21 May 2009

Back to Basic

Islam, pencatur segala permasalahan

Akbar Berita Hairan hari ni menulis mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan yang kita sayangi. Hukuman kepada samseng dan mat rempit perlu di tingkatkan bagi menggerunkan mereka-mereka ini. Tuan Guru Nik Aziz menyatakan kerajaan dan pihak-pihak berkuasa harus menggubal undang-undang yang lebih baik bagi mengatasi masalah ini, katanya " Kita perlu buat undang-undang yang mengerunkan supaya mereka rasa takut untuk buat". 

Persoalan. Anda rasa apa maksud tersirat kenyataan Tuan Guru mengenai undang-undang yang mengerunkan itu?. Aku rasa anda semua sudah sedia maklum. Kenyataan Tuan Guru ini telah jelas memberitahu kita bahawa hukuman yang sedang digunapakai ini banyak kelemahannya dan ia perlu digantikan dengan undang-undang yang dapat mengatasi masalah ini. Tidak lain dan tidak bukan undang-undang Islam. 

Aku pasti masyarakat di luar sana, yang tidak faham dan jahil pasti akan rasa muak, jelak dan bosan mengenai topik ini. Tidak pasti apa yang menjengkelkan mereka, adakah isu hudud atau undang-undang Islam yang sering di bincangkan ini dilihat secara zahirnya sebagai bahan politik semata-mata yang menjadi hujah pembangkang atau ianya dilihat sebagai isu lapok yang tiada penghujungnya.

Mahkamah vs Perubahan

Bercerita mengenai perubahan, atau reformasi atau transformasi, dan pelbagai lagi istilah yang sama waktu dengannya Pasti pandangan masyarakat akan terarah kepada institusi mahkamah, menunding jari bahawa mahkamah yang menentukan dan melaksanaan hukuman. Perlu difahami bahawa mahkamah bukanlah tempat untuk melaksanakan perubahan secara total, lebih-lebih lagi dalam mewujudkan sebuah system yang sepenuhnya berpaksikan Islam. Namun, bukan bererti mahkamah tiada autority atau peranan langsung dalam melaksanakan perubahan kearah itu. Walaubagaimanapun, hakikatnya peranan ini harus diterajui oleh parlimen dan kerajaan. Dan ianya harus melalui perlembagaan dan perundangan Malaysia yang menjadi nadi kepada sesebuah nagara.

Perbincangan dan diskusi mengenai perlaksanaan hukuman Islam ini merupakan langkah awal dalam mencapai hasrat kearah perlaksanaan hukuman Islam ini. Apa yang penting adalah kesediaan, keikhlasan dan kesungguhan malah ia perlu disertakan dengan kemahuan politik yang kuat. Ini hanyalah perkara basic, dalam Islam sendiri pun telah menekankan agar segala penyelesaian masalah perlu dengan perbincangan terlebih dahulu sebelum disusuli dengan tindakan. Inilah strategi yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w dalam segala aspek pemerintahan baginda di Madinah. Aku yakin para pemimpin kita dalam proses kearah itu, yang penting rakyat kena bersabar. 


Hukum Hudud


Hudud-Menghukum atau mencegah?

Pergeseran yang berlaku dalam masyarakat mengenai isu hudud ini perlu difahami sefaham yang mungkin. Persoalan mengenai perlaksanaan dan kesan hukuman ini perlu di jelaskan dengan lebih terperinci. Terutamanya kepada mereka yang non-muslim. Maaf aku tidak berhasrat untuk menjelaskan mengenainya. Anda semua boleh merujuk kepada orang alim dan mereka yang ahlinya. 

Persoalan PAS yang berhasrat mahu melaksanakan hukuman ini telah lama dibicangkan, ianya agak terlewat bagi aku bahkan expired sudah. Namun isu ini tidak bermaksud harus dilupakan begitu sahaja, ianya perlu dibual-bualkan dengan berhikmah. Dalam erti kata lain, bagi mereka yang masih lagi terpalit iman di dalam hati harus menjadikan hokum hudud atau hukuman Allah ini sebagai bahan bualan dakwah kepada semua golongan. Menceritakan keindahannya, faedah dan manfaatnya kepada masyarakat yang kebanyakan pada hari ini melihat hukuman Allah sebagai sesuatu perkara yang mendatangkan fobia dan trauma kepada manusia. Bersikap prejudis dan negative dengannya.

Berbalik kepada tajuk akhbar. Saranan daripada Tuan Guru agar perlu adanyanya hukuman yang dapat mengerunkan remaja yang melakukan kesalahan merupakan bayangan kepada bentuk pencegahan yang lebih baik. Selain hukuman, pencegahan juga ,merupakan perkara penting. Kata orang “Prevention is better than cure”. 

Prevention

Terdapat banyak ayat Allah yang menerangkan betapa pentingkan pencegahan ini, sebagai contoh yang biasa kita dengar, dalam surah Ali-Imran, 104.

“Hendaklah ada dikalangan kamu segolongan atau sekumpulan yang menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran, mereka inilah orang-orang yang berjaya”

Ayat yang menyuruh kepada pencegahan ini telah diselitkan sekali dengan kaedah, iaitu dengan berjamaah atau berkumpulan. Dan ini pun telah banyak dijelaskan. Pointnya di sini, kita perlu sedar dan mengenal pasti punca sebelum melakukan tindakan mencegah. Ini adalah cabang dakwah yang memerlukan strategi dan method yang bersesuaian bagi mendekati para mad’u. Uslub dakwah ini telah banyak di tunjukkan oleh Rasulullah s.a.w, jadi anda boleh merujuk kitab-kitab dan panduan dari sirah baginda.

Salah satu puncanya adalah, kelemahan umat Islam itu sendiri yang tidak mempunyai pegangan yang kukuh terhadap agama. Back to Basic, macam mana pun ia harus berbalik kepada agama. Hanya Islam penyelesaian kepada segala permasalahan. Selain itu, factor lain adalah kejahilan umat Islam itu sendiri mengenai Islam samada sistem pemerintahan yang membenarkan kemungkaran berlaku melalui undang-undang, sistem pendidikan yang gagal membentuk insan berilmu dan bertaqwa, media yang memaparkan bahan-bahan yang merosakkan minda dan rohani masyarakat dan system ekonomi yang menindas dan tidak adil.

The Cure

Setiap penyakit ada ubatnya. Sama sekali setiap punca masalah harus ada tindakan penyelesaian, samada ianya dicantas terus atau dikurangkan sedikit. Jadi bagaimana? Ibnu Taimiyyah pernah menyatakan, 

Memimpin dan menguasai umat adalah kewajipan agama yang terbesar. Tidak akan terdiri agama dengan kekuasaan pimpinan. Oleh itu Allah telah mewajibkan kaum muslimin untuk meyuruh kepada yang baik, dan mencegah dari mungkar, membela orang teraniaya, melakukan jihad, melaksanakan hudud dan berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman, semua itu tidak akan terhasil tanpa kekuasaan dan teras pimpinan.” 

So simple solution, iaitu melalui kepimpinan, dalam erti kata lain melalui kuasa. Bukankah kita sering mendengar sabdaan Rasulullah s.a.w, “Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mencegah dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu, cegah dengan lisan, dan jika tidak mampu cegah dengan hati, dan ini adalah selemah iman

Kepimpinan disini bukan hanya sekitar pemimpin atau pemerintah negara sahaja, ianya merangkumi pelbagai lapisan dan peringkat. Dari bapa sebagai pemimpin keluarga hinggalah kepada pemerintah sebagai pemimpin Negara. Jika peranan pemimpin-pemimpin ini dimainkan sebaik mungkun dalam mengatasi masalah remaja ini, nescaya ianya akan dapat dikurangkan.

Namun, harus dijelaskan disini, dalam konteks dakwah, seharusnya tidak menunggu untuk mendapat kuasa memerintah. Ianya adalah tanggungjawab setiap muslim. Bukan hanya tanggungjawab seorang ustaz, tok guru dan alim ulama’ tetapi semua golongan dan lapisan masyarakat. Saiyyidina Umar Al-Khattab telah berkata “ Sesiapa yang mengucapkan ‘laillahaillallah’ adalah dai’e (pendakwah)” 

Pokok kepada perbincangan, dengan melihat dalam konteks seseorang pemerintah yang di beri kuasa memerintah, permasalah masalah social remaja pada hari ini perlu di muhasabah semula oleh mereka. Adakah ianya silap perlembagaan atau undang-undang yang masih terdapat kekurangan atau masyarakat sendiri yang semakin jauh dari landasan dan petunjuk wahyu dari Allah, iaitu Al-Quran dan Sunnah. Kuasa inilah sebagai amanah yang Allah telah berikan kepada para pemerintah, yang harus digalas sebaik mungkin sebelum ia ditanya di akhirak kelak.

Wallahu’alam


“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya” An-Nisa 59


No comments: