17 November 2008

Back to the Nature


Bergambar di pintu masuk Hutan Lipur
"Jbko yang tidak cukup kakitangan"..bukanlah suatu ungkapan atau terminologi penghalang bagi warganya mengadakan Rehlah.Ungkapan ini benar-benar menjadi titik permulaan dan lanjutan bagi kami menperkasakan lagi ukhuwah yang selama ini 'panas-panas kuku' dan semestinya BUKAN 'suam-suam kuku'.


Dan inilah Rahmat darpada Allah yang perlu dihargai,dimana nilaian sebuah ukhuwwah ini sering di pandang remeh atau take for granted kebanyakan kita pada hari ini.
Allah telah menyatakan hubungan persaudaraan sebagai sifat orang mukmin, "sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara" Al-Hujuraat,10. Dan inilah persaudaraan diantara Mukmin yang menjadi Anugerah Allah yang sangat besar.



Alhamdulillah..Allah masih memberi peluang kepada aku. Dikekangan kesihatan diri yang tidak menentu seumpama cuaca di Malaysia ini, panas dan hujan bersilih ganti. Begitulah seadanya aku,siri-siri 'kifarah' (mudahan-mudahan),selsema,batuk,sakit tekak,pening dan di tambah lagi dengan penyakit-penyakit jiwa bagi aku lebih perlu di beri perhatian.


My lovely 'chef'.a.Izwan (the
tough guy)
Riadah atau 'rehlah' yang di rancang ad-hoc oleh abang sayang aku,A.Izwan.Sedikit sebanyak dapat memanfaatkan masa 'free' aku bersama sahabat-sahabat.

Perjalanan jarak jauh yang mengambil masa lebih kurang 3 jam mengigat dan mengajarkan aku akan suatu cadangan yang telah di sarankan oleh Rasulullah s.a.w sendiri, dimana jika kita hendak mengenali hati budi sahabat,hendaklah kita keluar bermusafir dengannya.
Dan ketika itulah kita tahu setinggi mana peratus ukhuwwah kita.




Rasulullah bersabda, "Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah,kecuali yang paling besar cintanya di antara keduanya adalah yang lebih mulia"



Kelihatan 'Kami' ,Dzul,aku n Syams

'Novel' pengalaman singkat yang aku bawakan ini bukan sekadar sebuah coretan pengalaman suka-duka dan penat-lelah kami sepanjang perkelahan . Tetapi sebagai peringatan dan ingatan pada diri aku dan kepada sahabat-sahabat lain. Kerana, inilah peluang yang diberikan selagi kita masih di alam kampus. Nikmat ukhuwah di alam kampus sangat jauh berbeza dan tidak akan di kecapi di luar alam kampus,lebih-lebih lagi setelah berkerja dan bekeluarga kelak.



Kelihatan 'Kami' lagi..
Pelajaran tentang suatu kehidupan..berlajarlah dan dengarlah dialog dari alam ciptaan Allah..sesungguhya terdapat tanda-tanda bagi mereka yang berakal dan mahu berfikir...








'Pro-M' dimana-mana sahaja
Biarlah gambar-gambar ini menjadi kenangan pada aku, tetapi tidak kepada erti sebuah ukhuwah..ianya akan tetap sebati dalam jiwaku, selamanya..


Berjalan,melihat dan mentafsir






mesra bersama anak usrah..ni aktiviti
kuda air namanya..



Kehadiran anak usrah mengembirakan lagi hati ini, walaupun seorang sahaja yang dapat join. Mugkin inilah riadah yang tidak dapat di lupakan baginya bersama abang-abang..




Awe, sibuk dengan pacatnya,jangan
buat BBQ dh la..
Team working membakar hutan











BBQ..semua nampak sedap, mungkin perut ni sudah banyak
menelan air sungai, apa-apa pun terima kasih kepada tukang-tukang masak kami, dan tidak lupa juga kepada tukang-tukang perabis, perasa dan peng'komen' makanan..


Hasil pembakaran hutan kami..
Seorang penyair menukilkan...

jika seseorang mencintaiku,
maka akan kubalas
dengan ketulusan cinta sepanjang masa.
namun ketika ia mulai menjauhi
sementara cintaku terus bersemi
ku panjatkan doa kepada ilahi
agar memberi petunjuk yang menerangi




Kapankah lagi bisa ku menitip 'virus-virus' ukhuwah yang menjangkiti jiwa ini antara KAMI,.. selepas ini....

8 comments:

Sunah Sakura said...

salam...wah, sronoknya..salam cemburu dari sakinah...

LegendZ said...

xpe2..posting ni jgk terbit dari perasan jeles dari Raudah..ni namanya jeles yang terpuji..;p

Kembara Muslim said...

waaa... ermmm insya Allah artikel dr ana menunggu.. teruskn ukhuwwah.. insya Allah ana bz untuk shbt kita serong ini. tak sempat nak cipta artikel laa...

shahrin azam bin ismaon said...

wlaupun tak dpt pi, hntar wakil pun ok kot. :)

Anonymous said...

Raudhah is the Great!! I love them and i hug them..

Taufik said...

salam TAHNIAH dari wakil RAUDHAH...
akhirnya tercapai gak hasrat roomate ana lepas tgk jabko kami wat rehlah. ape pun..harap2 lepas ni jabko2 lain boleh la follow.

"sesuatu nikmat hanya akan dihargai apabila kita kehilangannya"

"Raudhah d grate"

myikhwanfiideen said...

Ana suka tgk Gambar enta tue..

Ala-ala Mujahideen AfGhaN..

Moga Allah kabulkan cita-cita Syahid kita ya ShiekH!!

Takbir

The Gatekeeper said...

apsal lah manusia berbondong-bondong ke jbko Raudhah ni.. dahlah kena black list..

erm, maybe ahli Raudhah kena pertimbangkan balik syarat2 kelayakan utk menyertainya..

tengah planning nak kumpulkan senior Raudhah utk gathering kat UTM nanti.. erm, doakan..

"Raudhah, the truly side of revolutionist"