Sekadar memberi respon mengenai isu 'Bir' Halal oleh kerajaan Malaysia yang kita cintai ini.
Semuanya bermula daripada sebuah syarikat Arpanoosh Industrial sdn.bhd yang bakal membuka kilangnya di 3 negeri, iaitu Johor (patutlah..), Melaka (lagi patutlah..malu aku je) dan di Selangor, Lembah Kelang (ni aku musykil..). 'Bir' halal tanpa alkohol ini dimiliki oleh Malaysian Iranian Corporation sdn.bhd, (MICSB) sebagai pemegang hak eksklusif. Emm..
Beberapa persoalan terkumpul yang aku hendak lontarkan..
1) Kenapa perlu ada perkataan 'Bir'..pulak tu ada yang menamakan sebagai 'Bir Halal'
Tidak ke ini dapat mengelirukan masyarakat terutamanya orang Islam. Sudah ketandusan idea ke hendak menamakan barang?? (maaflah aku tak ada idea nak cadangkan nama). Mungkin mereka terlalu taksub dan ghairah mengikut barat dalam memberi nama-nama dan istilah. Tak standard, kolot, tak ada nilai komersial dll..Apa lagi mereka hendak, cukuplah kita dijajah dengan pelbagai budaya tidak sihat Barat. Ye, memang ianya hanyalah istilah, tapi hendak ke kita makan Nasi Goreng Ayam, tapi di beri nama Nasi Goreng Babi. Kan ke buruk bunyinya tu..
2) Difahamkan lagi, penggunaan bentuk botol, corak dan warna botol menyerupai bir-bir lain. Kenapa?.Lagi mengelirukan umat Islam..Em..Mungkin mereka berpendapat ia hanya persepsi masyarakat, dan mereka mengikut standard piawaian.Ye la tu..persepsi dia la yang betul..
Sama je contohnya dalam hal pakaian, takut-takut ia sebagai alasan, muslimah mengenakan skirt sebab ikut standard dan protokol satu-satu majlis. Ayat biasa "jangan nilai luaran,yang penting dalaman baik"..(tak pastilah betul ke contoh yang aku bagi ni uhu..)
Aku fikirlah, sejak dulu lagi masyarakat sering dipermain-mainkan dengan penggunaan 'istilah'. Mengeksploitasikan istilah untuk kepentingan tertentu, menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal. Mengelirukan masyarakat dengan 'istilah-istilah' untuk 'Play-Save'.
(anda sendiri boleh 'flash-back' balik, dan pastikan salah satunya adalah 'Islam Hadhari'..huu.).
"Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubhat, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram..."
(Hadith)
3 comments:
salam...
ana pun ada dengar tentang minuman ini...
di MHI...
ana bersependapat dengan akhi : )
ana minta izin copy ya...
syukran...
sila2..panjang-panjangkan la ia sbg bahan dakwah umum pada semua..
pada pandangan ana la kan, (ana ni ta baik sangat sikit)... mula2 memang la halal la kan, konon2 la.. khuatir lame2 orang duk beli2 beli2, kena yang tang tak halal (pemprosesan boleh jadi ape2, selaku orang yang belajar processing, what is happening in the reactor, u never know!).. terjadi lah benda tu jadi bor sebenar.. tak naye?...
Sudah2 lah, makin mengelirukan masyarakat saja mereka ni....
Post a Comment