16 September 2009

Kisah 'Hadiah Raya'

P.L.U.S Pantang Lalu Ulur Slalu..

Tol free (Sumber)

Komentar:

Beberapa cadangan

1) Masa di lanjutkan - 12tgh malam sehingga 12 tengah malam hari seterusnya. Baru tampak keikhlasan kerajaan untuk membantu rakyat. Kerana rakyat berhak meminta/demand, sebab rakyat berpegang pada slogan '...rakyat didahulukan..' . Namun, saya terfikir bagi mereka yang menaiki kenderaan awam seperti bas, adakah harga tiket juga kurang (jika bas bergerak malam). Sebab rata-ratanya yang balik kampung adalah mereka yang merantau untuk berlajar dan bekerja. Kemungkinan hapusnya bayaran tol lebih menguntungkan kepada pengguna yang berkenderaan sendiri yang mungkin mempunyai wang lebih membayar duit minyak. Kata lain, mereka-mereka yang melalui lebuhraya antara mereka yang berkemampuan, bagaimana mereka yang tidak? Terutamanya mereka yang menaiki kenderaan awam..mungkin meringankan beban jika Tambang juga turut dapat di kurangkan.

2) Andai 2juta itu tidak banyak jika hendak dibandingkan nyawa manusia, saya cadangkan selepas ini 2juta itu dikekalkan atau ditambah lagi peruntukan bagi mengawal kehilangan nyawa manusia, bukan sahaja dalam hal kemalangan jalan raya, tetapi kemalangan yang melibatkan jenayah moral di malaysia (bunuh, ragut, rogol, rempit, dadah, dll)..Jika kita melihat kemalangan jalanraya meningkat di musim perayaan, namun kemalangan akibat jenayah moral meningkat dan terus meningkat di setiap musim..(faktanya telah terbukti).

3) "Pengecualian tol ini bertujuan mendorong para pengguna merancang perjalanan sekali gus mengurangkan kesesakan dan kemalangan" . Saya setuju dengan ayat ini, bagi saya, kesesakan dan kemalangan bukan hanya berlaku pada musim perayaan (walaupun klimaxnya di waktu ini). Tetapi juga setiap hari terutama di waktu pagi (semasa pergi kerja) dan petang (balik kerja). Ini berlaku setiap hari bukan setahun sekali (seperti hari raya). Ini lebih perlu diutamakan. Jadi cadangan saya agar kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif lain bagi mengatasi masalah tradisi ini. Mungkin dapat di lihat semula sistem lalu lintas dan jalanraya di malaysia ini.

Anyway, Terima Kasih kepada kerajaan Malaysia. Moga-moga ia bukan hanya sekadar 'Hadiah Hari Raya' (ataupun hadiah sempena PRK..) tetapi rakyat berharap ianya juga 'Hadiah Hari-Hari'. Kisah 'Hadiah Raya' ini bukanlah suatu yang baru, banyak lagi 'Hadiah-hadiah' yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat. Baik hadiah yang MENGGEMBIRAKAN, hadiah yang MENGECEWAKAN, hadiah yang MENGEJUTKAN (surprise) atau hadiah yang MERAGUKAN..

Cadangan dan komen di atas hanyalah bersifat peribadi saya kepada kerajaan. Saya sangat yakin dan percaya cadangan tersebut hanya melekat di muka blog ini shaja, jauh sekali untuk di bawa ke Parlimen..Wallahu'alam


No comments: