21 July 2008

Apakah itu Diabetes Melitus?



Diabetes Melitus merupakan sejenis penyakit di mana paras gula darah (glukosa) tinggi akibat kurangnya jumlah atau kurang keberkesanan hormon insulin.

Tanda-tanda Awal
1. Kerap kencing (siang dan malam)
2. Dahaga
3. Berat badan turun
4. Luka lambat sembuh

Komplikasi
1. Koma
2. Darah tinggi
3. Buta
4. Kerosakan buah pinggang
5. Penyakit jantung

Bolehkah Saya Sembuh?
Penyakit ini tidak boleh sembuh tetapi boleh dikawal dengan mematuhi rawatan dan pengawalan diri yang betul. Kawalan yang baik boleh membantu anda hidup secara normal.

Apa Anda Boleh Lakukan?
1. Memakan makanan seimbang
2. Sesuai dengan umur dan pekerjaan, kekalkan berat badan yang sempurna.
3. Elakkan makanan yang manis, masin dan berlemak.
4. Lebihkan makanan berserabut
5. Jumpa doktor selalu.
6. Ketahuilah ubat-ubat anda.
7. Bersenam selalu
8. Penjagaan diri
9. Menjaga kulit, kuku, hujung jejari.

p/s : Diabetes atau penyakit kencing manis bukan hanya berlaku pada orang dewasa malahan golongan muda turut tidak terlepas dari di jangkiti. Jadi ingatan untuk semua "prevention is better than cure", sama-sama lah menjaga kesihatan diri kerana 'diriku begitu berharga'..

3 comments:

Anonymous said...

jangan lupa jogging oi!! duduk kat studio menambahkan stress dan diabetis meletus..

jangan minum air manis, tapi senyum kena manis. jangan minum air gula banyak sangat tapi minum banyak air teh cina..

KFC tak bleh makan kecuali hang nak belanja ana.. hehe

Anonymous said...

la ni ana dh jarang duduk studio dh..sbb projek skrg byk individu..klu jogging tu susah skit..xde kaki laa,sowang2 je..huhu..

tak main la teh cina..org minum kopicinno skrg..

d sebabkan ekonomi negara jatuh merundum dan faktor kenaikan bahan bakar dunia..hidup kena banyak berjimat-cermat..no KFC yes MEGGI..

Ibnurashidi said...

salam...

artikel ni nampaknya kena dgn artikel ana..memndngkan ana kurang arif bab makanan ni,,makan pandaila..ni linknya..

http://ibnurashidi.blogspot.com/2008/07/disebalik-firakh-masywi.html