18 September 2009

Sunnah Mengucapkan Selamat Hari Raya




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Ucapan selamat Hari Raya daripada hadis-hadis sahih ialah:

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

“Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan dari kamu”. (Lihat: Fathul Bari 2/446)

Ibnu Hajar rahimahullah berkata: Dari Jubair bin Nufair ia berkata:

كَانَ اَصْحَابُ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، اِذَا الْتَقَوْا يَوْمَ الْعِيْدِ يَقُوْلُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ : تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَ


“Para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam apabila bertemu di Hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain: Semoga Allah menerima dari kami dan darimu”. (Lihat: Fathul Bari 2/446)


Menurut Ibnu Hajar, isnad hadis ini hasan. (Lihat: Fathul Bari 2/446) Ibn Taimiyah apabila ditanya tentang ucapan selamat pada Hari Raya beliau menjawab:


“Katakanlah kepada yang lain apabila bertemu dengan ucapan:

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

“Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu”. (Lihat: Majmu’ al-Fatawa 24/253)

اَحَالَ اللهُ عَلَيْكَ

“Allah telah menghalalkan kepada kamu”. (Lihat: Whusul al-Amani bi Usul at-Tahani. Al-Jalal as-Suyuti)



Imam Ahmad rahimahullah berkata: “Aku tidak pernah memulakan mengucapkan selamat hari raya kepada seseorangpun, namun bila ada orang mendahulukan mengucapkan itu, aku akan menjawabnya. Kerana menjawab ucapan selamat itu wajib, sedangkan mendahului ucapan tersebut bukanlah sunnah yang diperintahkan dan tidak pula dilarang. Sesiapa mengerjakannya maka baginya ada contoh dan siapa yang meninggalkannya baginya juga ada contoh”. (Lihat: Whusul al-Amani bi Usul at-Tahani. Al-Jalal as-Suyuti)


Ibnu Qudamah rahimahullah menjelaskan: “Muhammad bin Ziyad berkata: Aku pernah bersama Abu Umamah al-Bahali dan selainnya dari kalangan para sahabat Nabi. Mereka bila kembali dari solat hari raya berkata sebahagiannya dengan ucapan (Lihat: Al-Mughni 2/295):

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

“Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu”.

Menurut Imam Ahmad: “Isnad hadis Abu Ummah jayyid (baik). (Lihat: Al-Jauharun Naqi. 3/446) Begitu juga Imam Suyuti berkata: Isnad hadis ini hasan. (Lihat: Al-Hawi. 1/81)


Komentar:

Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Sahabat-sahabat seperjuangan dan teman-teman yang dikenali. Moga Aidilfitri kali ini disambut dengan kegembiraan di samping tidak meluputkan rasa keinsafan dalam diri. Sambutlah bulan Kemenangan mengikut cara sunnah dan adat mulia, buangkan mazmumah hati yang mungkin terpalit tehadap orang. '0-0' kan score perbuatan buruk kita dan orang lain. InsyaAllah..ala kulli hal, mabruk aleykum..



|single_breath|

Rekreasi Minda: Kisah Si Pemalas


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.

Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku

Katanya : "saya adalah yang paling malas"

Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam.....
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:

"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas"....

Komentar: Sempena di hari Raya yang mulia ini, rajin-rajinlah bermaaf-maafan. Jangan berat mulut dan malas sangat hendak mengucapkan maaf kepada orang..Selamat Hari Raya

Pemuda PAS Melaka Di Melaka Sentral




Semalam 17 September 2009, saff kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka turun padang bersempena dengan kehadiran aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi. Kehadiran mereka di terminal bas di Melaka Sentral disambut baik oleh penumpang dan perantau yang ingin balik ke kampung untuk meraikan hari raya.

Pengagihan dilakukan setelah waktu berbuka puasa yang mana melibatkan hampir 40 orang pemuda PAS dari kawasan Bukit Katil, Alor Gajah dan Jasin. Antara mereka yang turut hadir adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Zakhwan dan Setiausaha, Yuzi Azhar. Selain itu turut hadir exco Dewan Pemuda PAS, Khairul Che Salleh.

Bagi kawasan Bukit Katil diwakili oleh Ketua Pemuda PAS Bukit Katil, Puhat Bedol bersama dengan timbalannya, Nazri Ariffin serta turut dibantu oleh Setiausaha, Nur Amin Wahid dan Bendahari, Sazalin. Bagi kawasan Jasin diketuai oleh Ketu Pemuda Jasin, Aminuddin dan bagi Alor Gajah diketuai oleh Nazim.

Pengagihan dilakukan bagi perjalanan ke Pantai Timur dan Utara yang mensasarkan kepada 9 buah bas ekspress. Disamping itu, perutusan aidilfitri disampaikan kepada perantau sebagai peringatan sebelum menjelmanya perayaan aidilfitri.

Program tersebut berakhir jam 10 malam setelah pengagihan dilakukan kepada penumpang bas yang menuju ke utara dan pengagihan kepada bas yang menuju ke pantai timur jam 8 malam. Rata-rata penumpang dan pemandu bas menyambut baik dengan aktiviti yang dilakukan oleh pihak PAS dan mereka berharap agar program yang murni ini dapat diteruskan sampai bila-bila.

Sumber : http://kijang59.blogspot.com/

16 September 2009

Kisah 'Hadiah Raya'

P.L.U.S Pantang Lalu Ulur Slalu..

Tol free (Sumber)

Komentar:

Beberapa cadangan

1) Masa di lanjutkan - 12tgh malam sehingga 12 tengah malam hari seterusnya. Baru tampak keikhlasan kerajaan untuk membantu rakyat. Kerana rakyat berhak meminta/demand, sebab rakyat berpegang pada slogan '...rakyat didahulukan..' . Namun, saya terfikir bagi mereka yang menaiki kenderaan awam seperti bas, adakah harga tiket juga kurang (jika bas bergerak malam). Sebab rata-ratanya yang balik kampung adalah mereka yang merantau untuk berlajar dan bekerja. Kemungkinan hapusnya bayaran tol lebih menguntungkan kepada pengguna yang berkenderaan sendiri yang mungkin mempunyai wang lebih membayar duit minyak. Kata lain, mereka-mereka yang melalui lebuhraya antara mereka yang berkemampuan, bagaimana mereka yang tidak? Terutamanya mereka yang menaiki kenderaan awam..mungkin meringankan beban jika Tambang juga turut dapat di kurangkan.

2) Andai 2juta itu tidak banyak jika hendak dibandingkan nyawa manusia, saya cadangkan selepas ini 2juta itu dikekalkan atau ditambah lagi peruntukan bagi mengawal kehilangan nyawa manusia, bukan sahaja dalam hal kemalangan jalan raya, tetapi kemalangan yang melibatkan jenayah moral di malaysia (bunuh, ragut, rogol, rempit, dadah, dll)..Jika kita melihat kemalangan jalanraya meningkat di musim perayaan, namun kemalangan akibat jenayah moral meningkat dan terus meningkat di setiap musim..(faktanya telah terbukti).

3) "Pengecualian tol ini bertujuan mendorong para pengguna merancang perjalanan sekali gus mengurangkan kesesakan dan kemalangan" . Saya setuju dengan ayat ini, bagi saya, kesesakan dan kemalangan bukan hanya berlaku pada musim perayaan (walaupun klimaxnya di waktu ini). Tetapi juga setiap hari terutama di waktu pagi (semasa pergi kerja) dan petang (balik kerja). Ini berlaku setiap hari bukan setahun sekali (seperti hari raya). Ini lebih perlu diutamakan. Jadi cadangan saya agar kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif lain bagi mengatasi masalah tradisi ini. Mungkin dapat di lihat semula sistem lalu lintas dan jalanraya di malaysia ini.

Anyway, Terima Kasih kepada kerajaan Malaysia. Moga-moga ia bukan hanya sekadar 'Hadiah Hari Raya' (ataupun hadiah sempena PRK..) tetapi rakyat berharap ianya juga 'Hadiah Hari-Hari'. Kisah 'Hadiah Raya' ini bukanlah suatu yang baru, banyak lagi 'Hadiah-hadiah' yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat. Baik hadiah yang MENGGEMBIRAKAN, hadiah yang MENGECEWAKAN, hadiah yang MENGEJUTKAN (surprise) atau hadiah yang MERAGUKAN..

Cadangan dan komen di atas hanyalah bersifat peribadi saya kepada kerajaan. Saya sangat yakin dan percaya cadangan tersebut hanya melekat di muka blog ini shaja, jauh sekali untuk di bawa ke Parlimen..Wallahu'alam


15 September 2009

Kerajaan UMNO : Tamadun yang hampir pupus.



Tokoh Ketamadunan

Tokoh Islam, Ibn Khaldun pernah menyatakan dalam naik jatuhnya sesuatu tamadun, merujuk kepada suatu bentuk pusingan. Bentuk pusingan atau roda peradaban sesuatu tamadun dipengaruhi oleh SIKAP PEMIMPIN sesuatu tamadun dan juga PERBUATAN AHLI MASYARAKAT yang menghuni sesuatu tamadun negeri. Maka penandanya adalah berdasarkan rentetan sejarah atau susur galur peristiwa yang telah berlaku terhadap masyarakat sesuatu tempat.

Dalam pengembaraan Ibn Khaldun ke negara-negara yang berkuasa, beliau telah banyak mengkaji sejarah bangsa-bangsa di zamannya dan juga zaman-zaman sebelumnya. Dan kebanyakkan negara-negara yang dilawati beliau adalah negara-negara Islam.

Oleh yang demikian, Ibn Khaldun telah membuat beberapa kajian dan analisis berdasarkan ilmu dan pengalaman yang beliau miliki, khususnya berkaitan jatuh bangunnya suatu Tamadun, antara faktor-faktor tersebut adalah:

Faktor Assabiyyah (semangat kesukuan)

Faktor ini adalah berkait rapat dengan semangat perpaduan sosial atau setiakawan antara sesama kaum atau intra-kaum. Ibn Khaldun telah menyatakan bahawa asabiyyah yang ditentang oleh Syara’ dan Nabi Muhammad s.a.w itu ialah asabiyyah yang berlaku adalah di dalam hubungan dengan penindasan dan perbuatan zalim, bukannya dari zat ‘asabiyyah itu sendiri yang dituntut seperti yang telah di tulis di dalam buku beliau-Al-Muqaddimah . Di dalam buku ini ada menjelaskan satu hadith Nabi s.a.w yang menyatakan keharusan bersifat Assabiyyah, " Allah tidak mengutus seorang nabi melainkan ia berada dalam lindungan kekuatan bangsanya ". Ibn Khaldun telah menafsirkan bahawa hadith yang menyebut " Para Imam itu mesti dari kaum Quraisy" , maksudnya bukan hanya kaum Quraisy yang menjadi kabilah Nabi saw tetapi mana-mana golongan yang mempunyai kasih yang kuat kepada kaumnya itu boleh dipilih. Dengan bersikap demikian, maka ia akan menyebabkan kerjasama dan perpaduan yang baik di kalangan kaumnya. Inilah antara assabiyyah yang terpuji dan diharuskan. Ia tidak memandang rendah kaum lain, malah jauh sekali menghina mengatakan kehebatan kaum sendiri lebih baik.


Masih ada peluang mengubah?

Jika memandang dalam konteks sebuah tamadun negara Malaysia, kuasa dan tampuk pemerintahan yang kuat oleh UMNO dahulunya menjadikan Malaysia sebuah negara yang begitu membangun, tampak maju dan berdaya saing antara negara-negara lain. Kemungkinan kita tidak nafikan adalah seperti mana yang di katakan Ibn Khaldun, sikap atau tabiat pemimpin negara (anda mungkin beranggapan sebaliknya). Namun kemungkinan besar juga ia datang dari sikap dan cara-hidup masyarakat pada ketika itu. Maka jika anda berpegang dengan dua faktor besar tersebut, tidak hairan, pada hari ini boleh dikatakan ianya akan kembali di 'roda bawah'. Ataupun, kemungkinan juga mungkin disebabkan faktor sampingan di atas-Assabiyyah.

Mari kita melihat realiti hari ini. Malaysia, khususnya UMNO-BN yang mengepalai kepala negara, kereputan yang dilihat semakin hari berlaku adalah dari dalam diri mereka sendiri. Tulang yang menyokong anggota badan dilihat tidak mampu menampung beban. Semuanya datang dari 'nukleus' diri. Iaitu DASAR yang dibawa. Adakah kita lihat, UMNO yang menjadikan dasar PERKAUMAN Melayu itu ada silapnya? Jawapannya Tidak, tidak waktu ketika DAHULUNYA. Namun sekarang, ia seolah-olah sudah tidak relevan, walau hakikatnya ia mampu di'relevan'kan mengikut keadaan. Kemungkinan, ada silapnya jika kita perhatikan kembali penjelasan Ibn Khaldun berkaitan sikap Assabiyyah ini. Cacat celanya dapat dilihat dalam dasar perjuangan UMNO sekarang...

Andai kita ibaratkan kaum Quraisy itu seperti Kaum Melayu di Malaysia, dengan pemimpinnya juga orang Melayu, maka apakah akan lahir sikap memecahbelahkan sesama ahli kaum, wujud 'tikam menikam', kronisme, fitnah memfitnah, adu-domba dll, terutamnya sebuah kerajaan memacu sebuah negara Malaysia (yang majoritinya orang melayu). Ya, saya lebih merujuk kepada UMNo, kerana itulah dasar perjuagan mereka. Jika dalam konteks parti Islam PAS, pandangan saya yang cetek ini, tidak menjadi suatu isu yang sangat besar. Pertamanya, dasar yang dibawa (bukan Nasionalism/Perkauman). Perkauman dalam PAS hanyalah elemen kecil, ibarat ranting dalam sebuah dahan yang berakarkan Islam. Jadi tidak perlu dan penting membincangkan perkara ranting ini. Kedua, lagipun PAS bukan (belum) parti yang memerintah. Dan ketiga, banyak masalah yang datang adalah dari parti kerajaan UMNO-BN yang sedang memerintah, oleh itu seeloknya kita baiki puncanya.

Perpaduan Melayu UMNO, seharusnya menjadi kuat di negara ini jika ia dijadikan sebagai nukleus untuk perpaduan yang lebih luas dengan Melayu Muslim (kerana rata-rata ahlinya Muslim). Perpaduan Melayu sebagai teras, selari dengan penonjolan kepada prinsip asabiyyah yang 'positif' yang diberikan pembelaannya oleh Ibn Khaldun dalam huraiannya tentang asabiyyah yang disebutkan olehnya sebagai prinsip kekuatan yang menjayakan agama dan tamadun. Namun sebaliknya tidak berlaku pada UMNO. Perpaduan Melayu UMNO seharusnya mengutamakan MUSLIM bukan hanya MELAYU. Maka andai UMNO mengatakan Melayu itu sememangya Muslim, maka sudah tentu UMNO akan menjadikan Islam sebagai garis panduan penyatuan kaum Melayu di Malaysia. Tetapi hakikatnya tidak demikian, Islam hanya sebagai 'butang kecemasan' atau 'butang apabila diperlukan'..diperlukan pada masa-masa tertentu, bukan setiap masa. Ini silapnya.

Selain itu, antara faktor-faktor lain yang di terangkan oleh Ibn Khaldun dalam mengenalpasti punca jatuhnya sesebuah tamadun itu antaranya adalah, banyaknya kemewahan, kehidupan penuh dengan hiburan dan perhiasan, kehidupan cara homoseks di kota-kota, politik wang, pemimpin yang tidak mampu lagi mendapatkan kesetiaan dari pengikutnya, tidak mampu mengajak orang lain kepada perjuangan mereka. Oleh sebab demikian, moral masyarakat akan menjadi merosot dan ia tanda KEJATUHAN TAMADUN. Inilah antara pengajaran yang patut diambil ingat dari penerangan ibn Khaldun.

Buktinya telah ada, faktanya telah ternyata, tandanya kejatuhannya sedang menanti saat.


Simbol penyatuan Ummah

Oleh itu, kembalilah kepada DASAR PERJUANGAN yang sebenar, dasar perjuangan buat MUSLIM. Inilah dasar perjuangan yang seharusnya di jadikan nadi utama. Walauapapun parti, walau apapun agenda perjuangan yang di bawa, jangan kita lupa dasar perjuangan kita, bagi setiap individu yang bergelar muslim iaitu ISLAM. Benar kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz, "Islam milik Allah sedangkan perjuangan bangsa Melayu bukannya boleh dibawa ke akhirat, hanya Islam akan sampai ke sana". (Sumber). Perjuangan perkauman tidak ada jaminan akan kekal sampai bila-bila, tetapi perjuangan Islam telah dijamin oleh Allah akan membawa kita ke pintu selamat.

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.." Al-Hajj 78


Wallahu'alam