31 July 2009

Zaluman Jahulan


KUALA TERENGGANU 30 Julai – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan menyokong atau membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau juga mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya segera bertindak terhadap mana-mana pihak yang menyertai perhimpunan yang dijadualkan Sabtu ini di ibu negara.

‘‘Polis perlu bertegas dan ambil tindakan bagi memastikan undang-undang dan Perlembagaan negara tidak dicabul sewenang-wenang.

‘‘Negara ini dibina berlandaskan acuan kita sendiri dan bukannya negara barat,” katanya selepas menyampaikan cek sumbangan saguhati khas kepada bekas polis yang berkhidmat semasa darurat bagi Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Sebelum ini pelbagai pihak termasuk Jawatankuasa Pusat Parti Rakyat Malaysia (OPRM) menyokong penuh Perhimpunan Mansuhkan ISA yang akan diadakan pada 1 Ogos.

Mengulas lanjut Hishammuddin berkata, penganjur perhimpunan tersebut sebenarnya mempunyai niat untuk menghuru-harakan negara.

Dalam hubungan ini katanya, pihak polis tidak pernah mengeluarkan sebarang permit untuk sebarang perhimpunan mansuhkan ISA.

Katanya, walaupun pihak polis difahamkan terdapat pihak tertentu yang berhasrat menganjurkan perhimpunan tetapi permit belum dipohon.

Hishammuddin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan sesiapa saja yang cuba mencabar atau menganggu-gugat kewibawaan polis. Sumber

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



p/s:

Sekali lagi suara-suara pemimpin jahil di berita, aku nak tanya, siapa yang sebenarnya yang mula mencetuskan kekecohan, rakyat atau polis dan siapa sebenarnya yang ganas, rakyat atau FRU..?. Dah namanya Himpunan Aman, sudah tentu tiada keganasan, rakyat hanya berjalan dan menghantar memorandum sahaja.,ganas ke? Soal diterima atau tidak itu terpulang pada Sultan, yang penting rakyat mahu tunjukkan ISA ini tidak relevan lagi sekarang, dan harus di mansuhkan, itu sahaja. Jelas sekali hanya orang yang berkepentingan sahaja yang akan melenting.

Kononnya negara tak mahu ikut acuan Barat, siapa sebenarnya yang ikut acuan Barat, aku nak tanya selama ni Malaysia ikut undang-undang apa? Demokrasi (kononnya) yang Malaysia amalkan ini dari mana? Isu PPSMI? Hedonism melampau? I.S.A sendiri? Bukan acuan Barat? Jangan jadi manusia yang bersifat munafik.

Meminjam kata-kata Ustaz Nik Abduh;

"Arahan menafikan hak untuk berhimpun adalah salah dan batil. Seruan menyokong ISA oleh Pewaris dan PPIM adalah karut dan jenayah terhadap ugama, negara dan bangsa. Sesiapa yang teragak – agak dan ketakutan untuk menyertai perhimpunan ini adalah memalukan. Anda bukan kelompok pejuang. Anda bukan pejuang negara dan bukan pejuang ugama. Anda hanya duduk untuk menumpang tuah orang berjuang. Anda keanak - anakan, betina berlagak lelaki, tua berlagak muda.

Jika anda mahukan sebuah negara yang perkasa, anda mesti menjulang dan menatang kebenaran dan hak. Negara kita masih ditakuk lama. Rapuh pertahanannya, mandul kejantanannya, mudah diserang musuh, tiada perwira untuk diarah bertempur dan tiada jaguh untuk mencabar. Semuanya kerana rakyat dibina untuk menjadi penakut dan dayus. Semuanya kerana kebenaran ditindas dan ditutup. Pejuangnya dicampak ke jeriji ISA yang digunakan buat membunuh kebenaran dan pejuangnya."

Tidak hairanlah ada pemimpin yang bukan Islam sendiri yang cuba untuk mencontohi pemimpin Islam dahulu setelah langsung tidak nampak contoh baik kepimpinan Melayu-Islam yang diamalkan sekarang. Semuanya atas kejahilan pemimpin negara hari ini, sudahlah jahil malah mahu memadamkan cahaya Allah, cuba menyembunyikan kebenaran. Anda harus ingat kebenaran akan tetap terserlah dan akan terus diperjuangkan.

Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya As-Saf 8

Kebenaran itu adalah ilmu yang menjadi salah satu ciri terpenting dalam kepimpinan (terutamanya kepimpinan Islam). Ia umpama cahaya yang menyuluh akal dan hati bagi maghrifah Allah (untuk mengenal Allah) dan segala tuntutanya serta pemanduannya ke arah yang benar akan membentuk peribadi pemimpin seterusnya memimpin negara atas acuan Al-Quran.

Ibnu Khaldun pernah menyebut, Kerajaan-kerajaan yang sangat berkuasa dan memiliki kuasa kedaulatan yang hebat mempunyai asal-usulnya yang berteraskan agama sama ada yang berpunca daripada kenabian ataupun seruan melakukan kebenaran. Tepuk dada tanya Iman...dan praktikkan. Wallahu’alam.

~emo sikit~


Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh

Al-Ahzab 72


30 July 2009

Isu Wanita dan Islam


Kebebasan Hak MUTLAK atau kebebasan hak BERSYARAT??


Mengalih sedikit pandangan kearah satu isu penting tidak sehangat isu nasional dan antarabangsa yang berlaku pada hari ini. Iaitu berkaitan dengan wanita, terutamanya wanita Muslim. Acap kali terbaca di akhbar-akhbar dan internet berkaitan masalah wanita Muslim. Masalah yang hendak dibicara di sini bukan masalah yang datang daripada kaum Hawa itu sendiri, tetapi masalah yang timbul dari luar kelompok gender ini.


Pandangan terhadap wanita Muslim yang rata-rata menetap di hampir disetiap negara yang majoriti Islam dan minoriti Islam. Ianya berkaitan mengenai layanan terhadap kaum ini. Terkini dunia ’yang sengaja tidak mengemparkan’ tentang kematian wanita Mesir, Marwa al-Sherbini yang dibunuh di Jerman disebabkan sehelai kain hijab, selain beberapa kecaman terhadap wanita Muslim, antaranya Presiden Perancis, Sarkozy yang mengecam wanita Muslim di Perancis atas alasan yang sama. Hijab.


Jika ambil kedua-dua contoh isu ini, ia dianggap suatu tindakan yang sangat keras di atas nama penindasan terhadap wanita. Malah, ia diperhatikan suatu ketidakadilan yang berlaku terhadap kaum ini. Pemerhatian berkenaan isu ini bukan sahaja dilihat di mata para aktivis Islam yang melihatkan ini sebagai motif keagamaan. Isu ini juga diberikan perhatian oleh aktivis-aktivis hak asasi manusia di Barat yang majoritinya bukan Islam, non-Muslim.


Baik, jika kita mengambil situasi yang hampir sama, tetapi waqi’ setempat yang berbeza. Contohnya di Afganistan. Puak Taliban yang dipercayai menindas kaum wanita mereka. Puak ini menjadi sasaran Barat yang rata-rata menentang tindakan mereka yang melakukan penindasan. Atas nama hak asasi manusia, lebih tepat membela kaum wanita. Secara mudahnya, puak Taliban ini digelar ’pengganas’ atau ’villain’ terhadap wanita. Dengan memberi gambaran pada dunia melalui media.


Begitu juga kes di Darfur, Sudan, bagaimana berlakunya pelbagai jenayah tehadap wanita, seperti rogol yang dilakukan oleh pihak militia yang dikaitkan dengan sebuah kerajaan yang dikuasai oleh gerakan Islam. Atas nama kebebasan hak asasi manusia, kumpulan hak asasi manusia Barat berjaya menonjolkan keburukan dan pencabulan yang berlaku terhadap wanita.


Dua contoh situasi sama tetapi berbeza waqi’ setempat ini dapat kita simpulkan bahawa permasalahan yang melibatkan kaum wanita (terutama Muslim) adalah dibaca sebagai lebih kepada tindakan kaum wanita terbabit, contohnya pakaian seorang wanita, tetapi sesuatu yang terzahir itu juga tidak boleh dikesampingkan sekali dari dasar politik dan budaya setempat yang tidak progresif. Seperti dua situasi yang di sebut diatas.


Apabila isu wanita ini melibatkan masyarakat Islam, seperti pemerintahan di negara Islam. Seperti di Darfur. Pasti ia menjadi tajuk besar negara.’Penindasan terhadap wanita’. Ia dilihat lebih bermotifkan agama walaupun tidak secara terang. Ia dilihat seolah-olah berlakunya ketidakselarian agama terhadap hak wanita. Jika dilihat realiti pada hari ini, berlakunya kontradiksi antara agama dan kemanusiaan. Paling menyedihkan, yang menjadi mangsa adalah Islam-umat Islam. Kita boleh menilai dengan pandangan realiti masyarakat pada hari ini.


Malah bertambah malang, muslim itu sendiri yang bulat-bulat menerima apa sahaja pandangan dan kenyataan dari Barat, tidak selidik dari apa yang tersirat. Redha atas nama hak asasi manusia.


Kes yang berlaku terhadap Marwa yang telah dibunuh kurang mendapat liputan, terutamanya kepada aktivis-aktivis Islam. Media-media juga menjadi faktor utama yang memungkinkan kurangnya hebahan kes tersebut. Malah media juga sebagai penyalur maklumat kepada masyarakat, baik masyarakat kebanyakan atau mereka yang bertindak sebagi aktivis. Di dalam konteks Malaysia sendiri, isu ini sangat kecil berbanding isu ’besar’ yang lain. Rata-rata terfokus kepada isu antarabangsa yang tidak memberi kesan kepada sesiapa berbanding isu antarabangsa yang satu lagi ini - Antara Kematian Micheal Jackson dengan Kematian Marwa-tiada banyak perbezaan, kedua-duanya MATI. Tapi untuk yang HIDUP, apa kesannya??



Wanita di 'kaca-mata Islam' Lelaki


(Kononnya) Aktivis-aktivis hak asasi wanita Islam, Sistem In Islam juga dilihat diam berkenaan isu ini (dan isu-isu wanita lain). Bukankah Marwa di bunuh oleh lelaki?. Bukankah Sistem In Islam sangat cenderung memaparkan kes-kes buruk terhadap lelaki? Adakah atas alasan kes ini tidak berada di dalam vakuum Islam. (tidak seperti Poligami, faraid, nafkah zahir dan batin dll). Ya, kes pembunuhan Marwa ini berlaku di sebuah negara non-Muslim, bukan Islam. Jadi ia diluar bidang kuasa SIS. (patutlah ada kalimah Islam selepas Sister itu).


Isu kebebasan hak wanita ini sebenarnya telah dimonopoli oleh Barat. Masyarakat sendiri melihat bagaimana manipulasi dilaksanakan antara agama dengan hak kemanusiaan. Sedangkan mana-mana agama pun sangat menjaga nilai kemanusiaan manusia sejagat. Manipulasi Barat terhadap Islam itu sendiri bukan sesuatu yang baru. Islamophobia yang berlaku sejak dahulu memberi punca dan kesan pada hari ini. Tempiasnya juga terkena pada umat Islam.


Atas kapasiti seorang Muslim, perlu dijelaskan bahawa Islam sangat memartabatkan kaum wanita. Islam tidak membezakan secara total antara lelaki dan wanita. Yang menjadi asas kepada perbezaan gender didalam Islam itu adalah TAQWA. Seperti firman Allah dalam Surah Al-Hujurat:13.

Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari laki-laki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku-suku (berpuak-puak), agar kamu dapat berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia di atara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsa) disisi Aku adalah orang yang paling berTAQWA..”

Kata pujangga, ”wanita bukan separuh dari lelaki, mereka Cuma berbeda”. Perbedaan yang langsung tidak mengurangi kedudukan wanita dan sumbangannya pada masyarakat.


Kerana Islam mengajar kami, para lelaki supaya sayangkan wanita-wanita kami, anak perempuan kami, isteri-isteri kami, adik dan kakak kami, ibu-ibu kami serta setiap wanita dalam masyarakat kami. Wallahu’alam.

29 July 2009

"go to Hell"

"barangsiapa yang di berikan amanah, sesungguhnya sebelah kakinya berada di neraka"

Pergi jahanam UMNO (rentetan kenyataan Tuan Guru: Sumber) ..!.Bila menyebut ’jahanam’ ia dapat diistilahkan kepada sesuatu yang negatif. Istilah jahanam juga biasa orang sebut dalam bahasa Inggerisnya ’go to hell’..maksudnya ’pergi ke neraka’. Betullah, antara nama-nama neraka juga terdapat juga nama neraka Jahanam.

Justeru, ada orang yang terasa dan rasa panas hati dengan kenyataan ini. Itu perkara biasa dan normal, kerana setiap orang ada perasaan, maka wajar perasaan itu ditunjukkan (seperti tunjuk perasaan). Biasalah, apabila suatu yang disayangi dihina dan dikutuk pasti akan melenting dan marah kerana yang disayang itu tidak patut dipermain-mainkan dan di hina oleh sesiapa sahaja didunia ini.

Sungguh sedih dan kecewa dibuatnya mereka. Pelbagai tomahan dan kutukan kepada UMNO. Kadang-kadang baju UMNO yang disarungkan kepada seseorang itu kelihatan tidak sesuai dan buruk pada tuan punya badan yang memakai sehingga dikutuk orang. Salah baju tuan punya badan yang terasa hina. Namun itu kira agak ’sopan’ jika dikutuk sekali tuan punya badan. Bertambah sedih dan pilulah jadinya orang itu. Namun hakikatnya kesalahan itu harus berbalik kepada tuan punya badan yang sendiri memilih baju yang salah dan tidak sesuai dengan ’susuk’ badannya sendiri. Jadi salahkan tuan punya badan.

Ya, Tuan guru bukan nabi, tidak maksum, dan pemimpin UMNO lagilah tidak maksum dulu, kini dan selamanya. Setiap kata-kata boleh ditolak selain kata-kata nabi. Jadi anggaplah kritikan dan apa-apa istilah yang dilabelkan itu sebagai pengajaran supaya ia menjadi anjakan kepada perubahan. Bahkan Dato’ Dr Fadhilah Kamsah pernah menyebut, pengkritik itu sahabat kamu dan sesiapa yang memuji kamu itulah musuh kamu.

Pembangkang mengkritik untuk kebaikan seperti mana kritikan dan kutukan kerajaan pada pembangkang, (walau dengan cara yang tidak bertamadun). Pandanglah dari sudut yang positif agar kita dapat mencari sesuatu yang terbaik dan terhebat. Terutama untuk kepentingan rakyat dan negara. Itu peranan pembangkang yang menjadi pengawas kepada tindakan pemerintah. Supaya pemerintah tidak syok sendiri.

Kata orang putih, what the pembangkang wants is also what the people want. That is to set the country back to the rightful path. Tiada apa yang rakyat dan Negara mahukan dari kerajaan, hanyalah suatu kerajaan yang adil. Wallahu’alam. Sekadar perkongsian.

p/s: aku teringat UMNO dulu yang melabel PAS, Parti Ajaran Sesat, Parti Penganas, Militan, Hina Hudud yang cuba di bawa PAS dan banyak lagi. Ini betul-betul cara yang tidak bertamadun. Namun PAS sentiasa terus bekerja.

UMNO dasar perjuangan Bangsa Melayu-kutuk UMNO bererti kutuk Bangsa Melayu

PAS dasar perjuangan Islam-kutuk PAS bererti kutuk Islam. So, siapa sebenarnya yang layak ke ’Jahanam’..fikir-fikirkanlah..

Kepastian


Suatu renungan yang boleh dijadikan iktibar, perihal suatu hakikat kematian yang pasti dihadapi dan dialami setiap insan. Ia juga sebagai iktibar melihatkan dunia pada hari ini diibaratkan umpama unta tua yang menunggu hari. Begitu juga manusia. Setiap hari kita dikhabarkan pelbagai berita mengenai kematian, kemalangan jalan raya, bunuh, jatuh bangunan, bencana alam seperti gempa bumi, tanah runtuh dan pelbagai lagi corak dan bentuk pengakhiran kematian kita. Ianya sebagai renungan dan koreksi buat diri dan anda semua.


Di kisahkan suatu hari seperti yang dinukilkan oleh Syekh Abdurahman Al-Sinjari, dalam Al-Buka min Khasyatillah, Nabi Ya’qub berdialog dengan Malaikat Izrail.“Aku ingin sesuatu yang harus engkau penuhi sebagai tanda persudaraan kita,” pinta Nabi Ya’kub.


Apakah itu.” tanya Izrail.
Jika ajalku telah dekat, beritahulah aku.” ujar Nabi Ya'kub.


Malaikat itu menjawab, “
Baik, aku akan memenuhi hajatmu.
Aku akan mengirimkan tidak hanya satu utusan, tapi dua atau tiga utusan.” Setelah itu keduanya berpisah.


Hingga setelah lama malaikat itu datang kembali.

Wahai sahabatku, apakah engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?” tanya Nabi Ya’qub.

Ya, Aku datang untuk mencabut nyawamu.” jawab malaikat Izrail.
Lalu dimana utusanmu yang ketiga?” tanya Nabi Ya’qub lagi.
Sudah kukirim. Iaitu Putihnya rambutmu setelah hitamnya, lemahnya tubuhmu setelah gagah, dan membongkoknya badanmu setelah tegap. Wahai Ya’qub itulah utusanku untuk setiap anak Adam.”

Tetapi, kematian itu tidak hanya akan menimpa kepada orang-orang yang sudah lanjut usia (tua) saja, tapi semua orang baik itu hatta bayi yang baru lahir atau belum lahir, anak-anak, remaja, dewasa sehingga orang tua yang sudah lanjut juga. Pokoknya, setiap yang berjiwa baik manusia, haiwan, tumbuhan dan lain sebagainya akan merasakan mati, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT,
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati…” (Ali-Imaran: 185)

Malahan di lain ayat-Nya Allah SWT menerangkan bahwa kematian itu terjadi atas izin Allah SWT sebagai sebuah ketetapan yang telah ditentukan waktunya, sebagaimana firman-Nya,
Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya…” (Ali Imran: 145)

Maka, oleh yang demikian, dimanapun kita, apa pun yang kita lakukan, jika Allah SWT telah menetapkan ketentuan-Nya, bahawa saat ini, minit ini, jam ini, dan hari ini kita di takdirkan mati, maka matilah kita. Allah SWT berfirman,
Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh…” ( An-Nisa: 7

Kematian adalah sesuatu yang pasti akan terjadi dan akan menimpa kepada setiap yang berjiwa. Yang jadi masalah adalah tidak ada yang tahu bilakah kematian itu akan menimpa. Malahan Rasulullah SAW sendiri pun tidak diberitahu oleh Allah SWT. Sehingga timbul pertanyaan pada diri masing-masing, kenapa Allah SWT merahsiakan perihal kematian ini?

Ada beberapa alasan yang perlu kita ambil pengajaran dari sebab kematian itu dirahsiakan:


1. Agar Manusia Tidak Cinta Dunia


DR. Aidh Al-Qarni dalam sebuah bukunya Cambuk Hati berkata bahwa, “Dunia adalah jambatan akhirat. Oleh karana itu, seberangilah ia dan janganlah anda menjadikannya sebagai tujuan. Tidaklah berakal orang yang membangun gedung-gedung di atas jambatan”.

Imam Al-Ghazali dalam kitab 'Ihya Ulumiddin menukil beberapa hadith mengenai masalah dunia diantaranya adalah:
Rasulullah SAW bersabda,
“Dunia itu penjara bagi orang Mukmin dan surga bagi orang kafir”.


Dan sabda nabi lagi, “
Dunia itu terkutuk. Terkutuklah apa yang ada di dalamnya kecuali yang ditujukan kepada Allah.”


Abu Musa Al-Asy’ari berkata bahawa Raulullah SAW telah bersabda, “
Barangsiapa mencintai dunianya, nescaya ia akan membahayakan akhiratnya. Dan barangsiapa mencintai akhiratnya, nescaya ia akan membahayakan dunianya. Maka utamakanlah apa yang kekal daripada apa yang binasa.”
Pokoknya adalah agar kita tidak cinta pada sesuatu yang pasti tiada.
Jangan sampai ada makhluk, benda, harta, jabatan yang menjadi penghalang kita dari Allah SWT.


2. Agar Manusia Tidak Menangguh-nangguh Amal


Kita tidak pernah tahu bilakah kita akan mati. Detik, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun, semua dirahsiakan Allah SWT. Oleh itu, janganlah manusia itu menunda-nunda atau bertangguh dalam beribadah, dan semua amal perbuatan baik yang akan kita lakukan, taubat yang kita lakukan, maaf yang kita ucapkan.
Kata Hukamak,
Penundaanmu untuk beramal karana menanti waktu senggang, adalah timbul dari hati yang bodoh.”

Beberapa tips untuk kita mengatur waktu dalam kehidupan dunia yang mana perlu diperhatikan hal-hal berikut:


1–Utamakan kehidupan akhirat, dan jadikan hidup didunia sebagai jambatan menuju akhirat, dan jangan menunda waktu beramal.

2–Berpegang dan bertanggungjawab dengan waktu, karena apabila salah menggunakan waktu, maka waktu itu akan memenggal kita. Ertinya terputus seseorang dengan waktu terputus pula amal selepasnya.

3–Mengejar dunia, tidak akan ada akhirnya, lepas satu datang pula lainnya. Amal yang tertunda kerana habisnya waktu, akan melemahkan semangat untuk menjalankan ibadah. Akibatnya hilang pula wujud kita sebagai hamba Allah yang wajib beribadah.

4–Pergiatlah waktu beramal sebelum tibanya waktu ajal.

5–Perketat waktu ibadah sebelum datang waktu berserah.

6–Jangan menunda amal bakti sebelum datang waktu mati.

7–Aturlah waktu untuk beramal agar kelak tidak menyesal.


3. Agar Dapat Mencegah Maksiat


Ibnu Bathal berkata: “Jihadnya seseorang atas dirinya adalah jihad yang lebih sempurna”.
Allah SWT berfirman, “
Dan adapun orang yang takut pada kebesaran Tuhan-nya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya” (An-Nazi’at: 40).

Jihad seseorang atas dirinya sendiri berupaya mencegah diri dari maksiat, mencegah diri dari apa yang syubhat dan mencegah diri dari melayan syahwat.


Meninggalkan maksiat merupakan perjuangan, sedang keengganan meninggalkannya adalah pengingkaran. Maka, untuk menghindari maksiat, tidak lain dengan menemukan jalan keluarnya, dan satu-satunya jalan keluar adalah ketaatan dan menempatkan diri pada pergaulan yang dapat terhindar dari panggilan dan godaan hawa nafsu itu sendiri.


4. Agar Menjadi Orang Yang Bijak


Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang bijak adalah yang merendahkan dirinya dan beramal untuk kehidupan setelah mati. Sementara orang bodoh adalah orang yang mengikuti diri pada hawa nafsunya dan berharap kepada Allah dengan angan-angan kosong.

Oleh yang demikian, jadilah orang yang bijak. Kerana hanya orang yang bijaklah tahu bagaimana dia mempersiapkan diri untuk mati. Mereka tahu bagaimana merubah yang fana ini menjadi sesuatu yang kekal.
Misalnya, bagaimana caranya harta yang diperoleh di dunia fana ini bisa berubah menjadi kekal. Maka caranya adalah dengan mengeluarkan sebagiannya atau semuanya untuk diinfa'kan kejalan Allah yakni untuk saham atau investment untuk akhiratnya kelak.


Kematian itu suatu yang PASTI. Wallahu'alam


Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam”.

Ali Imran : 102


In-Team : Kepastian

27 July 2009

Pungguk Majnun Rindukan Bulan Laila

Bagai Pungguk Rindukan Bulan

Kelakar ada kesian pun ada. Begitulah fenomena pungguk rindukan bulan yang berlaku pada UMNO-BN sekarang. Isu terbaru, UMNO-BN yang masih lagi menagih ’kasih’ dari PAS, setelah satu demi satu harapan dan cita-cita ’murni’ UMNO-BN di tolak mentah PAS yang dulu, kini dan selamanya sudah begitu masak dan begitu memahami kebobrokan dan kebejatan perangai UMNO-BN yang dahulu, kini dan selamanya juga sangat hodoh dilihat malah sehingga menjadi darah daging mereka.

Ia berdasarkan ’track-record’ dan sejarah yang telah dilalui PAS bersama UMNO-BN dan beberapa siri-siri ’hidden-agenda’ UMNO-BN yang dilihat tidak berjaya dan telah di’detected’ sebelum ini. UMNO-BN sangat mengharapkan sesuatu yang dapat memulihkan kembali wajahnya yang telah dan semakin bertambah hodoh. Rupa-rupanya tangan yang dihulur masih tersisa najis dan kotoran. Tangan kanan menghulurkan salam, tangan kiri mengenggam pisau-sifat tikam belakang yang biasa UMNO-BN amalkan.

PAS tidak rela pisang berbuah dua kali.

Sejarah telah merakamkan bagaimana regim UMNO-BN ini telah melakukan pelbagai ’dosa besar’ kepada rakyat- contohnya Peristiwa Memali pada tahun 1985, Operasi tangkapan pemuda pada tahun 1984, peristiwa pembunuhan Ustaz Osman Talib di Lubuk Merbau, Operasi Lalang pada tahun 1988, dan pelbagai lagi jenayah politik dan kemanusiaan yang dilakukan disamping sekatan terhadap ceramah-ceramah agama dan ilmu, rampasan tanah (contoh di Muassah Darul Ulum), isu roboh masjid di Terengganu dan banyak lagi. Malah regim UMNO-BN sehingga kehari ini telah menggunakan media massa bagi menimbulkan kebencian terhadap PAS disamping memesongkan maklumat- inilah antara senjata ampuh UMNO-BN sekarang.

PAS tidak menutup seketat-ketatnya ruang perbincangan andaikata ia membawa menfaat kepada negara. Malah apa yang telah diberitahu Mursyidul Am, PAS sedia berbincang dengan UMNO-BN jika ia melibatkan kepentingan negara selagi tidak menggadai prinsip agama. Namun permasalahannya, mengapa perlu ada maklumat sonsang yang digembar-gemburkan kerajaan melalui media. Rakyat perlu membezakan kerjasama antara kerajaan dan parti. UMNO-BN mempunyai masalah untuk membezakan kedua-duanya.

Tuan Guru Nik Aziz telah menyatakan hasratnya supaya kerajaan pusat benar-benar memahami konsep federalime, iaitu menghormati hak negeri di bawah kerajaan persekutuan-yang dilihat telah didiskriminasikan. Atas alasan itulah Tuan Guru telah meminta adanya kerjasama anatara kerajaan pusat dan kerajaan negeri demi kepentingan negara. Jaun sekali menyebut kerjasama parti.PAS dan UMNO-BN. Namun seperti biasa, Sarkis tetap Sarkis, kata lain faham lain.

Amat malang media pro-BN/UMNO ini seperti biasa telah memanipulasikan maklumat. Menyebarkan ’dakyah UMNO-BN’ pada masyarakat agar rakyat keliru. Inilah kebebasan mutlak UMNO-BN yang disalahgunakan terhadap media. Walaubagaimanapun UMNO-BN harus sedar dan menerima hakikat bahawa rakyat sekarang tidak seperti dahulu, tidak hanya makan apa sahaja yang disuap BN-UMNO. Keterbukaan arus media pada hari ini dilihat begitu memberansangkan dengan pelbagai medium saluran maklumat yang lebih terbuka seperti laman web, blog-blog, facebook dan banyak lagi-mendedahkan pekong di dada UMNO-BN.

Benarlah apa yang dikatakan, UMNO-BN umpama Majnun yang mengimpikan Laila. Majnun yang benar-benar ’majnun’. W’A

25 July 2009

Zambry Berubah?


tribute to 'ustaz' Zambry


"Aku sedar tanggungjawabku bukan hanya seorang 'Menteri'. Aku juga bertanggungjawab ke atas agamaku. Mahu agama di julang, agar yang haram tetap haram, yang halal tetap halal. Terasa sungguh agama yang di cintai di 'di 'cabuli'. Dan atas dasar sayangku kepada agama. Relaku 'perjuangkan' agar ia terpelihara dari mereka yang 'jahil'."


p/s: Design ini aku tujukan khas buat Zambry atas keprihatinannya pada agama berhubung isu lilin Nizar. Tindakan Zambry meminta agar ulama PAS mengeluarkan fatwa, rupa-rupanya terpalit lagi rasa sensitiviti beliau pada agama. Walaubagaimanapun nasihat aku agar beliau menuntut dan menambahkan lagi ilmu di dada dan kembali berpijak di bumi yang nyata.



"Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak"


* Fatwa Mufti Pulau Pinang telah menyatakan bahawa adalah haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu manakala Fatwa Mufti Pahang di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa : "Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan."

24 July 2009

Resepi UMNO-BN..



Chef UMNO...

Apa lagi yang tidak kena dengan kerajaan?

Nampaknya ada sahaja yang tidak kena dengan apa yang diputuskan oleh kerajaan ketika pengumuman untuk membentuk Suruhanjaya Diraja ekoran kematian Teoh Beng Hock 16 Julai lalu.

Walaupun Najib dengan steadynya telah mengumumkan di media tentang penubuhan suruhanjaya ini (setelah terdesak dengan kemahuan Pembangkang dan rakyat), namun ia masih lagi disifatkan sebagai petunjuk tentang selera parti pemerintah, Umno-BN terhadap keadilan. Segelintir pemimpin pakatan menyifatkan tindakan kerajaan UMNO-BN ini hanya mengikut selera dan resepi ciptaan UMNO-BN bukannya mengikut selera rakyat.

Kabinet, dalam keputusannya beberapa hari lepas bersetuju menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dan meneliti kematian Teoh, namun rupa-rupanya ia masih tidak disetujui mengenai matlamat penubuhan suruhanjaya ini yang dilihat bukan bertujuan menyiasat kes pembunuhan Teoh, erti kata lain, menyiasat siapa dalang berdasarkan bukti-bukti yang diperolehi.

Apa yang dikesali oleh pemimpin pakatan dan rakyat sendiri, adalah berhubung dengan tujuan penubuhan suruhanjaya ini yang hanya sibuk mewar-warkan tentang kaedah soal-siasat yang dilakukan. Jika dilihat kedua-dua tujuan penubuhan suruhanjaya ini adalah berbeza sama sekali – antara kehendak rakyat dan kehendak mereka yang berkepentingan, yang seolah-oleh cuba menyembunyikan kebenaran.

Kerajaan Umno-BN, pimpinan Najib Tun Razak kelihatan seolah-olah cuba mencabar intelektualan atau kebijaksanaan rakyat, ini kerana penubuhan suruhanjaya ini dilihat seperti mahu memberitahu, ”kami dah beri apa yang rakyat minta” atau ”kami dah buat apa yang rakyat hendak”. Seperti memberi sogokan kepada rakyat dengan menganggap rakyat tidak pandai dan tidak tahu berfikir.

Kematian Teoh merupakan suatu kematian yang mencurigakan, berdasarkan maklumat dan bukti awal. Atas sebab inilah rakyat memohon untuk ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja, yang dilihat mempunyai peluang dan diberi kepercayaan untuk menyiasat- setelah polis dan SPRM tidak dipercayai lagi.

Namun amat pelik apabila tiba-tiba mesyuarat kabinet keluar dengan resipi Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dihidangkan, kurang manis dan kurang masin, langsung bertentangan dengan selera rakyat yang sendiri mahukan sesuatu mengikut menu yang dikehendaki. Rupa-rupanya chef UMNO-BN ini telah menggunakan tangan sendiri lalu mencucinya agar rakyat tidak mengetahui.

Inilah suatu bentuk pengaburan. W’A


-----------------------------------------------------------------------


Berita lain:


Pelan laluan antara Pro-ISA dan anti-ISA. Pertembungan antara 2 gagasan ini diharapkan tidak menimbulkan kekecohan pada 1 Ogos nanti.


-Click to enlarge-