
18 September 2011
Makcik Hajjah Sitt Wuzara...apa tindakan kerajaan setelah berminggu-minggu berlalu ??- Muhasabah utk kita..

12 September 2011
Pemuda Bukit Katil edar Kuih Bulan

ISNIN 12/9/2011- Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil semalam di bawah Lujnah Perpaduan Nasional telah mempergiatkan usaha mempereratkan hubungan antara kaum dengan melaksanakan program mengedar kuih bulan di beberapa kawasan Parlimen Bukit Katil.
Program dengan kerjasama Majlis Tindakan Dun, Bukit Baru dan Ayer Molek telah mendapatkan respon positif dari kaum Tiong hua yang begitu gembira menerima kuih bulan. Ada di antara mereka yang terkejut dengan kehadiran petugas PAS yang menghulurkan kuih bulan kepada mereka.
“Ada seorang wanita Cina yang terkejut apabila saya datang dan memberi beberapa bungkus kuih bulan, dia bertanya bagaimana awak tahu hari ini kami menyambut perayaan kuih bulan dan ada juga yang mengucapkan Selamat Hari Raya sebagai ucapan balas terima kasih” ujar ustaz Nor Khairi yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Bukit Katil.

Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (1280 Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Ia sangat berkait rapat dengan satu peristiwa sejarah dalam memperingati perjuangan rakyat China yang bangkit menuntut kebebasan di bawah pemerintahan Mongol yang menindas dan kejam.
Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Saudara Jauhar Dawi berkata sejarah Perayaan Kuih Bulan ini sebagai simbolik bahawa kita perlu menolak sebarang bentuk kekejaman yang di lakukan pemerintah kepada rakyat.

“Islam juga menyeru kepada umatnya agar menolak kezaliman dan berusaha untuk berlaku adil, kerana adil itu dekat kepada Taqwa” ujar Jauhar
Program ini juga sebagai salah satu inisiatif Pas dalam usaha memasyarakatkan Pas selain memecahkan fenomena takut kepada Pas khususnya kepada rakyat bukan Islam.
“Pas komited dalam usaha memperbaiki hubungan antara kaum yang akhir-akhir ini kelihatan agak goyah dengan pelbagai isu sensitive yang di main kan UMNO” kata Jauhar lagi.
Program turut di hadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS 1, Ustaz Kamarudin Sidek yang turut mambantu mengagih kuih bulan di beberapa restoren di Bukit Baru.
03 September 2011
Konsert Black-Metal di Malaysia, Cegah Sebelum Terlambat
Maklumat yang di peroleh dari sebuah blog anak muda, sebuah band ‘Black-Metal’ akan membuat konsert di beberapa tempat di Malaysia bermula 9 september ini di Kota bahru kemudian di beberapa tempat lai n seperti di Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Kumpulan ‘Black-Metal’ ini di namakan Impiety, iaitu sebuah kumpulan yang berasal dari Singapura di tubuhkan sejak 1990. Maklumat berkaitan kumpulan ini boleh di dapati di laman web Wikipedia http://en.wikipedia.org/wiki/Impiety_%28band%29 . Seperti mana yang di ketahui umum kumpulan music ‘Black-Metal’ sememangnya di haramkan kerana sebahagian besar lirik lagunya berunsurkan pemujaan syaitan, penolakan agama, di samping memenuhi segala pemikiran dan fantasi dengan segala unsur negatif dan pasif. Bahkan beberapa puluh tahun lalu kumpulan ‘Black-Metal’ begitu aktif sehingga ramai anak muda terpengaruh dan ada yang telah murtad.
Atas kesedaran itu, Dewan Pemuda PAS Melaka memandang serius akan perkara ini. Di saat kesibukan negara akhir-akhir ini membincangkan isu kemerdekaan yang telah menjadi polemic sabahagian parti politik tanahair kita jangan leka perkara serius ini kerana ia melibatkan soal Aqidah. Samada Islam atau Kufur.
Kita tidak mahu, fenomena ini di lihat bermusim sepertimana sebelum ini negara heboh dengan isu serbuan JAIS terhadap sebuah gereja di Damansara di mana antara pokok isunya juga berkaitan tentang menyelamatkan Aqidah atau Murtad. Dan ia akan kembali diam mengikut arus isu yang mainkan ahli politik melalui media. .
Walaupun konsert ini masih belum berlangsung namun atas kesedaran untuk menyelamatkan Aqidah umat Islam khususnya anak muda, pencegahan awal perlu di lakukan. Peranan pihak berkuasa dan Jabatan Agama harap lebih proaktif mencegah sebelum ianya berlaku dengan melakukan pantauan di tempat-tempat berlansungnya konsert tersebut.
Dewan Pemuda PAS amat konsisten memerangi jenayah ini dan membantah sebarang anasir yang dapat merosakkan Aqidah umat Islam seperti mana pengalaman berhadapan isu Natrah, Lina Joy, Hartina Kamarudin, Aisyah Bukhari, Jamaluddin Osman dan lain-lain suatu ketika dahulu.
http://waxs-seenbelieve.blogspot.com/2011/08/impiety-asian-abomination-2011.html
01 September 2011
Tempias ajaran sesat dari UMNO kot......
p/s: perhatikan tulisan..."Pertubuhan Kebangsaan Warisan KETUHANAN Melayu"..hoi,,sejak bila Melayu dah jadi Tuhan pula ni ! Agak-agak la nak bodek pun. Aku tak pasti Pertubuhan ni mana punya cawangan, barangkali salah satu cawangan UMNO, atau mungkin saki-baki ajaran Ayah Pin versi UMNO..