04 February 2010

Antara Orang Melayu dan Ekstrimis bangsa...

(gambar hiasan)


Trend pemikiran orang Melayu boleh dinilai bagaimana persepsi mereka terhadap orang bukan Melayu (terutama Cina dan India) di Malaysia. Memang tidak nafikan setiap individu atau kumpulan mempunyai perasaan kepada keturunan bangsanya, kerana ia suatu kebanggaan. Secara praktiknya ia merupakan sunnatullah atau ketetapan dari Allah yang boleh dikatakan bahawa kita berbangga dengan status rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik. Namun kita juga harus mengakui bahawa kita berasal dari satu rumpun yang sama iaitu dari Adam dan Hawa.


Walau demikian, jika kita meneliti bagaimana trend pemikiran masyarakat Melayu Malaysia dahulu dan kini yang kelihatan EKSTRIM terhadap keturunan atau kaum Melayu, ia menjadi suatu agenda perjuangan yang penuh dengan emosi dengan pelbagai luahan sentimen yang penuh dengan unsur retorika. Mereka menjadikan Melayu suatu yang bersifat inklusif terhadap kaum lain dimana perjuangan semua kaum perlu mengikut hak dan keistimewaan Melayu dalam perlembagaan.


Parti Melayu UMNO hari ini, telah menjuarai nilai EKSTRIM terhadap kaum-kaum lain di Malaysia. Beberapa slogan retorik dicanang bagi menunjukkan bahawa UMNO juga tidak mengkesampingkan kaum-kaum lain. Tetapi sejauh manakah penghayatan slogan perpaduan yang digagaskan pemimpin mereka di fahami sendiri oleh pemimpin mereka? Adakah penghayatan slogan 1 Malaysia yang berteraskan perpaduan kaum benar-benar meresap kedalam jiwa pemimpin UMNO dan BN, utau adakah ia berbaloi dengan kos perbelanjaan yang diperuntukan bagi menyedarkan masyarakat tentang 1 Malaysia ini? Atau ianya sekadar suatu formative atau kerangka yang kelihatan kukuh tetapi rapuh dari sudut subtantive atau isinya?


Merendah-rendahkan kaum-kaum lain dengan pelbagai sindiran dan kritikan itu suatu yang malang jika di amalkan di Malaysia. Lebih malang lagi jika ianya keluar dari pemimpin kerajaan yang sendiri dilihat begitu beriya-iya dengan gagasan perpaduan yang di anjurkan. Menggelar kaum lain sebagai pendatang adalah suatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku.(click). Seolah-olah ia menjadi ’Cinaphobia’ mahupun ’Indiaphobia’ terhadap Melayu. Persoalannya siapakah yang mempamerkan semua tanggapan negatif ini?


Apakah Islam layak dilihat secara umumnya oleh bukan Islam sebagai agama yang bermusuhan dalam suasana kemajmukan? Atau politik Melayu hari ini gagal membuktikan bahawa Islam itu relevan dalam masyarakat Malaysia yang majmuk? Atau ia masih mengganggap bahawa Melayu Islam = Islam Melayu???


PAS telah membuktikan dari sudut kesediaannya untuk bekerjasama dengan orang bukan Melayu dan bukan Islam (DAP dan PKR) atas dasar menegak keadilan dan menentang kezaliman. Kerana PAS semua parti yang menjadikan Islam sebagai asas, bahkan PAS bukan sekadar sebuah parti politik (siasah) malah sebuah gerakan Islam yang juga mengambil pendekatan Dakwah dan Tarbiyyah kepada masyarakat. Hakikatnya PAS berjaya menubuhkan Kelab Penyokong yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama dengan syarat mereka juga dapat menerima dasar perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.


Namun ada segelintir masyarakat terutamanya Melayu Islam yang melihat gabungan antara PAS dan DAP yang majoritnya Cina sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Melihat dengan pandangan jumud bahawa bagaimana Islam dilacurkan demi politik. Atau PAS sendiri lebih mengutamakan Melayu yang Islam dari DAP yang Cina atau PKR yang India. Malah ada yang malang menolak langsung politik dan demokrasi berpalimen di Malaysia. Apakah PAS laksanakan itu hanya mengikut ’selera tekak’ PAS sahaja sedangkan tiada langsung ulama’ muktabar luar seperti Dr Yusuf Al-Qardawi yang tidak pernah mengatakannya ’Haram’. Terdapat palbagai iktibar dari Sirah Nabi berkaitan tentang Tahaluf Siyasi yang mana saya sendiri telah ceritakan dan juga dalilnya dalam Al-Quran (sila lihat).


Manakala bagi golongan yang menolak demokrasi dan politik ini harus difahami kerangka politik yang sebenar dalam islam. Sistem politik Islam adalah sistem yang berteraskan kedaulatan rabbani (divine sovereignity) bukan kedaulatan rakyat (people’s sovereignity) seperti yang diamalkan didalam sistem politik demokrasi Barat. Berdasarkan teori sains politik, elemen yang memberikan rupa bentuk kepada sistem politik sesebuah negara adalah Perlembagaan sesebuah negara itu sendiri. Jadi dalam sistem politik Islam mudahnya adalah dengan mengambil syariat Allah sebagai perlembagaannya. Al-Quran dan As-Sunnah selain Ijma’dan Qiyas.


Mengikut pengajian sains politik, isu-isu yang wujud dalam masyarakat merupakan elemen terpenting bg sesebuah sistem politik. Isu akan timbul apabila wujudnya masalah dalam masyarakat sehingga ia membawa kepada pelbagai percanggahan anatara dasar yang digubal dengan matlamat yang ingin dicapai. Maka sistem politik ini akan menerima segala isu-isu yang berlaku dengan output yang menjadikan dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan yang memerintah. Sebagi contoh, Peristiwa 13 Mei, maka outputnya adalah dengan terciptanya dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam hal ini, andai sistem politik islam sebagai pendekatan, maka dasar yang digubal bagi menyelesaikan pelbagai masalah masyarakat tidak akan berhasil selagi kerangka rujukannya bukan dari ajaran Islam. Perspektif inilah yang digunakan PAS bagi mendapatkan kuasa politik dalam usaha mendepani pelbagai isu-isu rakyat yang di zalimi kerajaan pemerintah sekarang.


Sabda Rasulullah s.a.w, ”sebaik-baik jihad adalah berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim”. Dan sabda baginda lagi (mafhum) ” Barangsiapa melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan tangan (kuasa), tidak mampu, cegah dengan lisan, jika tidak mampu juga dengan hati, itulah selemah Iman”. Maka ia soal kuasa, power..jika Malaysia ini berupaya untuk mengangkat senjata, nescaya sudah lama ia dilaksanakan. Memahami perlaksanaan kaedah Amar ma’aruf Nahi mungkar dengan tahap-tahapnya sepaya tidak dilihat tergopoh gapah lalu tidak mencapai maksud Rahmah dan bimbingan yang merupakan nilai utama.


Promosi Islam dalam pendekatan politik haruslah diyakini bahawa ia berbentuk ”basshiru wa la tunaffiru, yassiru wa la tu’assiru”, iaitu membawakan kehampiran bukan menjauhkan, permudahkan jangan menyusahkan.


Wallahualam

No comments: