13 July 2009

Dimana Keikhlasanmu?




Mungkin aku terlambat untuk memberitahu bahawa Muhyidin Yassin selaku wakil kerajaan BN yang telah berlaku salah dengan menabur janji-janji kosong yang berbaur ugutan (video ini menjadi bukti). Namun bagi aku ugutan2 ini tiada tempoh dan had masanya. Tiada istilah terlambat atau baru kerana sifat ini sememangnya menjadi darah daging atau sifat pemimpin-pemimpin mereka dulu kini dan selama-lamanya.

Jadi seharusnya kita semua maklum perkara ini, hakikat yang harus di telan, bahawa BN atau UMNO bukan mendahului rakyat (konon seperti slogan-Rakyat di dahulukan). Ya, kerajaan akan mendahulukan rakyat SEKIRANNYA rakyat mendahulukan kerajaan. Erti kata lain rakyat mengikut apa sahaja kehendak kerajaan (walaupun ia salah). -Jadi sempena pilihanraya Manek Urai ini rakyat harus memangkah BN-baru dapat Jambatan.

Sesungguhnya inilah janji-janji bercampur ugutan berempahkanKetakutan. Mengugut ini hanya untuk mereka yang Penakut. Takut pada Rakyat. Hendak takut pada Tuhan?, jauh sekali, tengok sahaja dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan pada rakyat.(tidak perlu untuk aku nyatakan sekarang). Hanya yang mampu di lakukan kerajaan BN adalah Bertaubat. Bukan taubat sempena pilihanraya,tapi taubat sebenar-benarnya. Wallahu'alam.

Sekali lagi rakyat terpaksa meragui keikhlasanmu...

No comments: