Seorang lelaki bertemu seorang ahli sufi dan mengemukakan
beberapa soalan.
Soalan pertama : "Saudara kata Tuhan wujud,
tetapi saya tidak pernah melihatnya. Cuba tunjukkan saya di
mana Tuhan berada."
Kedua, "Mengapa manusia mesti dihukum apabila melakukan
Kedua, "Mengapa manusia mesti dihukum apabila melakukan
kesalahan sedangkan semua itu adalah kehendak Tuhan?
Manusia tidak punya kehendak bebas, tidak dapat melakukan
sesuatu bertentangan dengan kehandak Tuhan."
Ketiga, "Mengapa Tuhan menghukum syaitan dengan
Ketiga, "Mengapa Tuhan menghukum syaitan dengan
membakarnya dalam neraka? Bukankah syaitan itu berasal
daripada api, jadi tentulah api tidak dapat memudaratkan dirinya?"
Ahli sufi itu tidak memberikan sebarang jawapan sebaliknya
Ahli sufi itu tidak memberikan sebarang jawapan sebaliknya
mengambil seketul tanah keras dan membaling kepala lelaki
yang bertanya itu. Disebabkan tidak puas hati dengan tindakan
ahli sufi itu, lelaki yang bertanya tadi pergi mengadu kepada
seorang hakim.
"Saya mengemukakan tiga soalan kepadanya tetapi dia membaling
kepala saya dengan seketul tanah keras lalu menyebabkan kepala
saya bengkak dan sakit." katanya. Hakim memerintahkan supaya
ahli sufi berkenaan dipanggil dan apabila ahli sufi itu tiba hakim
bertanya, "Lelaki ini mengemukakan beberapa soalan dan kamu
menjawabnya dengan membaling kepalanya dengan tanah, mengapa?"
Jawab ahli sufi itu, "Ketulan tanah keras itulah jawapan kepada soalannya
tadi : Pertama, dia kata kepalanya sakit, sila tunjukkan di mana letaknya
sakit itu, barulah nanti saya tunjukkan di mana Tuhan berada.
Kedua, mengapa dia mengadu pada tuan mengenai saya sedangkan
apa yang saya lakukan semuanya adalah atas kehendak Tuhan.
Dan ketiga, yang saya gunakan untuk membalingnya adalah tanah,
mengapa pula dia kata dia tercedera disebabkan itu? Bukankah manusia
diperbuat daripada tanah?"
Lelaki itu senyap tidak berkata apa-apa dan hakim pula sangat puas hati
Lelaki itu senyap tidak berkata apa-apa dan hakim pula sangat puas hati
dengan jawapan ahli sufi itu.
p/s: soalan2 ini bleh menjadi hujah buat kita jika kita di soal..jd apabila
anda di ajukan soalan sebegina, tindakan yang anda perlu lakukan,
ambil seketul batu dan balinglah ke kepala si petanya soalan itu..;-p
tp pastikan jawapan yang anda beri selepas itu betul2 kukuh dan dapat
meyakinkan si petanya soalan tadi..kerana jika tidak ia akan
mnjadi musibah buat anda..hehehe
No comments:
Post a Comment