14 November 2010

Hari Wukuf di Arafah pada tahun ini jatuh pada Hari Isnin 15/11/2010



Wukuf

  1. Wukuf di padang Arafah adalah untuk mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam dan Hawa telah diturunkan  ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis.
  2. Nabi Adam dan Hawa telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali. Tempat pertemuan mereka adalah di Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah SWT.
  3. Mengikut pengertian wukuf di Arafah bererti berhenti seketika di padang luas itu. Berada di padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik.
  4. Para jemaah digalakkan untuk memperbanyakkan zikir, solat sunat, membaca al-Quran, bermunajat dan berdoa di padang Arafah, begitu juga bagi mereka yang tidak mengerjakan haji. Sunat juga berpuasa pada hari Arafah. 
  5. Berdoa di Padang Arafah dikatakan sangat dimakbulkan oleh Allah. (antara tempat dan masa yang paling mustajab doa di makbulkan)
  6. Berwuquf di padang Arafah  memberi gambaran keadaan di padang Mahsyar di mana semua manusia tanpa mengira bangsa,pangkat atau kedudukan akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa di dunia.

Wallahu'alam

Firman Allah SWT, “Hai malaikat-Ku! Apa balasan (bagi) hamba-Ku ini, ia bertasbih kepada-Ku, ia bertahlil kepada-Ku, ia bertakbir kepada-Ku, ia mengagungkan-Ku, ia mengenali-Ku, ia memuji-Ku, ia bershalawat kepada nabi-Ku. Wahai para malaikat-Ku. ‘‘Saksikanlah, bahwasanya Aku telah mengampuninya, Aku memberi syafaat (bantuan) kepadanya. Jika hambaku memintanya tentu akan Kuberikan untuk semua yang wukuf di Arafah ini.”


Mengenali 'First Lady' edisi Melaka

Datin Seri Asmah Abd Rahman, isteri Ketua Menteri Melaka







-

-

-

-

-


Gambar isteri Ali Rustam, Datin Seri Asmah Abd Rahman di Majlis Malam GALA di Melaka.    





















p/s: Cun melecun...

13 November 2010

Sekat Media: Talian Hayat BN akan putus di Kedah?




Pemuda GERAKAN Kedah mendesak pemimpin kanan Pakatan Rakyat di peringkat pusat tidak berdiam diri dalam isu larangan terhadap beberapa media daripada membuat liputan di belanjawan yang akan dibentangkan di dewan negeri itu esok

Kerajaan PAS Kedah dilaporkan mengeluarkan arahan itu melalui sepucuk surat yang ditandatangani oleh setiausaha akhbar menteri besar yang hanya membenarkan Harakah, The Star, Sinar Harian, Sin Chew Daily and Makkal Osai membuat liputan sesi belanjawan sehingga Selasa ini. (selebihnya)

-------------------------------





Kerajaan yang mahukan rakyat yang sebegini?


Salah satu talian hayat BN bakal terputus di Kedah. Saya bersetuju dengan tindakan kerajaan PAS Kedah yang hanya membenarkan beberapa media sahaja membuat liputan. Inilah masanya proses pembersihan dan ketelusan media dilakukan. Media yang tidak telus bukan sahaja menyekat maklumat, bahkan membentuk pemikiran rakyat untuk menerima berita yang songsang. Inilah sebenarnya penyekatan media kapada rakyat untuk berfikir suatu berita yang betul dan tepat.

Beruk kena Belacan

Ingatkah 3 talian hayat BN..the three M's..Money, Machinery and Media... nah salah satunya Media yang menjadi kepentingan besar buat BN menyebarkan 'dakyah'nya. Hasilnya lihat bagaiamana kawalannya terhadap media Pembangkang sebelum ini..maka itulah balasannya sepertimana Kerajaan BN menyekat Harakah, Suara Keadilan, Roket dan sebagainya.

 Kerana sebuah negara yang mengamalkan demokrasi harus meraikan semua pihak. Namun hakikatnya yang berlaku hari ini, demokrasi hanyalah suatu falsafah dan konsep yang telah di cemari oleh pemerintahan kuku besi..sistem autokrasi, bukan demokrasi lagi.

Kebebasan media bukanlah kebebasan mutlak tetapi kebebasan yang bertanggungjawab, ada yang tanggung dan jawab. Ianya harus di perdebatkan dengan saluran yang tepat dan cara yang sihat. Peranan media bukan sekadar memaklumkan maklumat tetapi menjadi titik kepada masyarakat untuk berfikir dan menilai dari sebuah maklumat yang di peroleh, membentuk kematangan dalam berfikir.

Namun apa yang berlaku hari ini, media menjadi propaganda pihak tertentu. 'Double-standard'nya kerajaan kepada kebebasan media membuka ruang kepada pihak 'kelas kedua' untuk mewujudkan media sendiri..itu pun di sekat. Jika masyarakat melihat Harakah, Suara Keadilan, Roket dll sebagai media Pembangkang, begitu jugalah Utusan, Berita Harian, NST dll...kata orang, askar kita, senjata kita...tengok mana lebih 'Power'.

Tindakan kerajaan Kedah yang menyekat beberapa akhbar di lihat mungkin sebagai petunjuk untuk mengajar media-media yang lain bagaimana membuat liputan yang sepatutnya.

Kadangkala kena jadi api..biar padan muka. 

Wallahualam.

 



Zaman Batu: Suatu Pembohongan Sejarah?




Boleh baca selebihnya di sini.

PKR bakal senasib UMNO Lama yang di haramkan dahulu?


PETALING JAYA: Tidak mustahil Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima nasib seperti Umno lama yang diisytiharkan sebagai pertubuhan haram pada tahun 1988 sekiranya tiada tindakan segera diambil untuk mengatasi kemelut dalam pemilihan yang sedang berlangsung.

Demikian pandangan Pensyarah Kanan Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Che Norliah Mustafa kepada FMT hari ini berhubung kecelaruan yang berlaku dalam Pemilihan PKR.

Menurut beliau, setiap individu dalam negara ini bebas berpersatuan seperti yang dijamin dalam perkara 10/1C Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menjelaskan, bagaimana pun setiap individu yang berpersatuan itu, tertakluk pula kepada Perlembagaan Pertubuhan yang disertainya.

Tindakan undang-undang boleh diambil

"Tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya ada berlaku perlanggaran Perlembagaan Parti PKR itu sendiri ketika pemilihan.

"Jika pihak yang ingin mengambil tindakan undang-undang ini berjaya memperolehi bukti dan saksi apa yang dikatakan pengundi hantu, penipuan dan sebagainya, maka ia boleh terjadi.

"Jika mahkamah mendapati terdapat unsur-unsur penipuan ketika pemilihan berlangsung maka PKR akan menghadapi masalah ketika itu," kata beliau lagi.

Kemungkinan PKR diisytiharkan pertubuhan haram

Dr Che Norliah tidak menolak kemungkinan PKR bakal menghadapi nasib seperti yang menimpa Umno lama yang diisytiharkan sebagai pertubuhan haram pada tahun 1988.

Sebelum ini, terdapat desas-desus kuat mengatakan sekumpulan ahli PKR dari beberapa cabang PKR seluruh negara mengadakan pakatan sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap apa yang didakwa penipuan dalam Pemilihan PKR.

Kumpulan yang mendakwa diri mereka daripada ahli-ahli tidak kurang dari 25 cabang setakat ini dikatakan sedang giat bergerak di Sabah, Kelantan dan dua negeri lagi di utara tanah air bagi mengumpul bukti.

Kumpulan yang dikatakan melibatkan beberapa peguam tanah air ini dijangka akan ‘keluar dari kubu’ mereka apabila semua bahan bukti dan saksi telah berjaya dikumpulkan.

Kes pengharaman Umno 1988

Untuk rekod, pada Jun 1988, satu guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 ahli Umno yang dinamakan sebagai ‘Umno 11′.

Kumpulan ini telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung Umno April 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal serta tidak mempunyai kesan.

Akibat daripada tindakan kumpulan Umno 11 tersebut, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika itu, Harun Hashim telah mengisytiharkan Umno sebagai pertubuhan haram


MalaysiaToday