Berita Berkaitan: Guru di Malaysia Belum sedia ajar Pendidikan Seks
Saya berpandangan Pendidikan seks yang dicadang untuk di ajar di sekolah lebih baik di kaji sedalam-dalamnya. Kajian itu juga seharusnya di 'hitam putih'kan tujuan perlaksanaan, dan kaedahnya agar masyarakat tidak keliru sehingga memberikan pandangan yang pesimis terhdapa usaha tersebut. Mungkin sebab itu guru-guru di Malaysia tidak bersedia tentangnya.
Pendidikan seks telah lama di laksanakan di Amerika Syarikat. Namun ia menemui kegagalan di sebabkan peratusan remaja yang menghidap penyakit kelamin meningkat. Dalam beberapa kajian yang dilakukan. Sistem kokurikulum berkaitan pendidikan seks yang di ajar di Amerika Syarikat terbahagi kepada dua, iaitu Comprehensive Sex Education Curricula (CSEC) yang merupakan satu program pendidikan seks dan kedua, Authentic Abstinence Education Program (AAEP) yakni program yang mengajak pelajar untuk menghindari seks sebelum berkahwin.
Di dalam CSEC, pelajar di dedahkan bagaimana untuk mengurangkan risiko penyakit kelamin di sebabkan kegiatan seks yang tidak selamat. Dalam erti kata lain, ia bermaksud ia masih di 'halal'kan selagi mereka mengguna alat pencegah kehamilan, dan ia juga sebagai galakan. Maka pendekatan ini sebenarnya masih memberi ruang untuk melakukan aktiviti seks. Ya, ia sebenarnya tersangatlah jauh dengan apa yang Islam anjurkan. Sedangkan Islam itu sendiri meminta umatnya agar bukan sahaja tidak terlibat malah menghampirinya itu juga di HARAMkan. Islam menutup segala ruang ke arah maksiat, hatta sekecil mana pun ruang tersebut, ia tetap TIDAK BOLEH.
Bagi AAEP pula, ia bermatlamatkan agar pelajar menjauhi seks sebelum perkahwinan dengan memberi penekanan kepada segala perasaan seksualiti manusia seperti kasih sayang, keintiman, dan komitmen. Pelajar diajar bahawa memilih untuk menhgindari seks ketika remaja adalah satu keputusan penting dan ganjarannya akan dirasai pada masa kini dan akan datang. Malah, menghindari seks dilihat bukan sahaja sebagai penyelesaian kepada masalah sosial di kalangan remaja tetapi juga sebagai satu jalan yang membawa kepada rasa hormat diri dan orang orang lain, hubungan yang lebih sihat serta kebahagian dalam rumahtangga. Maka, tidak hairanlah ramai yang berpendapat program ini kaya dengan nilai serta mesej yang membina. Dan saya sendiri berpendapat ia juga baik kerana dalam Islam sendiri telah lama mencadangkan kepada umatnya iaitu dengan jalan NIKAH.
Persoalannya, adalah dari sudut pemahaman dan perlaksanaan pendidikan seks ini di konteks Malaysia. Adakah kita benar-benar faham pendidikan seks yang bagaimana yang perlu di ajar? atau detail lagi, bagaimana pendekatannya dapat dilakukan di dalam suasana yang mencabar, pandangan dan persepsi masyarakat tentangnya yang mungkin akan timbul dari respon suasana sekarang, masalah zina, seks dan maksiatnya yang semakin berleluasa di dalam masyarakat Malaysia.
Di dalam Islam, konsep pendidikan seks harus di fahami dalam 4 aspek perkara iaitu:
1) Dilihat secara menyeluruh kerana pelaksanaannya mahukan sebuah sistem kehidupan insan yang harmoni dan sejahtera
2) Mengelakkan salah faham yang boleh mengganggu akibat salah guna maklumat yang diperoleh
3) Mementingkan keselamatan dan kesejahteraan umat dalam pelaksanaan pendidikan seks
4) Mengikut rangka matlamat syariat - menjaga agama, maruah dan keturunan agar pelaksanaannya mencapai objektif diharapkan
Apa yang ingin di highlight kan adalah bagaimana Islam menekankan kita agar menjaga agama, maruah dan keturunan di dalam pengajaran ilmu seks ini. Ia menjadi tujuan utama yang harus di fahami dalam strategi pengajaran ilmu seks ini. Sebab itu manusia itu dikurniakan sifat MALU yang menjadi sebahagian IMAN jika di letakkan BETUL pada tempatnya.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Ajarkanlah anak kamu bersolat pada usia 7 tahun, pukul andai masing enggan bersolat tatkala berusia 10 tahun, dan pisahkan pertiduran mereka” [Hadith Riwayat Abu Daud].
Saya berpandangan ibu bapalah orang yang selayaknya menjagar anak-anak dengan pendidikan seks ini. Ini kerana ibu bapalah yang lebih memahami anak-anak mereka, ibu bapalah yang lebih rapat dan sayang kepada anak-anak. Sedangkan Nabi s.a.w sendiri pernah bersabda, anak-anak itu ibarat kain putih yang suci bersih, maka ibu bapalah yang akan mencorakkannya, baik dengan didikan Islam, didikan Kritian atau yahudi. Maka penerapan sebarang ilmu itu lebih mudah di fahami anak-anak andai ibubapa bijak berKOMUNIKASI.
Pendidikan seks dalam Islam adalah menerusi pendekatan integral dengan berpaksikan akidah, akhlak dan ibadah. Bentuk perlakuan seksual yang sihat adalah ekspresi akhlak yang baik kerana kemuliaan akhlak gagal dicapai jika tiada keimanan yang kukuh. Justeru, proses tarbiyah atau pendidikan dalam konteks Islam itu bermula dengan memperbetulkan jiwa manusia, iaitu dengan kesucian hati, kejernihan akal dan tubuh badan yang sihat. Maka jika lulus Aqidah, Akhlak dan ibadah, maka sebarang pendidikan (termasuk pendidikan seks) akan mudah difahami tanpa di ganggu oleh sebarang perasaan atau pemikiran yang tudak sepatutnya. Ia berbalik kepada hubungan manusia (terutama ibubapa) dengan Penciptanya. Hablun minallah wa hablun minannas..
Jadi kesimpulannya, saya berpandangan pendidikan seks itu haruslah di kaji dan di fahami sebaik-baik mungkin. Samada oleh masyarakat sendiri atau mereka yang berautoriti untuk melaksanakannya di sekolah. Adalah di HARAP kan oleh kerajaan agar tidak lupa menyelitkan nilai-nilai MORAL dan AGAMA di dalamnya. Kerana di mana sahaja kesilapan yang berlaku ia pasti berbalik kepada kecuaian dan kelekaan tentang dua nilai tersebut.
Wallahualam.
p/s: di harap kerajaan tidak menghuru-harakan lagi sistem pendidikan di negara ini..teringat PPSMI..yang jadi mangsa murid jugak...
No comments:
Post a Comment