Adakah bendera Arab Saudi yang pakcik tu maksudkan?
Aku terkenang kembali kata-kata seorang sahabat, ketika itu dia sedang bersembang dengan seorang pakcik semasa kami sedang berprogram pada minggu lepas. Melihatkan kami yang sedang ber'mesra-mesra' dengan adik-adik peserta. Sahabat aku ni sengaja membuka topik mengenai parti-parti politik di Malaysia. Aku pun tak pasti pokok pangkal perbualan mereka sebab tiada di tempat kejadian. Pendek cerita, ada satu statement yang telah diungkapkan oleh pakcik ni, ia menarik minat aku. Lebih kurang beginilah bunyinya, aku tidak berapa ingat sepenuhnya ayat-ayat itu..
"pakcik tidak menyokong mana-mana parti politik di Malaysia ni, bagi pakcik tidak perlu bernaung dibawah mana-mana parti politik, bendera pakcik bukan bendera PAS atau UMNO, tapi bendera ''LAILLAHAILLALLAH''.."
Aku tinggalkan pada anda semua untuk menjawabnya.
"Oleh karena itu, hadapkanlah wajahmu kepada agama yang lurus (Islam) sebelum datang dari Allah suatu hari yang tidak dapat ditolak (kedatangannya): pada hari itu mereka terpisah-pisah"
Ar-Rum 43
2 comments:
hmm .. takat bendera saja yang ada tulis kalimat tauhid tapi perlaksanaan tak jalan pun tak guna juga akhie
assalammualaikum...ana tertarik dgn artkel ini...kalaulah ana dpt berjumpa dgn pakcik ini..ana akn minta dia membaca artkel musuh ALLAH berijazah syariah di saifulislam.com..ulamak menyertai politik kerana mereka faham akan quran dan sunnah...
wallahu'alam..maaf jika ana t'salah..
Post a Comment