14 February 2010

Pemimpin rakyat dan rakyat tolong RESPON isu ini?

Minta pemimpin rakyat samada pemimpin kerajaan mahupun pembangkang RESPON tentang isu ini..!!

Penghinaan Akhbar The Dagbladet terhadap Rasulullah s.a.w


Saya cadangkan beberapa tindakan yang boleh di lakukan oleh kita (termasuk pemimpin rakyat)..

1) Rasa 'TERPANGGIL' dan 'TERUSIK' dengan isu ini.

2) Perbanyakkan mengumpul maklumat tentang isu ini. Bagi memahami punca dan sebab ia berlaku.

3) Tindakan -:

i) Hantar memorandum kepada kedutaan Norway atau terus kepada kerajaan Norway dengan kapasiti umat Islam yang cakna dan berpendirian (bukan atas kapasiti bangsa)

ii) Perbanyakkan PENJELASAN bukan PEMBERITAHUAN semata-mata. Memaksimumkan pelbagai medium saluran yang ada bagi menjelaskannya.

iii) Jika perlu, adakan HIMPUNAN AMAN (jangan kata ia cara Pembangkang, yang bukan Pembangkang pun dah buat akhir-akhir ini). Himpunan atas dasar KEFAHAMAN bukan EMOSI. Bagi memberitahu dunia bahawa umat Islam masih kuat dan sensitiviti terhadap agama mereka.(mereka telah lama anggap umat Islam telah lemah)

iv) Perbanyakkan berdoa kepada Allah sambil bermuhasabah diri. Segala yang berlaku disebabkan kelemahan umat Islam itu sendiri.


Wallahualam


p/s: lama mana lagikah penyakit 'Al-Wahan' akan berjangkit..rupanya ramai yang tidak melakukan pencegahan..padahal 'topeng' Iman telah di sediakan..


No comments: