26 December 2009

Antara Ceramah Ma'al Hijrah dan Ali Rustam


Malam tadi berlangsungnya sebuah ceramah perdana Maal Hijrah di sebuah masjid di Melaka. Ceramah telah di sampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Azamir dari Negeri Sembilan yang juga merupakan Timbalan Mufti N9. Ceramah yang dianjurkan oleh Biro Hal Ehwal Islam Parlimen Bukit Katil dengan kerjasama pegawai dan AJK syarak masjid. Alhamdulillah, sambutan ceramah tersebut begitu menggalakkan dengan ribuan jemaah (termasuk yang tidak datang).

Antara intipati utama dalam pengisian ceramah tersebut adalah dalam suasana umat Islam mengenang peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w, kita juga harus tidak lupa melakukan penghijrahan pada diri kita sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, "tiada lagi hijrah selepas hijrah ke Madinah selain hijrah Jihad dan Niat". Penghijrahan dari buruk kepada baik..dari hitam kepada putih, dari biru kepada hijau (ni aku tambah sendiri..;p)

Maka atas dasar itu ada tiga langkah yang harus dilakukan andaikata seseorang itu benar-benar mahu berhijrah atau berubah.

1) Niat - sepertimana sabda Nabi s.a.w yang berbunyi (mafhum), "setiap amal itu bermula dengan niat, barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan rasul, maka hijrahnya itu adalah kerana Allah dan Rasul, barangsiapa hijrahnya itu kerana dunia yang dicintai atau wanita yang ingin dinikahi, maka dia akan dapat apa yang dia ingini."

Maka oleh sebab itu, permulaan bagi seseorang yang ingin berubah perlulah memasang niat dalam hati agar perubahannya itu benar-benar kerana Allah dan Rasul. Bukan sebab lain.

2) Muhasabah - erti kata lain, menginsafi dan bertaubat atas segala ketelanjuran yang telah dilakukan. Ini kerana, antara punca utama yang menghalang seseorang itu untuk berubah adalah dosa atau maksiat yang masih berbuku di hati. Justeru, penyucian hati itu harus dilakukan sebelum berubah. Jangan risau, kerana sifat Pengampun Allah itu lebih besar dari Dosa-dosa yang kita lakukan.

3) Amal - bahasa lain, melaksanakan sesuatu kearah perubahan tersebut seperti menyelesaikan segala 'hutang' ibadah fardu yang tertinggal disamping beramal dalam memperbaiki hubungan kita kepada mahkluk. Nak lebih cantik lagi, tambah dengan amalan sunat. Kerana amalan sunat itu bukti cinta kita kepada Allah. Tetapi yang penting setelkan dulu yang fardu kemudian baru yang sunat.

Itulah antara intipati ringkas yang dapat saya muatkan. Yang penting action speaks louder than words. (untuk diri saya sekali). Wallahu'alam

p/s:

Rupa-rupanya majlis ceramah perdana tersebut juga di hadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali rustam di hujung majlis. Sempatlah juga saya mendengar 'ceramah' beliau pula. Yang mungkin saya boleh kongsikan intipati atau 'ibrah ceramah' beliau itu tidak lain tidak bukan tentang kehebatan negeri melaka yang membanggakan beliau. Melopong mulut pakcik didepan saya apabila mendengar 'ceramah' tersebut.

Rakyat Melaka harus bersyukur dengan kamajuan yang dicapai di melaka. Rakyat melaka harus menjaga hubungan antara kaum supaya tidak berlaku kacau bilau dan kekalutan yang mungkin menjejaskan keharmonian negeri. Kata Ali Rustam lagi, melaka jangan disamakan dengan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang majoritinya 95% orang melayu Islam. Kut mana pun masalah yang berlaku di negeri-negeri tersebut, akan kembali kepada orang melayu Islam. Tiada masalah. Tetapi melaka lain, peratus Melayu, Cina dan India tidak ketara. Katanya, kita (rakyat Melaka) harus menjaga status negeri aman yang menjadi punca Islam tiba dan bermulanya tamadun Melayu di melaka.

Dan banyak lagi..saya pun hanya ingat beberapa point sahaja. Cuma satu maklumat yang boleh dibangga rakyat Melaka adalah, Negeri Melaka telah menjadi tempat ke-4 popular di dunia, yang menjadi tumpuan pelancong datang melawat. Bolehlah di banggakan kot..sekian.

Hijrah itu menuntut suatu Pembaharuan (Tajdid) bukan hanya sekadar Perubahan.

No comments: