11 February 2010

Penulis blog lucah aibkan Tok Guru Nik Aziz, Anwar ditahan

Penulis blog yang memaparkan foto yang diubahsuai yang menunjukkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan yang mengaibkan, telah ditahan semalam.

Sumber polis Kelantan mengesahkan kepada dia ditahan selepas menyerah diri di ibu pejabat polis kontinjen Johor Bahru.

Menurutnya, penulis blog lelaki berumur sekitar 40-an itu ditahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pihak polis akan menjalankan siasatan di sana terlebih dahulu,” kata sumber sambil menambah bahawa penulis blog itu masih ditahan di Johor Bahru.

Ahad lalu, Setiausaha Keselamatan PAS Kelantan Mejar (B) Mohamad Ibrahim membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu terhadap tindakan blogger tersebut.

Mohamad dilaporkan berpendapat tindakan penulis blog itu adalah bersifat provokatif dan bertentangan dengan undang-undang


Komentar:


Saya ucapkan 'Tahniah" kepada beliau. Jangan anggap kebebasan menulis di blog adalah kebebasan mutlak individu. Rasionallah dalam menulis di blog. Gunakanlah akal yang di beri Tuhan tu sebaik-baiknya. Negara ini ada undang-undang. Kalau mahukan kebebasan sepenuhnya tinggallah di dalam hutan tu.. jadi seperti haiwan yang membuat sesuatu dengan nafsu semata-mata..W'A


Lepas ni siapa lagi 'mangsa'...

No comments: