21 March 2010

Pemuda UMNO Peringkat Kampung...(cawangan baru)




TAWAU, 21 Mac (Bernama) -- Generasi muda kini sudah mula beralih minat untuk menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas yakin dengan dasar dan pelbagai program kemasyarakatan selepas pilihan raya umum 2008 lalu.


Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sabah, Musliati Moslimin berkata perkembangan positif itu dapat dilihat melalui sambutan golongan muda pada program atau majlis anjuran bukan sahaja pergerakan itu tetapi juga BN sendiri.

"Tetapi selepas beberapa siri program yang dianjurkan pergerakan Pemuda dan Puteri, golongan ini mula kembali menyokong semula BN," kata kepada pemberita selepas menyertai program "Jom Masuk Kampung" di sini pada Ahad.

Beliau mengulas kenyataan seorang penganalisis politik Dr Abdu Hassan Hasbullah baru-baru ini yang menyatakan pengundi muda lebih bersikap non-partisan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Program 'Jom Masuk Kampung" itu melibatkan Puteri Umno Sabah, Puteri Umno kalabakan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Batu Datuk Hamisa Samad di Kampung Tanjung Batu Keramat di sini-Bernama



Kebanyakkan Beruk-beruk mudah di jumpai di kampung-kampung....

Komentar:

Seorang lagi pemimpin UMNO peringkat 'Kampung' bercakap 'syok sendiri'. Entah dari mana data dan fakta yang di a dapat, atau mungkin beliau sendiri meramal dengan kuasa yang dia ada.

Rasanya beliau patut menjelaskan program 'Jom Masuk Kampung' itu berjaya menarik 'pemuda-pemuda' kampung dari saluran satu atau 'RTM' . Hanya golongan ini sahaja yang masih setia berkarat dengan UMNO. KPInya boleh lihat dari majlis-majlis kenduri kawin, dan majlis rewang-merewang siap dengan joget lambak.
Kerana kebanyakkan program anjuran UMNO lebih berfokus kepada Hiburan semata-mata. Maka tak hairanlah ramai orang kampung dari pelbagai peringkat umur menyertainya.

Kebanyakkan penduduk kampung masih belum terdedah dengan realiti dunia politik yang berlaku sekarang. Kekurangan dari sudut maklumat yang betul-betul telus masih belum berjaya di tembusi. Lebih-lebih lagi maklumat hari ini diperoleh dari dunia media baru seperti blog, facebook, twitter, laman web yang memerlukan kemudahan untuk mengakses internet.

Penyelidikan yang dilakukan oleh penyarah kanan Universiti Malaya, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah menyatakan sebanyak 92% rakyat mengikuti media baru seperti laman sosial Facebook dan Twitter.(sumber). Kata beliau, untuk membawa perubahan dalam negara golongan muda harus melangkah setapak lagi memasukki media baru dan meniggalkan politik lama. Keluarlah dari politik primitif dan majulah kehadapan.

Jelas, BN-UMNO hanya juara kepada orang-orang kampung yang dilihat masih menyokong mereka. Media lama di televisyen dan radio itulah senjata UMNO menyebarkan ideologi. Akbar dan 'mulut-mulut' JKKK kampung yang tebal menjadi agen turut membantu mereka. Politik primitif..



1 comment:

Raja Ban Jir Bin Tengku Juh said...

UMNO Cawangan Beruk Mat Yeh...
HAHAHA...
Memang buta betul yang masuk UMNO ni...