20 March 2010

‘Tuhan Allah’ di Sabah, S’wak wujud selepas Al-Kitab Indonesia



KUALA LUMPUR
: Nama 'Tuhan Allah' yang diganti dengan ungkapan 'Lord' dan 'God' dalam Bible oleh para penganut Kristian di Sabah dan Sarawak sebelum ini, hanya wujud selepas terjemahan Al-Kitab versi Indonesia masuk ke Malaysia Timur.



Pendakwah bebas Shah Kirit Kakulal Govindji berkata demikian dalam suatu sidang ceramah di ruang legar Pusat Dagangan Dunia Putra (PDDP) di sini, hari ini.


Hal itu beliau utarakan selepas kerap menerima hujah sesetengah pihak khasnya daripada penganut Kristian berhubung keharusan menggunakan nama Allah dalam upacara keagamaan mereka.


"Bible hari ini bukanlah mewakili kitab Injil yang sebenar. Bible hari ini tidak ditulis semasa Nabi Isa a.s masih hidup. Ia ditulis selepas kira-kira 70 atau 80 tahun selepas Nabi Isa a.s dipercayai diangkat ke langit.


"Oleh sebab itu, hal penggunaan nama Allah oleh penganut Kristian ini masih didebatkan lagi," kata beliau.


Shah Kirit yang juga Ketua Pegawai Dakwah Islamic Information & Services Foundation turut mendedahkan beberapa kekeliruan dalam Kristian sendiri jika nama Allah diletakkan di dalam Bible hari ini.


"Dalam beberapa ayat, jika nama Allah digunakan bagi menggantikan kalimah Lord dan God, maka kita akan terserempak dengan ayat, 'Allah is greater than Jesus. Saya nak tanya anda, kita orang Islam ada masalah tak dengan ayat ini?


"Sebagai orang Islam, ayat 'Allah is greater than Jesus' ini, kita setuju, tapi, bila saya tanya kawan-kawan Kristian, mereka berdiam," kata beliau lagi.


Bagaimanapun, beliau yang juga pengurus syarikat penerbitan, Saba Islamic Media Sdn Bhd di Maju Junction itu berkata, semua kejadian yang berlaku mutakhir ini, khasnya melibatkan penggunaan nama Allah itu ada hikmahnya.


"Setidak-tidaknya, ia telah menyebabkan terbukanya pintu untuk kita berdakwah kepada non-Muslim dengan lebih luas lagi, tapi ini tidak bererti kita minta mereka masuk Islam. Ia cuma suatu jalan untuk mendedahkan mereka pengertian Islam yang sebenar," tambah Shah Kirit lagi


EraPakatan

p/s: Al-Quran tetap kekal terpelihara..." Dan sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan pasti Kami (pula) akan memeliharanya" Al-Hijr 9.

No comments: