04 August 2009

Mogok Lapar Tahanan Palestin

Palestinian detainees in the Israeli Salem detention facility have conducted a two-day hunger strike in protest to the ongoing violence practiced against them by the Israeli prison guards and the bad living conditions.

File - Image Reprinted from the Palestinian Prisoners Scoiety
File - Image Reprinted from the Palestinian Prisoners Scoiety

One of the lawyers of the Palestinian Prisoners Society stated that the Israeli guards attacked recently room number 3 in the facility and beat up all the detainees in that room.

The army claimed that the detainees were talking loudly, and that the soldiers wanted to stop the noise.

The lawyer added that some prisoners informed him that the soldiers also punished some detainees by moving them to different cells.

The strike was conducted in protest to violence by the soldiers, guarding the facility, and the detainees stated that they will conduct further strikes should the prison administration fail to stop the violations and abuse.

The Palestinian Prisoners Society reported that the detainees demanded the Red Cross, legal and human rights groups, to increase their visitations to the facility to document the ongoing violations and the bad living conditions. (source)

p/s :

Teringat kembali peristiwa Cast Lead, iaitu serangan Israel laknatullah ke atas Gaza pada 27 Dis 2008. Seramai lebih kurang 1300lebih syahid sebagai syuhada, dan 5000lebih yang menderita kerana cedera. Walaupun dilihat lebih reda pada hari ini, penentangan dan penindasan masih berlaku di Palestine. Bumi suci Palestin ini akan terus mengalirkan darah syuhada' seperti yang telah Rasulullah s.a.w khabarkan.

"Sekumpulan dari kalangan umatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh-musuh mereka dan orang-orang yang menentang mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan hanya mendapat sedikit kerosakan, sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian ," lantas para sahabat bertanya,"Dimanakah mereka Ya Rasulullah? ", Rasulullah menjawab,"Di Baitul Maqdis dan disekelilingnya"
(Riwayat Abdullah Bin Ahmad dan Thabran)
Tak cukup dengan menyiksa pelarian dan rakyat Palestin, tahanan yang dipenjara pun turut menjadi mangsa penyiksaan Israel. Tahanan di Malaysia bagaimana?

Wallahu'alam

Bila ISA akan mansuh?


Copy dari Blog Ust Nik Abduh : masanya memilih jalan yang lurus

Salam Kamunting,

Dia bertanya dalam bingung, “Bila ISA akan dimansuhkan?” Saya menjawab, menambah bingungnya, “Bila tiada lagi soalan ini daripada orang seperti kamu.” Dia jadi bengang pula dengan jawaban saya, lantas saya segera menyudahkan jawaban saya, “Kamu kena tanya, bila lagi nak turun buat demo anti ISA?”

Saya harap jawaban ringkas itu difahaminya. Dia tak bengap macam puak pro ISA yang bingung, bengang dan bengap itu. Dia kawan saya dan kawan saya semuanya anti ISA, hatta yang masih duduk dalam UMNO dan masih simpati pada UMNO. Kawan yang asyik nak tengok wujudnya kerajaan perpaduan UMNO-PAS yang telah diharamkan sebutannya dalam PAS kerana ianya bukan daripada idea PAS pun.

Yang akan memansuhkan ISA adalah rakyat. Jika Dato Seri Najib Tun Razak memansuhkannya, maka ia pastinya adalah atas tekanan dan kehendak rakyat. UMNO tidak mungkin memansuhkan ISA. Tidak mungkin! Tak percaya, tanyalah yang nampak cerdik sikit dalam UMNO seperti Zahid Hamidi. Dia akan jawab mustahil. Itu yang nampak cerdik. Janganlah tanya pada yang bodoh – bodoh daripada kalangan mereka, kelak hati anda akan sakit tak pasal – pasal. Mereka akan jawab, demi Allah, dengan darah, nyawa dan jiwa raga, ISA kami akan pertahankan.

UMNO tak akan cerdik sehinggalah rakyat menjadikannya cerdik. Kerja UMNO adalah membodohkan rakyat. Ia perjuangan bersilang. Samada rakyat jadi bodoh kerana UMNO atau UMNO jadi cerdik kerana rakyat. Jika UMNO tak mahu jadi cerdik juga di zaman rakyat dah jadi cerdik bijaksana ini, UMNO akan tumbang. Esok lusa, UMNO pasti tumbang.

Jangan tanya bila UMNO nak tumbang? Tanya, bila nak turun lagi buat demo? Itulah soalan rakyat yang dah cerdik dan tak dimakan bodoh UMNO!

Demontrasi, atau tunjuk perasaan atau turun beramai – ramai di jalan raya di sisi pemerintah adalah menyusahkan awam, merugikan negara dan kerja sia – sia buat diri sendiri. Hatta di Iran sekalipun, demontrasi adalah menakutkan pemerintah.

Sebabnya hanya satu. Demontrasi cukup menekan dan paling berkesan menekan dalam damai dan aman. Kerajaan yang memerintah akan tertekan. Sesiapapun tak suka ditekan, apatah jika mereka ditekan di atas kesalahan yang mereka lakukan. Lantaran itu, kerja pemerintah adalah memburukkan pandangan rakyat terhadap demontrasi, menghalangnya dan menggagalkannya sekalipun ia terpaksa dibayar nyawa dan darah.

Dengan apa yang kerajaan kita dah lakukan untuk mengekang penglibatan rakyat dalam demontrasi, ia sudah cukup untuk menghalang rakyat menyertainya. Siapa berani nak bertempur dengan polis dan FRU yang siap dengan tukul dan kapak, juga air kencing penzalim yang disembur ke atas rakyat sampai muntah – muntah jadinya? Sedang syarat penyertaan dalam demontrasi adalah tanpa membawa apa – apa senjata kecuali tangan kosong untuk mempertahankan diri jika dikerjakan tukul dan kapak itu?

Tetapi malang bagi kerajaan! Sial buat kerajaan bila melihat rakyat dah semakin berani. Mereka keluar di jalan – jalan raya dengan hanya berbekalkan secubit garam dan sedikit air buat menahan diri dari sesak nafas, muntah – muntah dan tersungkur di hadapan penzalim. Malanglah buat kerajaan kerana kebanyakan mereka adalah anak – anak muda berpendidikan tinggi, wanita – wanita berjiwa jantan dan orang – orang tua yang berjiwa muda.

Apabila darah menjadi murah di hadapan hak dan maruah diri, kebenaran pasti di ambang kemenangan.

Jangan tanya bila? Tanya, bila lagi kita nak turun di jalan raya? Tanya, bila lagi nak demo anti ISA?

Ketika saya mundur ke belakang mengelak muntah dan rebah, saya masih melihat kelibat anak – anak muda yang tetap tegap, menari – nari dan melambai – lambai ke arah FRU yang menerkam bagai harimau terlepas sangkar. They love trouble!

Kenapa ini berlaku? Jawabnya satu. Rakyat sudah lama ditekan. Kini giliran pemerintah untuk ditekan. Mula – mula anda melihat tekan – menekan berlaku. Tetapi sunnah Allah akan mengambil tempat. Hari – hari itu adalah gilir – menggilir. Esok adalah giliran rakyat. Giliran kebenaran naik ke atas!

Jangan tanya bila? Nak jawaban juga, jawablah, esok. Besok!

Apabila kebenaran naik ceding, digilai dan dipuja, kebatilan akan lenyap dan hilang tanpa tunggul. Buih mana ada tunggul?

ISA adalah kebatilan dan lambang kebatilan pemerintah negara. Jika anda membilang – bilang kebaikan pemerintah hari ini, mari saya bilangkan untuk anda kebaikan Firaun!

Pemerintah yang baik dan adil bukanlah yang membuat kebajikan, tetapi yang menolak kejahatan daripada rakyat. Anda menyelimuti bangkai dengan hamparan permaidani merah. Anda menaungi tanaman ganja dengan rimbunan jagung. Anda mungkin dikagumi, tetapi anda adalah Firaun rakyat!

ISA adalah bangkai jahiliyah. ISA adalah jerangkap samar buat kebenaran yang tersembol di hadapan rakyat. ISA adalah pedang terhunus buat memenggal kebenaran dan pejuangnya. Di dalamnya anda melihat orang – orang jahat seperti komunis, penyeludup dan pembunuh, tetapi mereka hanyalah benteng berguna buat pemerintah menutupi kebenaran yang dicekik dan dipancung. Di sebalik mereka adalah himpunan pejuang – pejuang kebenaran negara yang ditangkap tanpa bicara, tanpa hak mempertahankan diri dan tanpa tuduhan di mahkamah!

Hak kita adalah kebebasan. Kebebasan adalah hak kita semenjak kita dilahirkan ibu. Ibu kita tidak menebuk hidung kita untuk ditarik – tarik bagai kerbau di bendang. Ibu membebaskan kita keluar kerana ibu tahu kita bukan lembu. Kita adalah anak ibu yang tahu untuk pulang kepada ibu yang menyayangi dan membelai. Jika ibu sangsi, ibu memberi hak untuk kita mempertahan diri dihadapannya.

Sedari kecil kita menikmati kebebasan. Ketakutan hanyalah atas kesalahan sendiri terhadap ibu yang menyayangi. Mengapa pemerintah datang untuk menyentap kalung kebebasan ini daripada kita?

Mereka marahkan peragut sedang merekalah peragut rakyat! Mereka marahkan rogol sedang merekalah perogol rakyat!

Mereka mendakwa dengan ISAlah negara aman. Dengan ISAlah Singapura aman. Dengan ISAlah Amerika belajar menggunakannya memburu pengganas al Qaeda. Mereka mendakwa tanpa ISAlah Thailand huru – hara. Indonesia huru – hara dan dunia huru – hara.

Bangsatnya dakwaan dan jawaban mereka. Mereka beriman dengan slogan ‘matlamat menghalalkan cara’ yang dicipta jahiliyah dan Yahudi. Asalkan aman, buatlah undang – undang apa pun! Apakah mereka lupa bahawa Firaun juga mengamankan negaranya dengan cara ini? Bukan setakat aman, bahkan dia berjaya menunduk sujudkan rakyatnya. Itulah puncak keamanan.

Apabila manusia sujud pada tuhannya, disitulah hujung keamanan.

Adakah Musa alaihissalam diutuskan untuk membunuh keamanan? Ya, keamanan yang palsu. Adakah Muhammad sallallahu alaihi wasallam diutuskan untuk menghuru – harakan keharmonian sedia ada di Kota makkah? Ya, keharmonian yang palsu sama sekali.

Zahid Hamidi berkata, saya pernah ditahan ISA dan saya akur bahawa itu adalah hak kerajaan! Zahid yang bodoh!!

Pertama, dia akur dia buat salah. Hari ini pengacau ketenteraman negara inilah yang jadi menteri negara!

Kedua, jika dia yakin tak salah tetapi rela juga ditahan ISA, maka inilah hamba negara yang bacul. Lembu pun tahu mempertahankan diri bila diasak.

Ketiga, adakah Zahid menganggap semua tahanan ISA adalah penjenayah sepertinya sehingga tak perlu mempertahankan diri dan hak?

Keempat, adakah Zahid mahu semua tahanan ISA menjadikannya teladan, bahawa sabar itu kunci kemenangan sampai dapat jadi menteri? Atau redha itu kunci ketenangan sampai tak perlulah lawan pemerintah? Teladan adalah akur pada semua nafsu pemerintah walaupun kita benar?

Kelima, adakah Zahid mengira air mata anak – anak dan isteri tahanan adalah air mata kambing biri – biri, sia – sia dan tanpa simpati untuk dihulurkan?

Zahid, kau perlu ada mata, telinga dan hati yang hidup untuk mendegupi jantung rakyat yang dizalimi. Jika kau mahu hati yang hidup, hiduplah bersama mereka yang dizalimi, bukan bersama mereka yang zalim dan menzalimi.

Walau apapun berlaku di hadapan, ISA yang isinya adalah resepi lazat buat makanan penzalim negara, ia tetap akan tumbang dan hancur. Kebangkitan rakyat adalah kerana mereka terhimpit. ISA adalah lambang himpitan dan kesengsaraan pejuang rakyat.

Kebangkitan ini adalah kebaikan. Jika ianya ingin diberkati Allah, kebangkitan mestilah bersama Islam. PAS tugasnya inilah. Bangkit dan bangun bersama Islam!

Hidup hidup, hidup rakyat! Hancur hancur, hancur ISA!

Hidup hidup, hidup Islam! Hancur hancur, hancur BN!

( Harap Bang Mat tak sebut lagi, hidup Beng Hock! Ia slogan kurang berkesan dan tak manis. Kita diajar berkata, hidup Islam! bukan hidup Muhammad! Muhammad sallaLahu alaihi wasallam telah mati. Yang hidup tak mati adalah Islam.)

-------------------------------------------------------------------------------------


Berita berkaitan : Utusan Meloya | Peserta Demo di Upah (Sumber)

p/s : Banyak betul duit GMI nak sponsor peserta demo tu?

03 August 2009

Lawatan Sambil Belajar

Lawatan sambil belajar tinjau 'istana' Khir Toyo berakhir dengan demo

Kira-kira 40 orang pengundi dari kawasan Sekinchan dan Sungai Panjang menyertai lawatan sambil belajar meninjau banglo milik bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo di Seksyen 7, Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM: Lawatan sambil belajar anjuran Ahli Dewan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim meninjau banglo milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo di Seksyen 7 di sini pagi tadi berakhir dengan demonstrasi.

Rombongan yang disertai 40 pengundi dari kawasan Sekinchan dan Sungai Panjang tiba di banglo Dr. Khir kira-kira pukul 10.40 pagi dengan sebuah bas persiaran.

Mereka menghabiskan masa kira-kira sejam untuk meninjau lebih dekat banglo itu yang telah mencetuskan kontroversi kerana dikatakan bernilai RM24 juta.

"Setiap seorang daripada kami membayar sebanyak RM50 bagi menyertai rombongan ini bagi melihat sendiri istana luar biasa bernilai RM24 juta ini.

Pemandangan atas banglo milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo di Seksyen 7 Shah Alam. Banglo bekenaan mencetuskan kontroversi kerana dikatakan bernilai RM24 juta.

"Ini adalah inisiatif penduduk untuk lawat dan melihat dengan mata mereka sendiri betapa besarnya rumah pemimpin mereka," kata Ng kepada media dalam lawatannya itu.

Bagaimanapun rombongan tersebut tidak dibenarkan masuk ke kawasan banglo berkenaan kerana dihalang pengawal keselamatan.

Kehadiran mereka turut membawa kain rentang yang tertera 'lawatan sambil belajar ke istana KT yang luar biasa dan menakjubkan' sambil merakamkan gambar kenangan di luar banglo itu sebelum beredar sejam kemudian.

Dalam pada itu, Ng juga berkata, beliau akan mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya menyenaraikan 'istana' berkenaan sebagai salah satu tempat lawatan kepada pelancong.

Ng yang dilantik sebagai ejen bagi menjual banglo berkenaan berkata, sehingga kini beliau menerima beberapa maklum balas daripada beberapa pembeli yang berminat.

Bagaimanapun beliau melahirkan rasa kecewa kerana salah seoarang daripada pembeli yang berminat itu telah datang sebanyak dua kali untuk melihat keadaan banglo itu, namun hampa kerana ketiadaan kunci.

"Pembeli ini mahu masuk dan tengok sebelum bersetuju dengan tawaran RM24 juta tapi dia (Dr ) tak beri kunci... macam mana saya nak masuk.

"Setakat ini ada lima pembeli yang berminat dan berjumpa saya manakala melalui telefon dan SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) lebih daripada 20 orang," katanya sambil meminta Dr. Khir melanjutkan tempoh untuk menjual rumah itu yang akan berakhir 7 Ogos ini.

--------------------------------------------------------------------------------

p/s:

Kelakar sungguh..tak sangka rumah banglo Khir Toyo ini dijadikan tempat lawatan sambil belajar, yang 'luar biasa dan menakjubkan' ..kata 'kain rentang'. Aku cadangkan kepada mereka yang buat lawatan sambil belajar ni supaya bukan sahaja mereka belajar tentang keindahan landskap dan struktur banglo ini, tetapi juga harus belajar disebalik pembinaan banglo yang bernilai 24 juta itu. Aku maksudkan, dari mana sumber pendapatan yang bernilai RM24 juta itu diperoleh untuk membina banglo tersebut. Sesungguhnya banyak yang boleh di jadikan pengajaran dari sebiji banglo tersebut. Menilai yang tersirat dari apa yang tersurat di depan mata.

Malas nak mengulas lagi tentang isu ini. Allah sendiri sudah beritahu..

"Apa saja harta rampasan yang diberikan Allah kepada RasulNya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu. Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya" Al-Hasyr 7

02 August 2009

Rugi RM200 juta?


Berapa juta lagi peruntukan untuk pengenalan konsep 1 Malaysia ini?

Himpunan ISA: Kerugian hampir RM200 juta


KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan menganggarkan kerugian kira-kira RM200 juta yang dialami para peniaga serta kerosakan harta benda ekoran perhimpunan haram Gerakan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di sini semalam.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, para pegawai kementeriannya bagaimanapun akan membuat penilaian mengenai kerosakan dan kerugian itu untuk mengetahui jumlah sebenarnya.

"Kita akan cuba dapatkan segala taksiran mengenai kerugian yang dialami serta kerosakan dan ia mestilah berjuta-juta, sekurang-kurangnya, anggaran saya dalam RM100 juta ke RM200 juta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival 1Malaysia "Merealisasikan Wawasan Negara" anjuran Persatuan Penduduk Desa Tasik, Cheras di sini hari ini.

Beliau berkata, anggaran kerugian itu turut mengambil kira bahawa semalam merupakan hari cuti hujung minggu, yang membolehkan penduduk bandar raya ini keluar membeli-belah sempena jualan mega sebagai persiapan menyambut hari raya puasa yang akan disambut pada September ini.

Katanya beliau juga akan turun ke lokasi perhimpunan berkenaan untuk melihat sendiri sejauh mana kerosakan harta benda dalam tempoh terdekat.

Semalam, kira-kira 10,000 penyokong Gerakan Mansuh ISA (GMI) mengadakan demonstrasi jalanan sebagai tanda protes terhadap akta itu di beberapa lokasi tumpuan orang awam seperti Masjid Jamek, Dataran Merdeka, Masjid Negara dan sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman termasuk pusat beli belah Sogo.

Ketika mengulas mengenai tindakan kumpulan itu yang menyebabkan kesesakan teruk di sekitar ibu kota, Raja Nong Chik berpendapat bahawa mereka "dijolok" pihak tertentu untuk berbuat demikian.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) pun dah kata, ISA akan dikaji balik. Sepatutnya mereka beri peluang kepada kerajaan kaji balik... bagilah pandangan.

"Dalam blog PM pun boleh bagi pandangan, emel pun boleh. Kalau kita kata tak kaji balik, mungkinlah (boleh protes), tapi kita nak kaji balik tak patut ada protes. Saya rasa benda ini dipolitikkan. Itu sahaja. Ini memberi gambaran buruk terhadap negara kepada orang luar," katanya.BERNAMA

sumber, mStar Online

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


p/s:

Aduhai, banyaknya kerugian..RM200 juta? Macam tak percaya je. Jujur dan Ikhlasnya aku memang langsung tidak percaya. Bukan hanya tidak percaya pada angka ini, tetapi juga tidak percaya pada Kementrian Wilayah Persekutuan yang mengeluarkan kenyataan. Senang cerita semua juak-juak UMNO-BN ini aku tidak percaya.

Tidak layak kerajaan hendak cerita tentang kerugian. Lihat cermin siapa yang paling banyak dan pakar mencipta kerugian selain kerajaan UMNO-BN ini. Jika setakat satu hari peniaga alami kerugian, apa sangat, selama 50tahun rakyat telah mengalami kerugian dari salah guna duit rakyat oleh kerajaan. Aku tidak menyalahkan peniaga, walaupun mereka sepatutnya rasa sensntif terhadap nasib rakyat dan tidak hanya memikirkan periuk nasik mereka sendiri sahaja. Media pro-kerajaan sengaja mempergunakan anda, tidak rugi jika anda tutup kedai sehari, hilang mata pencarian, kerana mereka yang ditangkap ISA ini hilang segala-galanya, kasih sayang anak isteri, mata pencarian dan nikmat kehidupan manusia biasa selama 2tahun dan lebih. Anda patut memikirkan.

Buktikan kerugian RM200 juta itu di sebabkan 1 hari himpunan dan buktikan adakah kerosakan yang berlaku disebabkan para peserta himpunan (atau FRU sendiri yang manjadi punca?) Tiada sebab untuk rakyat melakukan kerosakan andai tujuan hanya berhimpun dan berarak. Huru-hara itu sendiri dicetuskan oleh FRU..mana ada orang duduk rileks bila di simbah water-cannon atau gas pemedih mata, sudah tentu mereka akan lari bertempiaran selamatkan diri..orang gila pun boleh berfikir (tetapi juak-juak UMNO ini bermasalah untuk berfikir, terima sahaja bulat-bulat, kami dengar dan kami taat..).

Kerajaan hanya tahu mengkaji, tetapi melaksanakan langsung tiada. Berapa lama kerajaan hendak mengkaji? Satahun, dua tahun? Atau setelah beribu-ribu mangsa menjadi tahanan ISA? Himpunan semalam pun hampir 500 lebih yang ditahan. Masih ada masa untuk mengkaji, kes Beng Hock pun tidak setel, Altantuya lagi tak tahu cerita, Royalti, PKFZ, H1N1, dan banyak lagi. Kerajaan hanya bijak membuat janji, ibarat tin kosong yang diketuk,bunyi kuat tapi kosong..maksudnya cakap pandai buat tak dak..tau-tau keluarlah ’11 hadiah rakyat’ dari PM dengan pelbagai KPI yang indah rupa dari rasa. Aku hendak bagitau himpunan semalam adalah salah satu ’1 hadiah PM’ dari rakyat kepada PM dan kerajaan UMNO-BN. KPI nya adalah lebih 100,000 orang turun membantah (bukan 5000).

Senario sosio-budaya Malaysia menjadi amat buruk sekarang dengan penyempitan ruang demokrasi terhadap rakyat terutamanya Pembangkang dan NGO-NGO lain yang langsung tidak menampakkan isyarat kepada pembaharuan yang positif. Ini menjadi punca dan sebab utama rakyat pada hari ini hilang kepercayaan dengan kerajaan.

Andaikata kerajaan lebih telus, media telus dan semua pihak telus, sudah tentu tiada himpunan. Kebebasan bersuara dan menyatakan hak adalah milik individu dan semua, bukan disekat, dikongkong dan di beri dengan syarat. Jika ia benar maka sepatutnya ia harus di benarkan. Jika tidak, langkah terakhir himpunan ini yang menjadi suaranya. Itu pun masih disekat – unit keselamatan tidak lagi menjadi penyelamat malah menjadi ancaman, media tidak memberi maklumat tetapi memesongkan maklumat. Inilah hadiah dari kerajaan demokrasi 1 Malaysia. Sama-sama kita timbulkan persoalan ’Rakyat didahulukan, pencapaian di utamakan??’

Wallahu’alam

Sekitar Himpunan ISA 1 Ogos 2009

Sekitar Himpunan ISA (Masjid Negara ke Sogo)

Pukul 11 lebih-Polis dan SB di hentian keretapi KL

1.00p.m-Masjid Negara (sebelum zohor)
Polis membuat 'spot-check' di hadapan masjid

The Black Maria vehicle

1.15pm-The victims (Alhamdulillah...)
Bersama sahabat dari Perak (sebelah aku)

Respek abang ni..


Road-block sana-sini


Pukul 2 lebih-Berarak dari Masjid Negara ke Sogo


Suara Pemuda Melaka


On The Way

Rakyat semakin bertambah






'Si Kepala Merah' mula menyerang





Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran buat Tuhan Rabbul Jalil atas nikmat kesihatan dan keselamatan yang diberikan kepada semua peserta himpunan I.S.A. Matlamat untuk mengumpulkan seramai lebih 100ribu orang telah tercapai.(media pro-Kerajaan mengatakan hanya 5000orang yang hadir). Ini mesej rakyat buat pemimpin yang zalim. Hampir 400 orang ditahan (termasuk aku), inilah bukti kerajaan UMNO-BN sudah hilang 'jantan' sehingga terpaksa mengerahkan hampir semua polis dan FRU untuk menghalang, melakukan provokasi dan cuba mencederakan rakyat. Ibarat tentera Abrahah yang datang menyerang dengan gajahnya (water-cannon)..

Inilah antara himpunan yang teramai dan terburuk yang telah dilakukan kerajaan UMNO-BN terhadap rakyat. Siapa sebenarnya yang ganas anda semua tahu walaupun media telah membuat pelbagai eksploitasi dan tipu daya, mengatakan himpunan ini telah mencetuskan huru-hara, huru-hara yang dilakukan oleh rakyat. Andaikata huru-hara ini dilakukan oleh rakyat, mengapa di televisyen memaparkan FRU sendiri yang melepaskan gas pemedih mata dan 'water-cannon' kepada rakyat padahal rakyat hanya berarak dan berhimpun dengan aman. Senjata kami hanya air dan garam...Media cuba memperbodohkan rakyat, hakikatnya media sendiri yang memperbodohkan diri-sendiri. Cukuplah balaci-balaci UMNO-BN..zaman kejatuhanmu telah hampir..

Alhamdulillah inilah terbiyyah yang Allah telah beri kepada rakyat yang cintakan kebenaran. Ia merupakan agenda terpenting dalam gerakan Islam seperti PAS kerana ia berlandaskan aqidah Islamiyyah, perjuangannya adalah berasaskan Islam yang syumul, yang membezakan parti Islam dengan kumpulan Islam yang lain, politik menjadi antara wasilah dalam membawa Islam kemartabat yang tertinggi. Kerana Islam itu tinggi dan tiada yang tinggi melaikannya..Wallahu'lam

p/s: aku langsung tak nampak batang hidup PEWARIS dan pro-ISA lain..menyorok kot..