"Dan kalau sekiranya mereka bersabar sampai kamu keluar menemui mereka sesungguhnya itu lebih baik bagi mereka, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" Al-Hujurat 5
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah. Alhamdulillah kerana Dia masih memberi kekuatan untuk meneruskan saki-baki kehidupan yang kita sendiri tidak tahu penghujungnya,moga-moga dengan kelapangan masa sedikit dimanfaatkan kearah ketaatan.
Perasaan gemuruh dan nervous present di hadapan makhluk tamat akhirnya..emm..i wonder, bagaimana presentation aku nanti di depan Raja kepada makhluk-makhluk tu nanti nanti, semuanya atas amalan kita di dunia.
Mungkin Supervisor mampu menolong PSM kita..tapi bagaimana nanti kita di hadapan the Almighting Supervisor..'PSM' kehidupan yang telah kita buat di Universiti Dunia ini..bukan 4 tahun tapi 23++tahun.Masa yang begitu lama.
Mungkin kalau ‘kantoi’…terpaksa Extend..sambung untuk beberapa tempoh lagi di kampus..tapi ‘PSM’ kehidupan kita, kalau kantoi no extend2, tamat tempoh, itulah yang akan di persembahkan dihari ‘presentation’ nanti.
Im thinking, apa yang dapat kita sumbangkan nanti kepada agama, bangsa dan Negara, dengan segulung ijazah yang dicetak atas sekeping kertas yang boleh didapati di kedai-kedai alat tulis, atau ianya sekadar objek yang kita bangga-banggakan. Yup, ia mungkin sebagai bukti susah dan penat lelah kita berlajar untuk tempoh yang agak lama di kampus. Tapi kalau ianya hendak dijadikan sebagai kayu ukur..no comment..harapnya kita tidak meninggi diri la nanti.
To be continue….
Sambungan kehidupan aku selepas ini hanya Allah sahaja yang tahu..pastinya ia baru bermula dan langkahan kaki kananku ke luar kampus meninggalkan kaki kiri yang masih lagi tertinggal, namun yang pasti kedua-duanya nanti akan terus melangkah selangkah demi selangkah kepada hidup yang diharapkan lebih baik.
Andaikata ujian kesenangan yang Allah uji selepas ini membuatkan aku lalai, maka Engkau jauhkanlah, namun sekiranya ujian kesusahan yang Engkau ditimpakan itu menjadi buah kifarah kepada dosa dan maksiat yang telah aku lakukan, maka aku redha dan Engkau semestinya tidak membebani seseorang dengan apa yang tidak mampu di tanggunggi oleh seorang hamba. Wallahu’alam.
May Allah bless me..
“Dan apa saja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah ke- nikmatan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya? “ Al-Qasas
kembali kepada fitrah...tua tetap tua juga..
Type rest of the post here
3 comments:
salam tahniah..
moga terus kuat melangkah! :)
p/s: tlg bwk kaki kiri sekali apabila melangkah di luar nanti kerana tanpa kaki kiri..tempang lah jadinya.
salam budiman..
Alhamdulillah.. Shbt DUNIA dan AKHIRATku dah habis present..
Apalagi shiekh.. Bila nak belanja ana mai secawan..?
admin>saff
syukran jazilan..insyaAllah ana akan bwk ke dua belah kaki kemana saja ana pergi..;p
biar ketempangan anggota,tp jgn ketempangan amal kebajikan..satu kerugian...
admin>myikhwanfiideen
boleh sheikh..bukan shaja 'mai secawan'..'mai 2,3 cawan pun xpe'..
Post a Comment