16 February 2010

Nampak hebat tapi hampeh!


gambar hiasan


Pelik memikirkan kecelaruan politik yang berlaku hari ini. Melihatkan beberapa pihak yang terlalu asyik mempergunakan isu agama demi kepentingan politik padahal tidak pula mengambil politik itu sebahagian dalam urusan agama. Mereka menjadikan Agama itu harus mengikut selera politik padahal politik itu sepatutnya mengikut telunjuk agama.


Isu berkenaan perarakan maulidur rasul yang dibatalkan itu menjadi tanda bahawa segelintir parti politik yang kononnya dilihat hebat memperjuangkan agama sedangkan apabila dicadangkan untuk laksanakan beberapa hukum Islam, di tolak mentah-mentah dengan pelbagai alasan. Masyarakat harus bijak menilai antara pejuang sejati agama dengan pemuka-pemuka yang tidak ikhlas dalam memperjuangkan agama. Begitu juga sebelum ini isu kalimah Allah yang terpaksa mengikut acuan politik jumud beberapa parti politik dan NGO-NGO


Hairan kenapa tiba-tiba isu-isu ini menjadi bualan pemimpin-pemimpin parti. Mengapa tidak menggunakan solution agama dalam menangani isu ini? Sedangkan Allah telah berfirman,


"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taati Rasul-Nya dan Ulil Amri diantara kamu, kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur`an) dan Rasul (sunnahnya) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhir, yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (An-Nisa: 59)



Soalnya sekarang adakah mereka-mereka yang sibuk dengan isu-isu tersebut benar-benar menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai solution atau guide-line??


Jujur saya katakan pemimpin-pemimpin kerajaan sangat lemah. Lemah dalam membentuk rakyat yang benar-benar berpegang kepada dua perlembagaan ini akibat terlalu sibuk mencari penyelesaian dari perlembagaan buatan manusia yang banyak cacat celanya.


Apabila masyarakat hanyut dengan pelbagai sogokan hiburan yang melalaikan, ditambah dengan kurangnya pembangunan rohaniah, maka tidak hairanlah gejala maksiat semakin menjadi-jadi. Kut mana pun, ia datang dari pemimpin yang memimpin masyarakat.


Tidak dinafikan memang masalah moral seperti zina, buang anak, arak, hiburan melampau datangnya dari kelompok yang dinamakan masyarakat, tetapi jika di lihat dimana-manapun struktur hirarki dunia sekalipun, ia masih lagi di bawah penguasaan pemimpin iaitu kepala yang menjadi pencatur, kerana ia soal KUASA yang ada padanya. KUASA yang anak buah di bawah mereka wajib ikut.


Namun, akhir-akhir ini masing-masing mahu jadi juara, sebelum ini juara rakyat, la ni juara agama pula, walaupun secara tidak terang, mungkin segan. Tetapi sebenarnya itulah hakikatnya agenda mereka. Kadang-kadang simpati juga lihat mereka, bersusah payah ke sana-kemari menjelaskan kepada rakyat - Mengapa di batalkan perarakan maulidur rasul? mengapa benarkan orang bukan Islam guna kalimah Allah? mengapa buat kuil? mengapa Nizar memegang lilin? mengapa Nik Aziz mencarut Jahamam? mengapa juga Nik Aziz doa yang bukan-bukan? mengapa? dan mengapa?


Sah! Melayu mudah lupa...


Inilah golongan yang menjaja agama demi kepentingan politik. Kenapa tidak pula di bangkitkan masalah murtad, keruntuhan aqidah masyarakat, isu IFC, Lina Joy, Natrah, Black Metal, JIT, isu pemimpin negara sendiri yang menjalankan adat istiadat ATM di tugu negara, Najib sendiri yang memegang lilin di upacara ritual agama India dan banyak lagi. Ini baru hal-hal yang berkaitan dengan Aqidah. Belum masuk isu-isu yang menyalahi Ibadah dan akhlak pemimpin-pemimpin negara. Mana nak letak masalah rasuah dan penyelewengan harta rakyat? Mana nak letak isu kezaliman terhadap oarang yang di tindas? mangsa I.S.A, Teo Beng Hock, Kugan, Al-Tantuya dan lain-lain..


Wallahualam.


p/s: salam maulidur rasul s.a.w..ikuti sunnah sambil rasa cinta (mahabbah) kepada baginda..rasa cinta (mahabbah) itu mesti hadir dengan sunnah (ikutan) bukan cinta tetapi tidak ikut sunnah..maka jadilah seperti Abu Talib atau Abu Lahab..


"tidak sempurna iman seseorang sehingga aku menjadi orang yang dikasihi melebihi kasihnya kepada ibu-bapa mereka, anak-anak dan manusia keseluruhannya"..Hadis

No comments: