30 July 2009

Isu Wanita dan Islam


Kebebasan Hak MUTLAK atau kebebasan hak BERSYARAT??


Mengalih sedikit pandangan kearah satu isu penting tidak sehangat isu nasional dan antarabangsa yang berlaku pada hari ini. Iaitu berkaitan dengan wanita, terutamanya wanita Muslim. Acap kali terbaca di akhbar-akhbar dan internet berkaitan masalah wanita Muslim. Masalah yang hendak dibicara di sini bukan masalah yang datang daripada kaum Hawa itu sendiri, tetapi masalah yang timbul dari luar kelompok gender ini.


Pandangan terhadap wanita Muslim yang rata-rata menetap di hampir disetiap negara yang majoriti Islam dan minoriti Islam. Ianya berkaitan mengenai layanan terhadap kaum ini. Terkini dunia ’yang sengaja tidak mengemparkan’ tentang kematian wanita Mesir, Marwa al-Sherbini yang dibunuh di Jerman disebabkan sehelai kain hijab, selain beberapa kecaman terhadap wanita Muslim, antaranya Presiden Perancis, Sarkozy yang mengecam wanita Muslim di Perancis atas alasan yang sama. Hijab.


Jika ambil kedua-dua contoh isu ini, ia dianggap suatu tindakan yang sangat keras di atas nama penindasan terhadap wanita. Malah, ia diperhatikan suatu ketidakadilan yang berlaku terhadap kaum ini. Pemerhatian berkenaan isu ini bukan sahaja dilihat di mata para aktivis Islam yang melihatkan ini sebagai motif keagamaan. Isu ini juga diberikan perhatian oleh aktivis-aktivis hak asasi manusia di Barat yang majoritinya bukan Islam, non-Muslim.


Baik, jika kita mengambil situasi yang hampir sama, tetapi waqi’ setempat yang berbeza. Contohnya di Afganistan. Puak Taliban yang dipercayai menindas kaum wanita mereka. Puak ini menjadi sasaran Barat yang rata-rata menentang tindakan mereka yang melakukan penindasan. Atas nama hak asasi manusia, lebih tepat membela kaum wanita. Secara mudahnya, puak Taliban ini digelar ’pengganas’ atau ’villain’ terhadap wanita. Dengan memberi gambaran pada dunia melalui media.


Begitu juga kes di Darfur, Sudan, bagaimana berlakunya pelbagai jenayah tehadap wanita, seperti rogol yang dilakukan oleh pihak militia yang dikaitkan dengan sebuah kerajaan yang dikuasai oleh gerakan Islam. Atas nama kebebasan hak asasi manusia, kumpulan hak asasi manusia Barat berjaya menonjolkan keburukan dan pencabulan yang berlaku terhadap wanita.


Dua contoh situasi sama tetapi berbeza waqi’ setempat ini dapat kita simpulkan bahawa permasalahan yang melibatkan kaum wanita (terutama Muslim) adalah dibaca sebagai lebih kepada tindakan kaum wanita terbabit, contohnya pakaian seorang wanita, tetapi sesuatu yang terzahir itu juga tidak boleh dikesampingkan sekali dari dasar politik dan budaya setempat yang tidak progresif. Seperti dua situasi yang di sebut diatas.


Apabila isu wanita ini melibatkan masyarakat Islam, seperti pemerintahan di negara Islam. Seperti di Darfur. Pasti ia menjadi tajuk besar negara.’Penindasan terhadap wanita’. Ia dilihat lebih bermotifkan agama walaupun tidak secara terang. Ia dilihat seolah-olah berlakunya ketidakselarian agama terhadap hak wanita. Jika dilihat realiti pada hari ini, berlakunya kontradiksi antara agama dan kemanusiaan. Paling menyedihkan, yang menjadi mangsa adalah Islam-umat Islam. Kita boleh menilai dengan pandangan realiti masyarakat pada hari ini.


Malah bertambah malang, muslim itu sendiri yang bulat-bulat menerima apa sahaja pandangan dan kenyataan dari Barat, tidak selidik dari apa yang tersirat. Redha atas nama hak asasi manusia.


Kes yang berlaku terhadap Marwa yang telah dibunuh kurang mendapat liputan, terutamanya kepada aktivis-aktivis Islam. Media-media juga menjadi faktor utama yang memungkinkan kurangnya hebahan kes tersebut. Malah media juga sebagai penyalur maklumat kepada masyarakat, baik masyarakat kebanyakan atau mereka yang bertindak sebagi aktivis. Di dalam konteks Malaysia sendiri, isu ini sangat kecil berbanding isu ’besar’ yang lain. Rata-rata terfokus kepada isu antarabangsa yang tidak memberi kesan kepada sesiapa berbanding isu antarabangsa yang satu lagi ini - Antara Kematian Micheal Jackson dengan Kematian Marwa-tiada banyak perbezaan, kedua-duanya MATI. Tapi untuk yang HIDUP, apa kesannya??



Wanita di 'kaca-mata Islam' Lelaki


(Kononnya) Aktivis-aktivis hak asasi wanita Islam, Sistem In Islam juga dilihat diam berkenaan isu ini (dan isu-isu wanita lain). Bukankah Marwa di bunuh oleh lelaki?. Bukankah Sistem In Islam sangat cenderung memaparkan kes-kes buruk terhadap lelaki? Adakah atas alasan kes ini tidak berada di dalam vakuum Islam. (tidak seperti Poligami, faraid, nafkah zahir dan batin dll). Ya, kes pembunuhan Marwa ini berlaku di sebuah negara non-Muslim, bukan Islam. Jadi ia diluar bidang kuasa SIS. (patutlah ada kalimah Islam selepas Sister itu).


Isu kebebasan hak wanita ini sebenarnya telah dimonopoli oleh Barat. Masyarakat sendiri melihat bagaimana manipulasi dilaksanakan antara agama dengan hak kemanusiaan. Sedangkan mana-mana agama pun sangat menjaga nilai kemanusiaan manusia sejagat. Manipulasi Barat terhadap Islam itu sendiri bukan sesuatu yang baru. Islamophobia yang berlaku sejak dahulu memberi punca dan kesan pada hari ini. Tempiasnya juga terkena pada umat Islam.


Atas kapasiti seorang Muslim, perlu dijelaskan bahawa Islam sangat memartabatkan kaum wanita. Islam tidak membezakan secara total antara lelaki dan wanita. Yang menjadi asas kepada perbezaan gender didalam Islam itu adalah TAQWA. Seperti firman Allah dalam Surah Al-Hujurat:13.

Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari laki-laki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku-suku (berpuak-puak), agar kamu dapat berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia di atara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsa) disisi Aku adalah orang yang paling berTAQWA..”

Kata pujangga, ”wanita bukan separuh dari lelaki, mereka Cuma berbeda”. Perbedaan yang langsung tidak mengurangi kedudukan wanita dan sumbangannya pada masyarakat.


Kerana Islam mengajar kami, para lelaki supaya sayangkan wanita-wanita kami, anak perempuan kami, isteri-isteri kami, adik dan kakak kami, ibu-ibu kami serta setiap wanita dalam masyarakat kami. Wallahu’alam.

No comments: