30 November 2011

Songkok UMNO hina Kalimah Allah dan Rasulullah.?

p/s: aku rasa tak kena dengan lambang Allah dan Muhammad di songkok ini...macam mana kalau-kalau songkok ini terjatuh, atau bawa masuk tandas atau di basuh..? Tak kah menghina nama Allah dan Rasulullah?...Sah, orang UMNO memang Jahil...

Ingat kau boleh jadi khusyuk ke pakai songkok yang ada tulis kalimah Allah dan Rasulullah?..kalau kau buat Jubah ada kalimah Tuhan dan Nabi sekalipun, kalau parti kau masih berlumur tahi rasuah, penyelewengan harta rakyat, kronisme, jangan harap lah...kau hanya mempolitikkan agama sahaja...nampak Islam dengan imej yang di buat-buat tapi pengisian dan isinya kosong...

Ahmad Maslan: Melayu akan Hilang Kuasa, ada BENARNYA...


Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan semalam menyatakan orang Melayu akan hilang segala hak dan kuasa mereka sekiranya Pakatan Rakyat memenangi lebih banyak kerusi Parlimen - Sumber


Mungkin ada kebenarannya......



Ada kospirasi Mamak UMNO cuba merampas parlimen apabila ketua-ketua mamak UMNO ini mula merekrut pengikut satu keturunan dengannya,..maka akan terhapuslah Melayu di muka bumi ini....Hidup Melayu.!!

Sewa Menara Taming Sari Tertunggak


Projek Menara Taming Sari telah dimulakan pada 29 Januari 2007 dan disiapkan pada 6 Disember 2007 dengan kos RM26.3 juta. Kerajaan Negeri telah meluluskan pinjaman kepada Kumpulan Melaka Berhad (KMB) berjumlah RM23.4 juta pada tahun 2007 dan 2008 bagi membangunkan Menara Taming Sari.

Menurut laporan audit, Mesyuarat Lembaga Pengarah KMB pada 8 April 2008 memutuskan untuk menyewakan premis Menara Taming Sari kepada anak syarikat milik penuh KMB iaitu Melaka Taming Sari Berhad (MTSB). Penyewaan ini termasuk pengurusan operasi menara dan penyewaan ruang perniagaan mulai 1 Julai 2008 selama 10 tahun dengan kadar RM0.35 juta sebulan.

Berdasarkan semakan Audit terhadap pengurusan penyewaan Menara Taming Sari mendapati sewa yang sepatutnya diterima sehingga bulan Jun 2010 adalah berjumlah RM8.40 juta. Bagaimanapun sewa yang telah diterima hanya RM4.72 juta manakala RM3.68 juta masih tertunggak.

Mengikut perjanjian, KMB perlu menjelaskan bayaran balik pinjaman kepada Kerajaan Negeri berjumlah RM7.50 juta mulai Januari 2009. Bagaimanapun sehingga Jun 2010, KMB hanya menjelaskan bayaran balik pinjaman berjumlah RM2.30 juta dan baki tunggakan berjumlah RM5.20 juta masih belum dijelaskan walaupun KMB telah menerima hasil sewa RM4.72 juta daripada Melaka Taming Sari Berhad (MTSB).

Berapa lama lagikah masa yang perlu diambil oleh Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) menjelaskan bayaran sewa? Dikala rakyat Melaka dihimpit dengan bebanan kos yang terlalu tinggi, kerajaan negeri pula sibuk mengejar pembangunan sehinggakan terabai kepentingan rakyat. Bukan kita menolak pembangunan sebaliknya selesaikan dahulu masalah rakyat supaya kebajikan rakyat selari dengan pembangunan yang ada.

Ia boleh diibaratkan pembangunan itu seperti sebuah kereta dan rakyat itu sebagai jalannya. Sebuah kereta itu berharga ratusan ribu ribu ringgit namun tidak dapat bergerak di atas jalan yang rata kerana berlubang. Kesimpulannya, kebajikan dan pembangunan biarlah selari agar rakyat dapat menikmati pembangunan yang dibuat oleh pihak kerajaan. Pembangunan yang dilaksanakan melebihkan pelancong dari rakyat sendiri.

25 November 2011

Gempar ! Pemuda tampar muka Menteri Pertahanan.



NEW DELHI – Seorang pemuda menampar muka Menteri Pertanian India, Sharad Pawar semalam untuk menarik perhatian berhubung kenaikan harga makanan dan amalan rasuah di negara berkenaan.

Ketika kejadian, Pawar yang berusia 71 tahun sedang bercakap kepada sekumpulan pemberita dalam satu majlis politik apabila dia diserang oleh lelaki tersebut.

Beberapa laporan berita televisyen menyatakan, lelaki itu menjerit slogan tentang harga makanan yang melambung tinggi dan gejala rasuah.

Imej di stesen televisyen menunjukkan penyerang itu memegang sebilah pisau semasa dia ditarik keluar oleh beberapa pengawal keselamatan dan pembantu Pawar.

“Tahukah anda kenapa saya memukul beliau? Orang ramai di negara ini tertekan. Adakah saya salah?” jerit lelaki itu semasa dia dibawa keluar oleh beberapa pengawal keselamatan peribadi yang menangkapnya.

Stesen televisyen tempatan, CNN-IBN TV melaporkan penyerang itu kini ditahan polis.

Menurut agensi berita AP, Pawar tidak cedera teruk dalam insiden tersebut.

Menurut laporan agensi berita Bernama, Pawar yang memberi reaksi mengenai kejadian itu menyatakan perbuatan itu adalah bodoh.

Ketika ditanya sama ada dia akan mengemukakan dakwaan terhadap penyerangnya, menteri itu berkata, terpulang kepada polis untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Pawar berkata, penyerang itu dilihatnya berdiri dalam kumpulan wartawan dan dia mungkin mengambil kesempatan daripada kawalan keselamatan yang longgar.

Semasa ditampar, Pawar hilang imbangan badan dan kelihatan tidak peduli dengan kejadian itu sebelum menuju ke pintu keluar auditorium dan memasuki sebuah kereta yang sedang menunggunya.

“Saya merancang untuk datang ke majlis itu untuk menampar menteri tersebut,” kata penyerang Pawar, Harvinder Singh.

Perdana Menteri India, Manmohan Singh turut mengutuk kejadian itu. Kosmo

p/s: fuh..kalau amalan menampar di praktikkan di Malaysia, dah ramai menteri-menteri kena tampar..

24 November 2011

Projek hiasan di Melaka.


Selepas projek monorel Melaka berjumlah RM15 juta yang mengudang pembaziran berganda, kini projek bertemakan hiburan iaitu permainan Roller Coaster pula mengalami nasib yang sama.


Merujuk kepada akhbar Sinar Harian bertarikh 24 November 2011, Roller Coaster yang bertempat di taman hiburan Sungai Melaka itu tidak pernah berfungsi sejak dua tahun lepas. Projek yang bernilai RM10 juta ini sehingga hari ini hanya bertindak sebagai hiasan.


Di rasmikan dua tahun lepas, sepatutnya Roller-Coaster yang mempunyai landasan sepanjang 1 kilometer ini dapat di gunakan pada 31 Ogos 2010 lalu namun sehingga hari ini ia masih kosong, hanya landasannya sahaja yang ada.


Kelewatan Roller-coaster ini untuk berfungsi telah di maklumkan sebelum ini oleh Ketua Menteri, Datuk Ali Rustam. Katanya ia nya berpunca daripada faktor keselamatan selain masih belum mendapat kelulusan daripada Jabatan Keselamatan dan Pekerjaan (JKKP). Di fahamkan Roller coaster ini juga tidak menepati ciri keselamatan.


Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menggesa agar kerajaan negeri menangani masalah ini dengan segera dan mengambil serius tentang faktor keselamatan untuk setiap projek perlancongan di Melaka.


Sebelum ini, projek monorel juga tidak berfungsi dengan baik, sering tergendala dan mampu mendatangkan bahaya kepada pelancong. Selain membawa pembaziran, kerosakan monorel tersebut itu juga memberi imej buruk pada industri pelancongan Melaka yang sebelum ini di umum sebagai negeri Maju.


Seharusnya perkara asas sebegini tidak menjadi masalah memandangkan telah tersedia garis panduan keselamatan sebelum sesuatu projek itu di laksanakan lebih-lebih lagi projek tersebut melibatkan pengguna secara langsung seperti permainan Roller Coaster dan monorel ini. Ianya perlu di pandang serius agar tidak berlaku perkara yang tidak di ingini.


Tapak taman hiburan yang menempatkan permainan Roller-Coaster ini juga di katakan tidak strategik kerana lokasinya agak terpencil dan jauh dari tumpuan pengunjung. Ianya juga sedikit sebanyak membawa kepada faktor kerugian akibat bilangan pengunjung yang sedikit selain roller-coaster yang tidak berfungsi. Bak kata pepatah sudah jatuh, di timpa tangga, begitulah keadaannya projek kerajaan negeri.