07 August 2009

Stadium Zambry

Otromen pun marah?

IPOH, 6 Ogos (Bernama) -- Permintaan Dewan Pemuda Pas Perak untuk menggunakan Stadium Perak di sini sebagai tempat perhimpunan bagi mendesak agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan adalah bagi memenuhi keseronokan mereka semata-mata, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

"Kita tidak mahu perbuatan sekelompok kecil ini menyebabkan rakyat di Perak tidak dapat hidup dengan tenteram," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Dewan Pemuda Pas pada Selasa lepas bahawa ia akan memohon kepada Majlis Bandaraya Ipoh dan Ketua Polis Perak untuk menganjurkan perhimpunan besar-besaran itu di Stadium Perak.

Zambry berkata sebarang bentuk demonstrasi atau apa juga namanya perlu diadakan berlandaskan lunas undang-undang dan peraturan, katanya selepas melancarkan Masyarakat Wanita Antidadah (Mawadah) peringkat negeri di kediaman rasminya di sini pada Khamis.

"Pembangkang dah buat macam-macam dah, merata-rata buat program (untuk mendesak bubar DUN)...sama ada (pihak berkuasa) bagi kebenaran atau tidak, mereka tetap buat juga," katanya. (Sumber)

-------------------------------------------------------------

p/s:

Kesian lihat Zambry, tekanan demi tekanan yang terpaksa beliau hadapi. Mengenai isu permintaan Dewan Pemuda Pas Perak memohon stadium Perak untuk tujuan berhimpun.Beliau menyatakan rakyat tidak dapat hidup tenteram disebabkan perhimpunan tersebut.Saya hendak beritahu, sesungguhnya rakyat memang seronok turun berdemo. Kalau boleh setiap hari pun tak mengapa. Nak tengok siapa sebenarnya yang tidak tenteram dan rasa tertekan. Namun beliau lupa, punca utama rakyat (terutamanya rakyat Perak) tidak dapat hidup tenteram adalah disebabkan dia sendiri. Masakan rakyat hidup aman, menterinya sendiri perompak. Perompak negeri Perak. Sibuk mempersoalkan undang-undang dan peraturan, padahal dia sendiri yang melanggarnya. Rakyat masih ingat bagaimana UMNO-BN menggunakan Zambry untuk merampas negeri Perak. Ikut undang-undang kah tu?

Cerita mengenai himpunan di stadium ini. Zambry terpaksa berbeza pendapat dengan Najib. Najib membenarkan, Zambry tidak. Sah, pemimpin 1 Malaysia sendiri tidak mampu me’1 Malaysia’kan dikalangan pemimpin UMNO mereka sendiri. Ya, mungkin Zambry melihatkan keadaan di Perak berbeza di negeri-negeri lain, tekanan agak berbeza. Sehari selepas Himpunan Mansuh ISA, telah diadakan himpunan Bubar Dun Perak di Perak. Agak-agaknya dia merasa fobia dengan himpunan sehingga tidak mengizinkan diadakan himpunan di stadium Perak. Baginya semua himpunan adalah haram, mengganggu ketenteraman, tidak ikut undang-undang.

Pemuda Pas Perak akan cuba mendapatkan permit dan kebenaran dari Majlis Bandaraya Ipoh dan Polis Perak (sumber). Soal ganggu ketenteraman tidak menjadi masalah kerana himpunan di buat di dalam stadium, tidak menganggu lalu-lintas, peniaga-peniaga, pokok-pokok, haiwan-haiwan, dan pastinya tidak membabitkan kerugian sebanyak RM200 juta. Bunyi bising itu sudah lumrah, samalah juga orang menonton perlawanan bola sepak di Stadium. Jadi apa masalahnya? Lagipun pengisian himpunan itu bukan semata-mata himpunan, ia turut di isi dengan ceramah sempena bulan Ramadhan. Jika ’Jom Heboh’ di benarkan, kenapa ’Ceramah agama’ tidak? Bukankah Zambry sangat sensitif dengan isu yang mencemarkan agama? - Isu lilin, jadi Zambry harus membenarkan ceramah agama ini, jangan takut kami jamin tiada sebatang lilin akan dinyalakan nanti.

Najib sudah benarkan.. Kita boleh bagi mereka stadium, di mana mereka boleh bertempik sampai subuh, tapi janganlah buat kacau di jalanan," Zambry? Jangan takut dengan survival politik anda, Najib akan membantu walau apa pun yang berlaku pada Perak. Ikut cakap bos, sementara anda masih ’menteri’ lagi. Jangan jadi seperti Pak Lah, tiada kuasa, baru hendak bersuara. Tiada siapa hendak dengar. Wallahualam.

Teringin Rakyat hendak dengar Zambry kata..” Kita boleh bagi mereka stadium, dimana mereka boleh bertempik, tetapi jangan sampai subuh, ganggu orang tido, dan pastikan tiada sebatang lilin dinyalakan..”


No comments: