13 February 2010

Sebijak-bijak kita, bijak lagi BN-UMNO


Dakwah kepada anak muda..takkan BN yang nak buat..



Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) jangan terbawa-bawa dengan apa jua perkembangan yang berlaku dalam pakatan pembangkang sebaliknya perlu menonjolkan parti itu mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.


Kita tidak boleh mengawal apa yang berlaku dalam parti pembangkang tetapi kita boleh mengawal diri kita


SinarHarian


Komentar:


Seharusnya itulah sepatutnya yang Pakatan Rakyat berperanan. Akhir-akhir ini Pakatan sering menjadi sasaran BN-UMNO dengan pelbagai serangan luar ke dalam. BN-UMNO kelihatan berjaya memporak-perandakan rumah tangga Pakatan dengan pelbagai isu yang datang sendiri dari dalam parti Pakatan. Lihat bagaimana taktik BN-UMNO menyerang kerajaan Pakatan Pulau Pinang dengan menjadikan individu atau pimpinan Pakatan sebagai objek untuk memecah belahkan Pakatan. Begitu juga kerajaan Selangor. Biarlah itu memang kerja mereka, yang kita? Pakatan rakyat?


Hairan, apabila UMNO-BN mengerakkan jentera sulit mereka untuk memecahbelahkan Pakatan, dalam masa sama pimpinan dan ahli Pakatan sendiri terus termakan dan terus hanyut dengan suntikan provokasi tersebut, tak sudah-sudah sehingga membantutkan gerak kerja yang sepatutnya dimainkan Pakatan. Terutamanya buat kerajaan Pakatan yang telah di beri mandat mentadbir negeri. Aktiviti kebajikan rakyat dan pelbagai program turun padang menjadi terbantut dek kerana terlalu fokus dengan masalah dalaman yang sepatutnya cepat di putuskan keputusannya, bukannya tunggu dan lihat sehingga menjadi barah. Peliknya ada pula ahli sendiri yang ter’over’.


Dalam masa yang sama, BN-UMNO terus melaksanakan peranannya sebagai kerajaan (atau pembangkang) dengan mengadakan pelbagai program dan aktiviti Juara Rakyat sedangkan Pakatan?..sesungguhnya masih ramai lagi rakyat yang masih menunggu hak mereka dibela, masih ramai lagi menunggu keuntungan yang akan mereka peroleh dari jaminan pihak yang sepatutnya. Malah masih ramai lagi yang ’buta’ dengan situasi yang berlaku di Malaysia. Mana pemimpin dan ahli yang hebat berteriak memperjuangkan keadilan? Mana pemimpin dan ahli yang sering menabur janji andai mereka di beri mandat memerintah? Mana pemimpin dan ahli yang datang untuk menerangkan segala kepincangan dan isu yang melanda negara kepada rakyat? Program rakyat? turun padang? daftar pemilih? Penerangan? Dakwah? Masing-masing terlalu sibuk melayan masalah dalaman yang melanda.


Benar apa yang dikatakan Najib ” Kita tidak boleh mengawal apa yang berlaku dalam parti pembangkang tetapi kita boleh mengawal diri kita”..


Wallahu’alam

No comments: