08 June 2010

Cara Salam yang betul di Malaysia...



Jawatan Kuasa Kabinet mengenai Istiadat telah mengeluarkan Surat Pekeliling mengenai adab dan cara bersalam yang betul mengikut norma ke Malaysianan.


Sila fahami..


Cara bersalam yang betul

1. Badan perlu dibengkokkan 90 darjah.

2. Yang menyalam perlu memegang kedua belah tangan orang yang disalam.

3. Sengetkan kepala ke kanan sedikit untuk mendapat feel yang lebih.

4. Mulut cium tangan perlu dimuncung lebih kurang 1 inci.


Contoh dibawah:







dan..



('',)...

Maths in Al-Quran



Dr. Tariq Al Swaidan discovered some verses in the Holy Quran that mention one thing is equal to another, i.e, the number of words for man and women are equal. Although this makes sense mathematically, the astonishing fact is that the number of times the word man appears in the Quran is 24 and number of times the word woman appears is also 24,therefore not only is this phrase correct in the grammatical sense but also true mathematically: 24=24.

Upon further analysis of various verses, he discovered that this is consistent throughout the whole Quran, where it says one thing is like another. See below for astonishing results:-

The word number of times mentioned in Arabic Quran:

Dunia (one name for life) 115 . Akhirat (one name for the lifeafter) 115
Malaikat (Angels) 88 . Shaytan (Satan) 88
Life 145 . Death 145
Benefit 50 . Corrupt 50
People 50 .Messengers 50
Eblees (king of devils) 11 . Seek refuge from Eblees 11
Museebah (calamity) 75 . Thanks 75
Spending (Sadaqah) 73 . Satisfaction 73
People who are misled 17 . Dead people 17
Muslimeen 41 . Jihad 41
Gold 8 . Easy life 8
Magic 60 . Fitnah (dissuasion, misleading) 60
Zakat ( Taxes Muslims pay to the poor) 32 .
Barakah (Increasing or blessings of wealth) 32
Mind 49 . Noor 49
Tongue 25 . Sermon 25
Desire 8 . Fear 8
Speaking publicly 18 . Publicising 18
Hardship 114 . Patience 114
Muhammed 4 . Sharee*ah (Muhammed's teachings) 4
Man 24 . Women 24

And amazingly enough have a look how many times the following words appear:-

Solat 5; Month 12; Day 365;
Sea 32; Land 13; Sea + land = 32+13= 45%Sea=32/45*100=71.11111111%
Land=13/45*100= 28.88888889=100.00
Modern science has only recently proven that the water covers 71.111% of the earth, while the land covers 28.889%. Is this a coincidence ?

Who taught Prophet Muhammed (PBUH) all this?

Allah, the All Mighty taught him this. As the Quran tells us.



"The Soul is like a glass lamp, and knowledge is light (giving fire), and the wisdom of God is the oil, If it is lit, you are alive,and if it is darkened, you are dead"-- Ibn Sina


Seorang lagi Menteri telah di kesan Kejahilannya...



Nampaknya makin ramai Menteri-menteri kerajaan BN yang tertekan dengan desakan rakyat dan pemimpin khususnya dari Pakatan Rakyat berhubung isu judi bola ini. 

Terbaru kenyataan dari menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussin yang meminta agar ada pihak tampil memberi cadangan berkenaan isu judi ini. Kenyataan beliau dilihat sebagai suatu gambaran bahawa kerajaan sedang tertekan akibat desakan dan tekanan yang kerap di lemparkan berkaitan isu ini.

Dari kenyataan Hishammuddin itu sendiri kita dapat tahu bahawa, menteri kerajaan BN ni bukan sahaja jahil tentang agama, bahkan tidak sedar diri. Apakah mereka tidak lihat berapa ramai pemimpin-pemimpin (khususnya dari PR), pertubuhan-pertubuhan, NGO, dan individu-individu telah menyatakan bantahan terhadap isu ini.

Bantahan yang dibuat itulah cadangannya..iaitu pemberian lesen judi bola itu harus di tarik balik oleh kerajaan..itulah cadangannya.

Saya berpandangan, masalah utama adalah dari sebab kejahilan pemimpin-pemimpin kerajaan itu sendiri yang tidak faham agama. Sifirnya mudah, andai suatu perkara itu sudah terang dan jelas haram, maka tidak timbul soal untuk mencari alternatif atau cadangan lain bagi menghalalkannya. Seolah-olah, mereka anggap dan mengharapkan ada pihak lain yang boleh memberikan cadangan lain supaya lesen judi ini dapat di berikan agar dengan alasan jenayah serius seperti permerdagangan manusia dan pinjaman wang haram atau ah-long berlaku. 

Inilah perangai pemimpin BN yang cuba sedaya upaya untuk mengalih masalah pokok yang berlaku. Jika kita sedar, masalah utama bukanlah sebab akan berlakunya perjudian haram (yang tiada lesen), atau aktiviti permerdagangan manusia, atau ah-long, tetapi soal pokok adalah dari sudut HUKUM, hukum yang telah jelas terang dan nyata.

Namun, anehnya pasti kebanyakan mereka akan cuba berdalih dan mencari alasan dengan menyamakan dengan negeri-negeri pakatan rakyat lain. Kononnya kerajaan negeri pakatan rakyat harus mengharamkan pusat judi dahulu sebelum menegur kerajaan pusat. Bagi mereka ini soal politik semata-mata.

Sekali lagi, inilah bahana fahaman sekular ajaran BN-UMNO yang meresap kedalam kepala otak pemimpin mereka. Semuanya dilihat soal politik. Peliknya, bila di dalam masjid, tak boleh pula cerita soal politik....

Bagi mereka yang sering menimbulkan persoalan, sebagai contohnya mengapa negeri PR, seperti Selangor dan Kedah tidak mengharamkan pusat-pusat judi. Soalan-soalan tipikal ini sebenarnya tidak memerlukan jawapan, dan tidak semua persoalan perlukan jawapan, kerana ada soalan yang harus dijawab dengan persoalan juga.

Apakah mereka tidak sedar bahawa negeri-negeri Pakatan sebelum ini telah di perintah lama oleh kerajaan BN..? Bina rumah sebelah pagi, sebelah petang sudah siap..? Pemimpin-pemimpin negeri PR sememangnya sedang berusaha sediki-demi sedikit untuk menghilangkan 'kudis' yang ditinggalkan oleh kerajaan BN sebelum ini..Persoalannya, apakah pemimpin kerajaan pusat BN ini tidak sedar bahawa pemerintahan mereka selama 50tahun itu sebenarnya semakin bertambah-tambah pusat-pusat maksiat..??

Persoalan lain, apakah mereka yang sedang berusaha sedikit demi sedikit membasmi maksiat itu lebih HINA berbanding mereka yang bukan sahaja dilihat tidak berusaha mengurangnya maksiat tetapi semakin MENGGALAKKANnya pula lagi...???

Tepuk dada tanya iman..Wallahualam

p/s: ..tak de orang nak cadangkan kat Hishamuddin pasal Loteri Kebajikan ke..??

06 June 2010

11 Fatwa Yahudi Orthodoks



Bagi menjaga budaya agama Judais agar tidak dipengaruhi oleh arus sekular global, para Rabbi(Gelaran kepada paderi Yahudi) Yahudi Orthodoks memutuskan bermacam-macam peraturan yang ketat di daerah majoriti mereka di Mea Sharim. Sebahagian besar peraturan adalah yang sudah sedia terkandung dalam kitab Taurat.


Fatwa 1 : Mengharamkan HDTV

Menurut para Rabbi Orthodoks, terjahan visual gambar yang begitu realistik dan melampau akan merosakkan pemikiran masyarakat. Visual jenis High Defination (HD) yang luar biasa boleh mengkhayalkan seseorang yang melihat.

Mereka bimbang penampilan visual-visual luar biasa dari HDTV akan menyebabkan golongan muda tidak lagi berminat hadir ke kelas-kelas pengajian Taurat dan Mishnah. Ini kerana mereka akan sibuk menghadap televisyen sepanjang masa.

Bagi membendung gejalan ini, kempen-kempen yang keras dijalankan secara meluas, demonstrasi dan bantahan secara terbuka dilakukan hampir setiap hari. Tidak cukup dengan itu, mereka menerbitkan pula iklan TV yang menjalankan kempen mengharamkan penggunaan HDTV.


Fatwa 2 : Pengharaman Memakan Babi

Golongan Yahudi ultra Orthodoks di Israel sering bersengketa dengan kelompok Yahudi Sekular (Zionis) tentang makanan. Para Rabbi Ultra Orthdoks menegaskan agama Judais mengharamkan penganutnya memakan babi.

Kesatuan Rabbi bersepakat membawa penguatkuasaan pengharaman memakan babi ke peringkat parlimen. Ketika itu Presiden Israel ialah Yitzak Shamir yang memimpin Parti Likud.

Lima pertubuhan Rabbi utama di Israel meminta agar dikuatkuasakan undang-undang peringkata persekutuan agar melarang semua penganut Judais dari memakan babi. Menurut mereka, penganut Judais perlu kembali kepada ajaran asal Taurat.

Larangan bukan sahaja tertakluk kepada memakan babi, tetapi juga menjual, membawa atau menyentuh binatang itu.

Cadangan undang-undang itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati golongan sekular Yahudi yang berfahaman Zionis. Mereka juga mendesak agar kerajaan Israel tidak melayan tuntutan Rabbi-Rabbi itu.

Kempen ini bermula pada Julai 1990.


Fatwa 3 : Wajib Menutup Aurat Bagi Lelaki dan Perempuan

Peraturan pakaian di Mea Sharim, daerah ultra-Orthodoks di Jerusalem amat ketat dan mesti mengikut lunas-lunas syariat agama Judais. Peraturan pemakaian yang ketat itu tertakluk kepada lelaki dan perempuan.

Lelaki


- wajib memakai baju berlengan panjang
- memakai stokin putih
- Berkasut penuh yang bertumit tinggi
- Berkot hitam
- Memakai topi hitam
- Tidak dibenarkan memakai rantai leher atau gelang tangan

  

Perempuan


- Memakai tudung kepala menutup keseluruhan rambut. Jika orang Islam dipanggil ‘anak tudung’.
- Tidak boleh memakai rantai leher yang keterlaluan
- Memakai baju berlengan panjang
- Memakai skirt panjang hingga bawah lutut
- Wajib memakai stokin
- Tidak boleh make-up wajah dengan berlebihan
- Diharamkan memakai pakaian yang berwarna garang dan menonjol yang boleh menarik perhatian lelaki.

Peraturan pemakaian bukan setakat ke atas masyarakat ultra-orthodoks sahaja, malah mereka juga melarang mana-mana individu yang memakai pakaian sekular agar tidak berjalan-jalan di kawasan mereka.


Fatwa 4 : Mengharamkan Pembakaran Mayat

Para Rabbi ultra-Orthodoks menentang keras proses pembakaran mayat yang sering diamalkan oleh agama-agama lain. Pembakaran mayat juga diamalkan oleh para penganut zionis di Israel.

Pada akhir tahun 2007, telah berlaku suatu kejadian kebakaran Chomotarium di Mea Sharim Pihak berkuasa tempatan percaya ia dilakukan oleh kumpulan ekstremis Ultra Orthodoks.

Semenjak Chomotarium itu dibina oleh kerajaan tempatan, ia sering menerima bantahan daripada penduduk Ultra-Orthodoks di Mea Sharim.

(Chomotarium = rumah pembakaran mayat)


Fatwa 5 : Mengharamkan Menyertai Tentera

Rabbi Orthodoks tidak menggalakkan anak-anak muda mereka menyertai agensi pertahanan kerana ia adalah amalan yang melibatkan keganasan. Penyertaan itu dianggap bertentangan dengan ajaran Taurat yang mementingkan kehidupan yang harmoni.


Fatwa 6 : Digalakkan menyimpan janggut dan misai

Amalan menyimpan janggut dan misai dikira amalan yang mendapat pahala dikalangan penganut agama Judais. Amalan ini bukan sahaja diamalkan oleh Orthodoks di Israel tetapi juga diseluruh dunia termasuk negara-negara arab.

Namun begitu, lelaki Yahudi Ultra-Orthodoks yang mempunyai janggut yang panjang, berpakaian kota hitam dan bertopi hitam amat dibenci oleh masyarakat Yahudi Sekular.

Sekiranya lelaki Ultra Orthodoks berjalan-jalan ke bandar Jerusalem atau Tel Aviv, mereka akan dipandang sinis dan sering menerima ejekan masyarakat setempat. Tindakan diskriminasi ini timbul ekoran anggapan bahawa amalan tersebut hampir menyamai amalan sunat umat Islam.


Fatwa 7 : Mengharamkan Penggunaan Handphone Berkamera

Para Rabbi Ultra-Orthodox peringkat tertinggi sepakat mengharamkan handphone berkamera digunakan oleh masyarakat Yahudi ultra-orthodoks. Bagi menghalang handphone berkamera dibeli, pertubuhan Ultra Orthodoks telah melarang kedai-kedai handphone di Mea Sharim menjual produk yang mempunyai kamera.

Tujuan pengharaman adalah untuk menjaga maruah dan keselamatan golongan wanita Yahudi Orthodoks dari terdedah kepada tingkahlaku-tingkahlaku tidak bermoral.

Bagi menghalang penularan jualan telefon berkamera di daerah kediaman Ultra Orthodoks, para rabbi mereka mendesak agar telefon khusus untuk Yahudi Orthodoks dicipta.

Bagi merealisasikan ‘fatwa’ mereka, para Rabbi Orthodoks telah menghantar surat memorandum desakan kepada CEO syarikat Mirs Communication iaitu Abrasya Brustyn. Syarikat ini adalah wakil tunggal penjualan handphone jenis Motorola di Israel.

Desakan yang dibuat ialah pihak pengeluar harus membuang fungsi kamera kecil pada telefon. Selain itu, telefon itu juga haruslah mempunyai filter (penapis) bagi sebarang “sexual contents” yang mudah dicapai di talian internet.

Akhirnya sebuah telefon yang digelar “Kosher Phone” dikeluarkan. Telefon yang mempunyai fungsi panggilan keluar-masuk, simpanan mesej teks, memori buku telefon dan fungsi-fungsi asas.


Fatwa 8 : Mengharamkan penjualan MP4 Player

Pemain MP4 diharamkan oleh pertubuhan-pertubuhan Yahudi Orthodoks kerana ia dikatakan boleh merosakkan akhlak penganut Judais khususnya golongan muda. Kempen ini dijalankan dengan cara mengedar poster-poster larangan membeli MP4.

Poster-poster kempen tidak sahaja diedarkan kepada masyarakat di Mea Sharim tetapi mereka juga turut berkumpul di kedai komputer di bandar tersebut. Bukan setakat itu sahaja, kempen diluaskan lagi melalui radio rasmi mereka iaitu Kointrass.

Menurut editor berita di Radio Kointrass iaitu Rabbi Henri Khan, mereka tidak kisah jika alatan moden itu hendak dijual tetapi mereka perlulah menjualnya di luar kawasan Orthodoks. Mea Sharim dihuni oleh 99 % Yahudi Orthodoks, jadi mereka tidak mahu pengaruh budaya luar merosakkan akhlak masyarakat mereka.


Fatwa 9 : Mengharamkan rakaman gambar secara terbuka

Masyarakat Yahudi Ultra Orthodoks tidak suka wajah dan tingkahlaku mereka diambil gambar atau dirakam menggunakan kamera video. Perbuatan tersebut dianggap menghina maruah komuniti mereka.

Situasi ini bagaimanapun hanya berlaku di Mea Sharim, Jerusalem dan tidak di lain-lain negara di dunia. Sesiapa sahaja yang mengambil gambar-gambar mereka kemungkinan besar akan dicederakan termasuk pelancong asing.


Fatwa 10 : Mengharamkan penubuhan negara Israel

Para rabbi orthodoks percaya penubuhan negara Israel adalah agenda jahat kerajaan Zionis yang dipimpin oleh Yahudi suku Ashkenazi dan Sephardi. Bagi para Rabbi Orthodoks, konsep ideologi Zionis tidak wujud di dalam agama Judais dan ia bukanlah ajaran sebenar Nabi Musa.


Fatwa 11 : Mengharamkan tingkahlaku Homoseksual dan Lesbian

Semenjak menularnya pengaruh ideologi Zionis di kalangan masyarakat Yahudi Orthodoks pada 1897 dahulu, para Rabbi juga bimbang akan gejala-gejala sosial yang dipromosikan oleh kerajaan Zionis.

Rabbi Dr. Aaron L. Mackler, profesor dari Pittsburg University telah membentangkan dengan panjang lebar kertas kerja berkenaan larangan homoseksual dan lesbian.

Kertas kerja beliau yang bertajuk “The Conservative Movement and Homosexuality : Finding a Middle Path”, menjelaskan mengapa setiap penganut Yahudi perlu berkahwin dan menjauhkan gejala homoseks dan lesbian.

Pada 1992, Comittee of Jewish Laws and Standards (CJLS) sebulat suara memutuskan akan perlunya setiap umat Yahudi yang beragama Judais mengelakkan sebarang aktiviti homoseks dan lesbian.

Namun begitu, kempen ini tidak berjaya. Umat Yahudi sejak dari zaman Nabi Lut memang sudah sebati dengan perilaku sejenis ini. Walaupun Bandar Sodom dan Gemorah sudah dimusnahkan oleh Allah. Darah hawa nafsu Syaitan itu tetap mengalir segar.

Akhirnya pada 2006, empat orang ahli jawatankuasa tertinggi CJLS sendiri telah meletak jawatan dan keluar dari CJLS kerana tidak senang dengan peraturan melarang aktiviti homoseksual dan lesbian ini.

Mereka ialah Rabbi Joel Roth, Rabbi Leonard Levy, Rabbi Meyer Rabinowitz dan Rabbi Joseph Prouser.

Kesimpulan

Walaupun golongan ultra orthodoks kelihatan begitu tegas mempertahankan hukum-hukum dalam Taurat, itu tidak bermakna mereka tidak mempunyai perasaan benci kepada Islam.

Selain itu, Agama Islam juga dianggap sebagai musuh utama kerana semakin ramai pemuda-pemudi Ultra Orthodoks di Mea Sharim yang kini memeluk Islam secara senyap-senyap.

Wallahu’alam…

Sumber: Ibnuyaakob.com


p/s: tulisan di atas sekadar perkongsian ilmu. Ia tidak bermaksud untuk meredhai atau cuba untuk menyamakan bangsa Yahudi (agama Judais) dan Islam kerana di dalam Al-Quran, Allah telah terang menyatakan bagaimana sikap Yahudi ini yang tidak akan redha dengan kita (Islam) selagi kita tidak ikut amalan dan agama mereka. Ianya sekadar membezakan antara Yahudi Orthodoks dan Yahudi Zionis yang kita kenali hari ini. Namun hakikatnya mereka di bawah satu agama yang sama. 

05 June 2010

Demonstrasi: Sertailah Jika…..


demo


Demonstrasi ialah tunjuk perasaan yang dilakukan dengan cara berkumpul beramai-ramai dan berarak sebagai tanda protes terhadap sesuatu isu. Orang yang menyertai demonstrasi tidak turun padang semata-mata untuk berkumpul dan berarak tanpa tujuan. Di sebalik tindakan mereka, ada suara hati yang mahu didengari dan pandangan yang mahu diambil perhatian pihak tertentu. Atau dengan kata lain, ada objektif yang hendak dicapai. Maka difahami bahawa demonstrasi hanya wasilah atau pendekatan untuk menyuarakan pandangan secara jama’ie.


Jadi, tinjauan terhadap hukum demonstrasi mestilah mengambil kira ia sebagai satu wasilah. Jangan memandang demonstrasi secara pendek, lalu menyimpulkan begini: “Demonstrasi tidak pernah dilakukan oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Apa yang tidak dilakukan oleh baginda adalah bidaah. Natijahnya demonstrasi dihukum sebagai bidaah”. 


Kaedah ‘bidaah’ tidak tepat diaplikasikan dalam isu demonstrasi. Untuk penjelasan perkara ini, boleh ditinjau definisi bidaah yang diungkapkan oleh sarjana Islam, Al-Syatibiy. Iaitu: Bidaah ialah satu cara yang direka-reka dalam agama, menyerupai syariat, tujuan dilakukannya untuk membuat suatu yang extra dalam beribadah kepada Allah Subhanahu Wataala.


Hukum demonstrasi mesti mengambil kira ia sebagai WASILAH. Dan wasilah untuk mencapai sesuatu objektif bukanlah berbentuk tabbudiy atau tauqifiy. Dengan kata lain, Syarak tidak menghadkan cara dan kaedah khusus untuk mencapainya. Ia kembali kepada hukum asal iaitu harus.


Cukuplah untuk mengatakan harus demonstrasi hanya dengan hujah bahawa tidak ada dalil dari Quran dan Sunnah yang mengharamkan berkumpul dan berarak untuk meyuarakan pandangan.


Namun terdapat dua perkara yang mesti diambil kira.


1) Apakah objektif diadakan demonstrasi?
2) Apakah demonstrasi mengandungi unsur haram?


Objektif Penganjuran Demonstrasi


Secara prinsipnya, terdapat kaedah yang masyhur iaitu “Wasilah mendapat hukum maqasid (objektif)”. Mana-mana perbuatan yang menjurus kepada suatu yang haram, maka ia menjadi haram, sekali pun perbuatan itu pada awalnya tidak haram.


Contohnya, membeli dan menjual parang tidak dilarang oleh Islam. Tetapi jika pembelian itu bermotifkan jenayah rompakan sebagai contoh, maka penjualan dan pembelian parang dalam kes ini adalah haram. Kerana wasilah mengambil hukum maqasid.


Begitulah demonstrasi. Jika motif demonstrasi adalah perkara maksiat maka turun padang berdemo pun satu maksiat. Contohnya, jika ada pihak menganjurkan demonstarsi mendesak supaya Kerajaan membenarkan orang Islam murtad, hukum menyertainya haram. Kerana objektif yang haram menatijahkan wasilah yang haram.


Jika objektif demonstrasi diharuskan syarak atau digalakkan syarak, contohnya berdemo membantah kumpulan yang menghina Islam, maka hukum berdemo dalam situasi ini perlu dilihat aspek kedua, iaitu:


Apakah Demonstrasi Mengandungi Unsur Haram?


Jika penganjuran demonstrasi disertai unsur-unsur maksiat, maka haram menyertainya. Ataupun, jika aktiviti demonstrasi pasti akan membuka ruang kepada berlaku maksiat, maka haram menyertai demonstrasi seperti ini.


Sebaliknya, jika demonstrasi dilakukan dengan menjaga tata-tertib syariat, dan menunaikan hak-hak yang ditetapkan Islam ketika berada di jalanan, maka hukumnya kembali kepada hukum asal wasilah iaitu harus.


Kesimpulan


Tidak salah menyertai demonstrasi, JIKA:


1) Objektif yang hendak dicapai melalui demonstrasi tidak bercanggah dengan syrariat.


2) Pengajur dan peserta demonstrasi dapat menjaga hak-hak jalanan yang digariskan dalam hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, iaitu:
- Tidak menimbulkan kesusahan kepada orang lain.
- Menjawab salam apabila disapa.
- Menyuruh kebaikan.
- Mencegah kemungkaran.


3) Tidak disertai dengan perbuatan maksiat lain, seperti:
- Percampuran bebas lelaki dan perempuan.
- Perempuan keluar dengan pakaian yang tidak syar’ie.
- Mengeluarkan perkataan atau memaparkan tulisan maki hamun dan mencarut.
- Menyerupai orang Musyrikin contohnya dari sudut pakaian.
- Merosakkan harta benda awam dan orang lain.


4) Demonstrasi tidak menyebabkan berlaku mudarat yang lebih besar. Kerana Islam menutup pintu-pintu kemudaratan.


Wallahualam.


Sumber: Abu Umair Madinah Al-Munawarah