20 May 2009

Cukup Allah bagiku


Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan untuk aku menukilkan sedikit cerita dari pengalaman yang boleh dikongsi bersama dan mudah-mudahan ia merupakan salah satu cabang dakwah umum kepada semua dan juga sebagai peringatan buat aku.
Sedikit coretan dari program yang telah dilalui bebrapa hari lepas. Antara slot yang memberi kesan kepada aku..(walaupun menjadi ajk) 


Pergantungan kepada Allah

Tool: Kudrat, Objektif: tumbangkan pokok.

Sejauh mana pergantungan kita kepada Allah, lihat sahaja sebatang pokok besar tersergam gagah di hadapan kita, semestinya dibibir akan berkata "eh..boleh ke aku tumbangkan pokok ini..". Point 1: Keyakinan, hipotesis awal yang kita buat sudah menunjukkan ketidak yakinan kita kepada Allah. Tidak yakin pada diri.

"mana boleh aku tumbangkan pokok yang besar ni"..Point 2: Tindakan atas dasar logik akal, apabila meletakkan akal melebihi petunjuk dan wahyu dari Allah, maka segalanya akan di simpulkan berdasarkan akal semata-mata. Tiada yang mustahil bagi Allah, ia mustahil bagi manusia.

"sia-sia je perbuatan aku ni, pokok ni tidak akan tumbang punya"..Point 3: Perputus asa dengan Allah, hasil hanya Allah yang tentukan. Usaha yang menjadi ukuran, Allah melihat kesungguhan manusia dalam membuat sesuatu perkara, bila mana kesungguhan disulami dengan keyakinan dan tawakal kepada Allah, ia akan menjadikan manusia itu sentiasa berasa lemah di hadapan Allah tapi gagah di hadapan manusia.

Ulasan

Bila bercerita mengenai pergantungan kepda Allah, kita boleh mengambil pelbagai ibrah dari kisah-kisah sejarah, terutamanya Sirah Nabawiyah yang terkandung pelbagai pengajaran, dan barangkali mungkin cerita daripada kisah realiti yang kita sendiri alami seharian. Sesungguhnya Allah acap kali mengigatkan kita dengan pelbagai peringatan yang kita sendiri kadang-kadang terleka dan alpa. Bagaimana mungkin kita sering terlupa bahawa manusia ini sentiasa perlukan pertolongan, perluan bantuan dan kekuatan. Lalu pergantungan ini diletakkan kepada tempat yang tidak sepatutnya bahkan tidak layak. Bgaimana kita yakin yang Allah itu tuhan kita tapi hanya dicari bila kita telah hilang segala-galanya.

Dahulu

Kisah Rasulullah ke Taif, di timpa kehinaan daripada manusia tetapi dianugerahkan kemuliaan di hadapan Kekasihnya, apabila kepasrahan dan pergantungan hanya kepada Allah. 
"Wahai Rasulullah, bagaimana engkau mahu berpatah balik ke Mekah sedangkan mereka telah mengusir engkau keluar.." soal Zaid bin Harithah yang hampir berpurtus asa setelah manerima layanan yang buruk dari penduduk Taif. "Wahai ZAid, sesungguhnya apa yang kamu lihat (iaitu tekanan dan penyiksaan) ini, sebenarnya Allah menjadikan sebalik kejadian itu suatu pelepas dan jalan kelur, Sesungguhnya Allah adalah pembantu agamaNya dan memberi kemenangan kepada Rasul-Nya", jawab Rasulullah membalas persoalan Zaid. Lihat bagaimana jawapan yang baginda ungkapkan, yang dilihat menyalahi kefahaman kita sebagai mnusia biasa, sekaligus 
mengajar kita bagaimana seorang pejuang Islam itu berfikir untuk masa depan politiknya.

