknya budi

Perihatin kepada gadis dan puteri

Dah termengandung datanglah kemari

Ketua Menteri Melaka sedia berbakti.

Kepada ibubapa penjaga sekalian

Sekolah mengandung kami sediakan

Daftarlah sekarang, kami alu-alukan

Pelajar terlanjur besarlah harapan

Wahai para remaja umur belasan

Dah terlanjur buat tanggunglah badan

Nak beranak disini dah siap bidan

Jangan malu, lama-lama orang tak heran

Soal belanja tak usahlah bimbang

Kerajaan negeri Melaka banyak wang

Makan dan minum bakal terhidang

Nak beranak kali kedua, kami tak halang

Ibubapa pelajar jangan susah-susah

Kami tanggung semua sampai kesudah

Insaf muhasabah dan jangan resah

Nanti kami fikir macamana nak bagi ijazah

OLEH : rahimothman 5/8/2010