11 March 2009

Last night...

It's such a cold night..

Assalamualaikum..

sekadar bercerita..malam tadi sedang asyik mem'pulun' masterplan n detailed plan, dan dengan rasa 'riang ria'nya sambil menyedut sekotak air soya, aku melayan beberapa siri ceramah di komputer, mungkin agak lama jiwa ni tidak diberi santapan rohani, yang kenyang asyik perut sahaja, jiwa ni emm...abis satu ceramah, dengar ceramah lain pula, dan ceramah terakhir sebelum aku syahid di medan pembaringan (sharp 3am)..iaitu bertajuk ' Detik-detik Kewafatan Rasullullah',oleh Habib Ali Al-Jufri..
..sambutan maulidur rasul yang baru sahaja berlalu, tarikh 12 rabiul awal kelahiran baginda ruap-rupanya adalah sama dengan tarikh kewafatan baginda..kelahiran dan kewafatan manusia agung yang  beribu-ribu tahun telah meninggalkn kita..

Ceramah dari ulama Yaman malam itu sangat2 menyentuh jiwa,..sedih mengenang kembali saat-saat kewafatan baginda saw..perginya seorang hamba yang pernah berdarah tubuhnya kerana Islam yang kita anuti, perginya seorang hamba yang sentiasa berlapar kerana tiada makanan sehingga terpaksa mengikat perutnya dengan batu, perginya seorang hamba yang bengkak kakinya kerana kuat beribadat, perginya seorang hamba yang sentiasa membalas kejahatan manusia dengan kebaikan..perginya seorang manusia agung yang sentiasa memikirkan nasib umatnya..apakan nasib umatku nanti?..bergerak-gerak bibir nabi di saat hujung sakarat..dadanya yang panas turun naik menarik nafas2 terakhir baginda..di saat menanggung pedih dan sakitnya sakaratul maut yang mengundang..bahkan pernah baginda memohon agar semua kesakitan sakarat umat di tanggung oleh baginda sendiri. Ya Izrail, begitu sakit saat sakaratul maut ini..inilah selembut-lembutnya. Bahkan Izrail sendiri tidak sanggup melihat wajah mulia baginda di saat itu..dan "ketahuilah bahawasanya setiap yang bernyawa pasti dan pasti akan merasai mati"..

Jasad mulia manusia agung disambut dengan kesedihan makhluk-makhluk Allah di muka bumi. Muhammad tidak mati, dia hanya pergi menemui Tuhannya..barangsiapa yang mengatakan Muhammad itu telah mati, pasti aku akan pancung kepalanya..sahut Umar yang tak keruan apabila menerima berita kewafatan nabi. Wahai manusia, ketahuilah, sesiapa yang menyembah Muhammad, saksikanlah bahawa Muhammad telah mati, tetapi sesiapa yang menyembah Allah, dialah jualah yang kekal selamanya..sahut Abu bakar.. 

Matlamat akhir seharusnya kita berusaha menanamkan sedalam-dalam, setinggi-tinggi dan sebesar-besar kecintaan kita kepada baginda. Namun dalam menzahirkan kecintaan kita pada baginda seharusnya disertakan dengan sunnah atau ittiba' (ikutan). Kombinasi element mahabbah atau cinta pada baginda perlu di sertakan dengan mengamalkan sunnahnya. Kerana tidak cukup jika hanya perasaan cinta seperti yang di ceritakan perihal bapa saudara baginda Abu Talib, mencintai anak saudaranya dengan sepenuh jiwa dan raga, namun gagal beriman dan mengikuti ajaran baginda. Dan contoh lain bagaimana ikutan atau sunnah jika tidak disertakan perasaan mahabbah seperti Abdullah bin Ubai, bapa munafiq, menjadi pengikut setia baginda, namun tiadanya perasaan cinta pada nabi akhirnya membawanya ke neraka. 

Jadi kesimpulannya.sabda Rasulullah saw spertimana yang diriwayatkan dari Anas, " Tidak sempurna iman di kalangan kamu sehingga aku lebih di cintai melebihi ayahnya, anak-anaknya dan manusia sekeliling" .

Peace be upon U....................

Type rest of the post here

No comments: