04 April 2009

Hadith minggu ini

"Sign'' from God..


Assalamualaikum..sori..berkurun blog ni x ber'update'..tak boleh nak salahkansesiapa..bukan salah ibu mengandung, atau sebab Najib menjadi PM ke 6 (walaupun aku tertekan..)..ianya berpunca dari kemalasan diri dan time constraint yang sememangnya menghantui diri..huhu..anyway sebagai 'pengubat hati', saya sertakan satu hadith nabi s.a.w,moga kita dpt mngambil iktibar dan pengajaran darinya..

Dari Abdullah r.a.: "Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang sakit,lalu ku sentuh baginda seraya berkata, "Ya Rasulullah, demam kamu bertambah teruk." Lalu baginda menjawab,"Ya, memang demamku sama dengan demam dua orang kamu". Kataku pula,"Mudah-mudahan kamu mendapat pahala berganda pula". Jawab baginda,"Mudah-mudahan..". Kemudian Rasulullah bersabda, "Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa kesakitan atau sebagainya melainkan Allah hapuskan baginya dosa-dosa seperti pohon kayu yang mengugurkan daun-daunnya"

Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerungsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah "kiffarah" yakni penghapus kepada kekotoran dosa yang kita lakukan. Anas bin Malik pernah meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w, "Besarnya sesuatu balasan itu adalah menurut besarnya sesuatu bencana ujian, dan bahawa apabila Allah mengasihi seseorang atau sesuatu kaum, Dia akan menguji mereka, dan kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan penuh keredhaan maka mereka akan beroleh keredhaan Allah, dan sebaliknya jika mereka bersikap keluh kesah dan benci menerima ujian itu, maka mereka akan mendapat kemurkaan dari Allah" (HR Tirmizi dan Ibn Majah)

No comments: