09 August 2009

UMNO : semua jadi Halal


'Dewa' 1 Malaysia

Suatu ketika dulu hampir kesemua media arus perdana bersama pimpinan UMNO-BN sibuk menghentam Replika DSAI yang didirikan berhampiran simpang empat jalan sungai tua batu caves. Mereka dengan begitu lantang menyatakan para penyokong PKR memuja replika tersebut dan berbagai bagai lagi tohmahan. Apa yang anda saksikan adalah replika najib yang lebih besar yang didirikan di dalam perkarangan kuil batu caves sempena sambutan 1 malaysia di kuil batu caves dan menyambut kedatangan najib pada hari ini ( ahad ) jam 4:00 petang. Beberapa masyarakat india yang ditemui juga melahirkan rasa kecewa mereka apabila replika tersebut seakan membelakangkan dewa mereka. (Sumber)



p/s :

UMNO-BN tak perlulah menghentam mana-mana parti sebelum mereka ubah parti mereka dahulu. Setiap kali kritikan dan tomahan keluar dari mulut UMNO-BN pada mana-mana parti lawannya, dan pastinya selepas itu, pekong mereka akan terdedah juga dek perbuatan mereka sendiri. Rakyat punyai mata untuk melihat, dan rakyat punyai akal untuk berfikir.

Minta mufti komen atau lebih baik UMNO sendiri yang jawab.

Indonesian raid 'killed' Asia's most wanted man




07 August 2009

Stadium Zambry

Otromen pun marah?

IPOH, 6 Ogos (Bernama) -- Permintaan Dewan Pemuda Pas Perak untuk menggunakan Stadium Perak di sini sebagai tempat perhimpunan bagi mendesak agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan adalah bagi memenuhi keseronokan mereka semata-mata, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

"Kita tidak mahu perbuatan sekelompok kecil ini menyebabkan rakyat di Perak tidak dapat hidup dengan tenteram," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Dewan Pemuda Pas pada Selasa lepas bahawa ia akan memohon kepada Majlis Bandaraya Ipoh dan Ketua Polis Perak untuk menganjurkan perhimpunan besar-besaran itu di Stadium Perak.

Zambry berkata sebarang bentuk demonstrasi atau apa juga namanya perlu diadakan berlandaskan lunas undang-undang dan peraturan, katanya selepas melancarkan Masyarakat Wanita Antidadah (Mawadah) peringkat negeri di kediaman rasminya di sini pada Khamis.

"Pembangkang dah buat macam-macam dah, merata-rata buat program (untuk mendesak bubar DUN)...sama ada (pihak berkuasa) bagi kebenaran atau tidak, mereka tetap buat juga," katanya. (Sumber)

-------------------------------------------------------------

p/s:

Kesian lihat Zambry, tekanan demi tekanan yang terpaksa beliau hadapi. Mengenai isu permintaan Dewan Pemuda Pas Perak memohon stadium Perak untuk tujuan berhimpun.Beliau menyatakan rakyat tidak dapat hidup tenteram disebabkan perhimpunan tersebut.Saya hendak beritahu, sesungguhnya rakyat memang seronok turun berdemo. Kalau boleh setiap hari pun tak mengapa. Nak tengok siapa sebenarnya yang tidak tenteram dan rasa tertekan. Namun beliau lupa, punca utama rakyat (terutamanya rakyat Perak) tidak dapat hidup tenteram adalah disebabkan dia sendiri. Masakan rakyat hidup aman, menterinya sendiri perompak. Perompak negeri Perak. Sibuk mempersoalkan undang-undang dan peraturan, padahal dia sendiri yang melanggarnya. Rakyat masih ingat bagaimana UMNO-BN menggunakan Zambry untuk merampas negeri Perak. Ikut undang-undang kah tu?

Cerita mengenai himpunan di stadium ini. Zambry terpaksa berbeza pendapat dengan Najib. Najib membenarkan, Zambry tidak. Sah, pemimpin 1 Malaysia sendiri tidak mampu me’1 Malaysia’kan dikalangan pemimpin UMNO mereka sendiri. Ya, mungkin Zambry melihatkan keadaan di Perak berbeza di negeri-negeri lain, tekanan agak berbeza. Sehari selepas Himpunan Mansuh ISA, telah diadakan himpunan Bubar Dun Perak di Perak. Agak-agaknya dia merasa fobia dengan himpunan sehingga tidak mengizinkan diadakan himpunan di stadium Perak. Baginya semua himpunan adalah haram, mengganggu ketenteraman, tidak ikut undang-undang.

Pemuda Pas Perak akan cuba mendapatkan permit dan kebenaran dari Majlis Bandaraya Ipoh dan Polis Perak (sumber). Soal ganggu ketenteraman tidak menjadi masalah kerana himpunan di buat di dalam stadium, tidak menganggu lalu-lintas, peniaga-peniaga, pokok-pokok, haiwan-haiwan, dan pastinya tidak membabitkan kerugian sebanyak RM200 juta. Bunyi bising itu sudah lumrah, samalah juga orang menonton perlawanan bola sepak di Stadium. Jadi apa masalahnya? Lagipun pengisian himpunan itu bukan semata-mata himpunan, ia turut di isi dengan ceramah sempena bulan Ramadhan. Jika ’Jom Heboh’ di benarkan, kenapa ’Ceramah agama’ tidak? Bukankah Zambry sangat sensitif dengan isu yang mencemarkan agama? - Isu lilin, jadi Zambry harus membenarkan ceramah agama ini, jangan takut kami jamin tiada sebatang lilin akan dinyalakan nanti.

Najib sudah benarkan.. Kita boleh bagi mereka stadium, di mana mereka boleh bertempik sampai subuh, tapi janganlah buat kacau di jalanan," Zambry? Jangan takut dengan survival politik anda, Najib akan membantu walau apa pun yang berlaku pada Perak. Ikut cakap bos, sementara anda masih ’menteri’ lagi. Jangan jadi seperti Pak Lah, tiada kuasa, baru hendak bersuara. Tiada siapa hendak dengar. Wallahualam.

Teringin Rakyat hendak dengar Zambry kata..” Kita boleh bagi mereka stadium, dimana mereka boleh bertempik, tetapi jangan sampai subuh, ganggu orang tido, dan pastikan tiada sebatang lilin dinyalakan..”


Risalah Bulan Ogos


(click pictures to enlarge)

Oleh: LAJNAH PENERANGAN DAN DAKWAH, DEWAN PEMUDA PAS NEGERI MELAKA (draft)


05 August 2009

Banjir Lagi? Apa Kata Penduduk Melaka?


Melaka 5 Ogos, hujan lebat melanda sekitar negeri ini yang bermula pada pukul 8pagi telah menyebabkan beberapa tempat ditenggelami air. Hujan lebat yang turun dalam tempoh hampir 1 jam itu telah 'berjaya' menenggelamkan beberapa lokasi 'favourite' seperti di Bukit Baru, Taman Chempaka dan Peringgit. Beberapa kawasan kampung, taman dan beberapa batang jalan raya utama turut ditenggelami air sedalam hampir 1 meter. Disini disertakan beberapa gambar yang dapat di'tangkap' oleh sukarelawan yang berada di tempat-tempat kejadian.

Maaf, gambar ini sekadar hiasan

Kawasan perumahan baru di Kg Pulau Kelapa

Jalan utama di Peringgit

Masalah peparitan antara punca banjir

Parit yang di tenggelami air

Beberapa rumah kampung menjadi mangsa

Pusat Bandar (Melaka Sentral) turut banjir

Jalan Utama ke Melaka Sentral (hadapan Tmn Chempaka)


Beberapa sukarelawan yang membantu penduduk kampung

Beberapa sukarelawan ini juga telah menemubual beberapa orang penduduk bagi mendapat respon mengenai banjir tersebut.

Apa Kata Penduduk??

Penduduk 1 : Saya rasa tiada masalah, ini bukanlah banjir yang pertama..saya sangat yakin dan percaya..pasti akan ada banjir susulan..jadi sama-sama bersedia kita hadapinya..

Penduduk 2 : Hehe..biasalah banjir ini fenomena alam, kerajaan tidak ada kena mengena..lagipun banyak lagi benda nak buat...kita mahu menuju Melaka Maju 2010 nih..

Penduduk 3 : Eheh..saya rasa banjir ini tidak menganggu aktiviti pelancongan di Melaka..ok la tu..lagi pun rakyat tak bising pon..pelancong pon tak bising..saya suka pelancong..


Penduduk 4 : Eh..saya sibuklah..tiada masa nak komen pasal hal ni...pasal $$$$ boleh...

Penduduk 4 : Emm....emmm...susahlah nak cakap..


Itulah ulasan daripada beberapa orang penduduk yang ditemu-bual. Rata-rata memberikan komen yang 'baik' dan 'positif'..positif untuk diri 'mereka' sendiri. Melaka akan terus hidup dengan kedatangan pelancong, selagi pelancong datang selagi itu Melaka akan Maju (demi menyahut Melaka Maju 2010) , bagi ketua menteri Melaka, Datuk Ali..lebih baik memelihara pelancong daripada penduduk..pelancong bagi duit, penduduk perabih duit..emm..

Sama-sama kita fikirkan...