12Jun2008 3a.m
Kembalinya ke Rahmatullah, insan di saat umur 74tahun bernafas di bumi Allah..Allahyarhamah nenekku yang menghidap sakit jantung telah menghembuskan nafas terakhir tepat jam 3pagi Khamis, Allah lebih menyayanginya..pemergian yang begitu pantas dikala anakcucunya jauh di sisi..tiada siapa menduga..kuasa Allah mengatasi segalanya..bila sudah tempoh dan waktunya, Allah tidak akan mempercepat atau melambatkan ajal seseorang,
"Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan."..
..dan pagi itu jugalah aku dikejutkan oleh ibu, dan kami sekeluarga bergegas pulang ke kampung sebaik menerima berita yang tidak disangka itu. Perjalanan ke kampung diiringi dengan hujan gerimis, kedinginan pagi yang menyelubungi umpama kedinginan kami sekeluarga pagi itu, semua tidak berkata, diam membisu, tidak seperti kebiasaan. Mungkin, masing-masing dalam alam khayalan masing-masing..antara mimpi dan realiti..percaya dan tidak. Tetapi janji Allah itu pasti benar.."setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.."
Kami sekeluarga tiba di rumah nenek dengan disambut alunan suci bacaan Yassin oleh saudara-mara terdekat, dan ketika itu mata terpaku pada sekujur tubuh yang terbaring kaku, Allayarhamah nenek..oh..Allah sahaja yang lebih mengetahui perasaan aku pada waktu itu..
Kitab suci Al-Quran kucapai, kusedekahkan Al-Fatihah dan Yassin kepada arwah nenek, kerana itu sahaja yang mampu aku hadiahkan, tempoh berbakti kepada arwah nenek sudah tamat,kerana masa yang telah berlalu itu terlalu jauh untuk dikembalikan..
"..jenazah akan di kebumikan sebelum Zohor..", seru Tok Imam yang juga merupakan Pak Long aku sendiri, yakni ibu mertua kepada arwah nenek..Pengumuman dari pembesar suara masjid itu memecahkan keheningan Subuh di pagi Khamis..Seperti yang diumumkan jenazah Allahyarhamah nenek akan di kebumikan sebelum zohor, dan pagi itu jugalah berduyun saudara mara jauh dan dekat dan sahabat handai datang menziarahi arwah buat kali terakhir..datang embantu menyempurnakan tuntutan fardu kiyafah..dari memandikan sehinggalah menkebumikan..Alhamdulillah, semua berjalan lancar, amat mudah, mungkin itulah petanda dari Allah bagi orang yang banyak beramal untuk hari tuanya, arwah nenek yang tidak pernah lepas dari solat berjemaahnya di masjid, walaupun kesihatanya tidak menentu, hatta kakinya yang selalu sakit pun digagahi juga untuk berjemaah di masjid,.Semoga Allah menerima segala amalannya..
Tepat waktu zohor, sempurna sudah pengkebumian arwah nenek, dari bacaan Talkin yang menginsafkan buat insan yang masih hidup..benarlah..mati, persoalan mungkar dan nangkir,siksa kubur, syurga dan neraka itu adalah pasti dan pasti dialami setiap insan..
Ya Allah Engkau matikanlah aku di dalam khusnul-khatimah agar dengan amalan baikku di dunia menjadi bekalan buatku menghadapi kematian dan persoalan mungkar dan nangkir di dalam kubur kelak..Ameen Ya Rabbal 'Alameen
Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas ruh Allahyarhamah dan menempatkannya bersama orang-orang yang beriman..
(Kiah bte Bedol, Kampung Telok Gong,Melaka 12-05-2008 3a.m)
Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." Al-Jumu'ah 8
p/s: Syukran buat sahabat-sahabiah atas takziah dan semangat yang di berikan..
No comments:
Post a Comment