Ini memberi pengajaran kepada kita bahawa segala tekanan dan penyiksaan yang diterima Rasulullah tidak menjejaskn keyakinan baginda terhadap Allah mahupun keyakinan terhadap diri baginda yang sentiasa positif dan optimis. Andaikata panduan dari peristiwa hijrah nabi ini tiada, sudah pasti kita juga akan merasa lemah, putus asa dan cepat mengalah. Bagaimana seorang nabi tidak berasa cemas dan resah, ujian yang ditimpakan kepadanya bukan hanya sebukit tapi segunung, namun pergantungannya kepada Allah meletakkan baginda hamba yang sekerdil-kerdilnya, walaupn boleh sahaja doa baginda dimakbulkan untuk kemenangan umat Islam. tetapi semuanya untuk kita semua mengambil iktibar dan pengajaran. 


Sekarang

Isu Perak yang berlaku ini menjadi medan perjuangan sebenar kepada para pejuang kebenaran. Masa inilah segala teori yang dipelajari di praktikkan. Bagaimana rakyat dapat menangani situasi sebegini, menekan dan semakin menekan dek musuh kebenaran, ’parti Biru’. Cemas dan gundah gulana apabila isu ini menjadi tajuk utama, rampasan kuasa di Perak. Paling tidak, perasaan marah, geram, stress, dan pelbagai lagi sifat-sifat mazmumah yang jika dilayan akan bertambah buruk lagi keadaannya pasti dan pasti ada di setiap diri kita. 

Why?Kenapa perasaan ini berlaku?..sumanya berbalik kepada penjelasan mengenai pergantungan kita kepada Allah. Kekuatan kita bukan dari hasil kerjasama pakatan rakyat, bukan dari pendokong atau penyokong, bukan dari kelemahan 'Si Biru' tetapi dari Allah, faktor-faktor ini hanyalah asbab kepada kemenangan pakatan. Jadi janganlah kita terlalu bergantung kepada kekuatan kita sahaja tanpa bergantung kepada Allah, kerana pergantungan jenis ini adalah pergantungan yang sangat lemah...
Apabila pendokong gerakan Islam hanya menumpukan kekuatan mereka kepada kekuatan fizikal semata-mata, maka secara spontan mereka akan menjadi lemah. Boleh rujuk Fiqh Sirah, Dr Said Ramadhan Al.Bouti.

Kebarangkalian ini adalah ujian dan kifarah yang Allah timpakan pada kita. Kemungkinan kemenangan besar pakatan rakyat dalam PRU lepas menyebabkan kita berasa bangga, berasa kuat dan rasa teruja dengan segala kekuatan yang kita ada, lalu meletakkan pergantungan semata-mata kepada kekuatan itu, lupa pada Allah, lupa doa,lupa solat hajat,lupa tahajjud, dan 'over confident' dengan diri hingga wujud perasaan bongkak dan sombong. Jika diperhatikan ia hempir sama dengan peristiwa perang Hunain (kekalahan Islam disebabkan keangkuhan dan kesombongan dengan ramainya bilangan tentera Islam).

"Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (orang mukmin) di medan peperangan yang banyak. Dan ingatlah peperangan Hunain iaitu di waktu kamu merasa bangga dengan ramainya bilanganmu. Maka bilangan yang ramai itu tidak memberi manfaat sedikitpun kepadamu...".At-Taubah 25



Seharusnya, pakatan rakyat tidak boleh mendabik dada dengan kemenangan yang Allah telah berikan. Jangan ungkapan-ungkapan takabur keluar dari mulut-mulut kita, sepatutnya ungkapan-ungkapan istigfar dan kesyukuran yang harus di panjatkan kepada Allah kerana Dialah yang menjadi pencatur utama di atas kemenangan kita, takut-takut ditarik balik nikmat ini lalu jadilah kita manusia yang rugi dunia akhirat. Wal'izubillah.

Allah, adalah Tuhan yang tempat bergantung kepada-Nya segala sesuatu” 
Al-Ikhlas 2



No comments: