gambar hiasan: tiada kaitan dengan Zambry
Krisis politik yang berlaku di Perak sebelum ini sehinggalah ke hari ini telah memberi impak besar kepada masyarakat malaysia sehingga membawa kesan buruk kepada proses pembubaran dan perlantikan jawatan dan dun di Perak, segalanya menjadi cacamerba akibat budaya samseng dan tidak bertamadun menular kepada sesetengah politikus dan mereka yang menjadi pencatur kepadanya. Sebagai kronologi bagaimana tindakan samseng berkolar putih telah memperlakukan demi merompak sebuah negeri yang sebelum ini aman dengan mendapat mandat memerintah oleh rakyat secara adil. Inilah amalan politik BN-UMNO yang tidak bertamadun setelah merampas Perak...masihkah kita ingat..
1) UMNO-BN Menculik, mengugut dan menyeksa secara mental ADUN yang terlibat agar meninggalkan Pakatan dalam usaha menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.
2) UMNO-BN mengamalkan budaya rasuah dengan 'membeli' 3 ADUN Pakatan sebagai ganjaran mereka meninggalkan parti yang diwakili secara rasmi melalui PRU.
3) Politik dendam kesumat UMNO-BN dan rasa benci sehingga sanggup melakukan apa sahaja walaupun dengan cara yang kotor. Bagi mereka matlamat mereka menghalalkan cara.
4) Amalan Bacul pemimpin BN-UMNO yang berselindung di sebalik istana, polis dan media bagi menutup pekung mereka sehingga implikasinya membuatkan rakyat hilang kepercayaan kepada institusi terbabit yang sepatutnya berperanan melindungi kepentingan awam, bukan kependtinga UMNO-BN.
5) Amalan politik perkauman yang sempit oleh UMNO sehingga banyak mencetuskan ketegangan kaum melalui fitnah, penipuan dan hari ini demonstarasi menunjuk perasaan seolah-olah menggambarkan Pakatan Rakyat anti-Raja dan anti-Melayu.
6) Media menjadi alat UMNO-BN menyebar fitnah, pembohongan dan penipuan selain mempromosi besar-besaran 'kebaikan' dan 'mulia'nya UMNO-BN seolah-olah merekalah juara pembuat kebaikan terhadap rakyat. 'Make-up' mereka terlaku tebal sehingga menyembunyikan 'kehodohan' mereka oleh media. Apa yang penting kehendak dan agenda UMNO-BN di penuhi sehingga hilang kredibiliti media yang sepatutnya profesional dalam menyebar berita.
Maka, sepatutnya krisis di Perak ini harus dicari titik noktahnya. Keadilan harus dikembalikan pada landasan yang sahih. Landasan itu pula hendaklah dikembalikan dengan mendapatkan mandat rakyat untuk menentukan pemimpin dan perti manakah yang layak memerintah Perak. Iaitu dengan pembubaran DUN.
Perbanyakkan berdoa semoga tarikh 9hb menjadi tarikh berakhirnya krisis Perak dengan terlantiknya MB Perak yang sebenar, agar pembubaran DUN dapat berlaku.
Barulah 'gentle-man'. Wallahualam.
p/s: MB Mamak..MB Mahkamah..atau MB Haram..mana lebih sopan buat Zambry..?
No comments:
Post a Comment