15 September 2009

Kerajaan UMNO : Tamadun yang hampir pupus.



Tokoh Ketamadunan

Tokoh Islam, Ibn Khaldun pernah menyatakan dalam naik jatuhnya sesuatu tamadun, merujuk kepada suatu bentuk pusingan. Bentuk pusingan atau roda peradaban sesuatu tamadun dipengaruhi oleh SIKAP PEMIMPIN sesuatu tamadun dan juga PERBUATAN AHLI MASYARAKAT yang menghuni sesuatu tamadun negeri. Maka penandanya adalah berdasarkan rentetan sejarah atau susur galur peristiwa yang telah berlaku terhadap masyarakat sesuatu tempat.

Dalam pengembaraan Ibn Khaldun ke negara-negara yang berkuasa, beliau telah banyak mengkaji sejarah bangsa-bangsa di zamannya dan juga zaman-zaman sebelumnya. Dan kebanyakkan negara-negara yang dilawati beliau adalah negara-negara Islam.

Oleh yang demikian, Ibn Khaldun telah membuat beberapa kajian dan analisis berdasarkan ilmu dan pengalaman yang beliau miliki, khususnya berkaitan jatuh bangunnya suatu Tamadun, antara faktor-faktor tersebut adalah:

Faktor Assabiyyah (semangat kesukuan)

Faktor ini adalah berkait rapat dengan semangat perpaduan sosial atau setiakawan antara sesama kaum atau intra-kaum. Ibn Khaldun telah menyatakan bahawa asabiyyah yang ditentang oleh Syara dan Nabi Muhammad s.a.w itu ialah asabiyyah yang berlaku adalah di dalam hubungan dengan penindasan dan perbuatan zalim, bukannya dari zat asabiyyah itu sendiri yang dituntut seperti yang telah di tulis di dalam buku beliau-Al-Muqaddimah . Di dalam buku ini ada menjelaskan satu hadith Nabi s.a.w yang menyatakan keharusan bersifat Assabiyyah, " Allah tidak mengutus seorang nabi melainkan ia berada dalam lindungan kekuatan bangsanya ". Ibn Khaldun telah menafsirkan bahawa hadith yang menyebut " Para Imam itu mesti dari kaum Quraisy" , maksudnya bukan hanya kaum Quraisy yang menjadi kabilah Nabi saw tetapi mana-mana golongan yang mempunyai kasih yang kuat kepada kaumnya itu boleh dipilih. Dengan bersikap demikian, maka ia akan menyebabkan kerjasama dan perpaduan yang baik di kalangan kaumnya. Inilah antara assabiyyah yang terpuji dan diharuskan. Ia tidak memandang rendah kaum lain, malah jauh sekali menghina mengatakan kehebatan kaum sendiri lebih baik.


Masih ada peluang mengubah?

Jika memandang dalam konteks sebuah tamadun negara Malaysia, kuasa dan tampuk pemerintahan yang kuat oleh UMNO dahulunya menjadikan Malaysia sebuah negara yang begitu membangun, tampak maju dan berdaya saing antara negara-negara lain. Kemungkinan kita tidak nafikan adalah seperti mana yang di katakan Ibn Khaldun, sikap atau tabiat pemimpin negara (anda mungkin beranggapan sebaliknya). Namun kemungkinan besar juga ia datang dari sikap dan cara-hidup masyarakat pada ketika itu. Maka jika anda berpegang dengan dua faktor besar tersebut, tidak hairan, pada hari ini boleh dikatakan ianya akan kembali di 'roda bawah'. Ataupun, kemungkinan juga mungkin disebabkan faktor sampingan di atas-Assabiyyah.

Mari kita melihat realiti hari ini. Malaysia, khususnya UMNO-BN yang mengepalai kepala negara, kereputan yang dilihat semakin hari berlaku adalah dari dalam diri mereka sendiri. Tulang yang menyokong anggota badan dilihat tidak mampu menampung beban. Semuanya datang dari 'nukleus' diri. Iaitu DASAR yang dibawa. Adakah kita lihat, UMNO yang menjadikan dasar PERKAUMAN Melayu itu ada silapnya? Jawapannya Tidak, tidak waktu ketika DAHULUNYA. Namun sekarang, ia seolah-olah sudah tidak relevan, walau hakikatnya ia mampu di'relevan'kan mengikut keadaan. Kemungkinan, ada silapnya jika kita perhatikan kembali penjelasan Ibn Khaldun berkaitan sikap Assabiyyah ini. Cacat celanya dapat dilihat dalam dasar perjuangan UMNO sekarang...

Andai kita ibaratkan kaum Quraisy itu seperti Kaum Melayu di Malaysia, dengan pemimpinnya juga orang Melayu, maka apakah akan lahir sikap memecahbelahkan sesama ahli kaum, wujud 'tikam menikam', kronisme, fitnah memfitnah, adu-domba dll, terutamnya sebuah kerajaan memacu sebuah negara Malaysia (yang majoritinya orang melayu). Ya, saya lebih merujuk kepada UMNo, kerana itulah dasar perjuagan mereka. Jika dalam konteks parti Islam PAS, pandangan saya yang cetek ini, tidak menjadi suatu isu yang sangat besar. Pertamanya, dasar yang dibawa (bukan Nasionalism/Perkauman). Perkauman dalam PAS hanyalah elemen kecil, ibarat ranting dalam sebuah dahan yang berakarkan Islam. Jadi tidak perlu dan penting membincangkan perkara ranting ini. Kedua, lagipun PAS bukan (belum) parti yang memerintah. Dan ketiga, banyak masalah yang datang adalah dari parti kerajaan UMNO-BN yang sedang memerintah, oleh itu seeloknya kita baiki puncanya.

Perpaduan Melayu UMNO, seharusnya menjadi kuat di negara ini jika ia dijadikan sebagai nukleus untuk perpaduan yang lebih luas dengan Melayu Muslim (kerana rata-rata ahlinya Muslim). Perpaduan Melayu sebagai teras, selari dengan penonjolan kepada prinsip asabiyyah yang 'positif' yang diberikan pembelaannya oleh Ibn Khaldun dalam huraiannya tentang asabiyyah yang disebutkan olehnya sebagai prinsip kekuatan yang menjayakan agama dan tamadun. Namun sebaliknya tidak berlaku pada UMNO. Perpaduan Melayu UMNO seharusnya mengutamakan MUSLIM bukan hanya MELAYU. Maka andai UMNO mengatakan Melayu itu sememangya Muslim, maka sudah tentu UMNO akan menjadikan Islam sebagai garis panduan penyatuan kaum Melayu di Malaysia. Tetapi hakikatnya tidak demikian, Islam hanya sebagai 'butang kecemasan' atau 'butang apabila diperlukan'..diperlukan pada masa-masa tertentu, bukan setiap masa. Ini silapnya.

Selain itu, antara faktor-faktor lain yang di terangkan oleh Ibn Khaldun dalam mengenalpasti punca jatuhnya sesebuah tamadun itu antaranya adalah, banyaknya kemewahan, kehidupan penuh dengan hiburan dan perhiasan, kehidupan cara homoseks di kota-kota, politik wang, pemimpin yang tidak mampu lagi mendapatkan kesetiaan dari pengikutnya, tidak mampu mengajak orang lain kepada perjuangan mereka. Oleh sebab demikian, moral masyarakat akan menjadi merosot dan ia tanda KEJATUHAN TAMADUN. Inilah antara pengajaran yang patut diambil ingat dari penerangan ibn Khaldun.

Buktinya telah ada, faktanya telah ternyata, tandanya kejatuhannya sedang menanti saat.


Simbol penyatuan Ummah

Oleh itu, kembalilah kepada DASAR PERJUANGAN yang sebenar, dasar perjuangan buat MUSLIM. Inilah dasar perjuangan yang seharusnya di jadikan nadi utama. Walauapapun parti, walau apapun agenda perjuangan yang di bawa, jangan kita lupa dasar perjuangan kita, bagi setiap individu yang bergelar muslim iaitu ISLAM. Benar kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz, "Islam milik Allah sedangkan perjuangan bangsa Melayu bukannya boleh dibawa ke akhirat, hanya Islam akan sampai ke sana". (Sumber). Perjuangan perkauman tidak ada jaminan akan kekal sampai bila-bila, tetapi perjuangan Islam telah dijamin oleh Allah akan membawa kita ke pintu selamat.

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.." Al-Hajj 78


Wallahu'alam


No comments: