25 December 2009

UMNO masih Relevan?


Tun Mahathir semalam dalam satu wawancara di salah satu stesen televisyen tempatan telah menegaskan bahawa parti UMNO yang membawa agenda perkauman BUKAN tidak lagi relevan sekarang (seperti yang dikatakan pembangkang) tetapi apa yang membuatkan UMNO dilihat semakin dingin di hati rakyat adalah disebabkan pemimpin parti itu sendiri. Ia berpunca daripada masalah disiplin yang kerap berlaku serta ketidakcekapan dan konsistennya pemimpin parti membawa agenda parti ke arah pembelaan kaum, terutamanya kepada kaum Melayu.

Saya bersetuju dengan gesaan tersebut. Jika direnung kembali sejarah lalu. Parti Melayu UMNO dahulu memang sangat pekat dan kuat pegangan kemelayuannya. Melalui UMNO juga orang Melayu dahulu bersatu menentang Melayan Union sehingga tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia hari ini. Melalui UMNO juga Melayu dahulu bersatu menentang penjajah British, Jepun, Komunis dll yang menyaksikan beribu-ribu nyawa orang Melayu melayang. Dan melalui UMNO jugalah Melayu bersatu atas nama 'Ketuanan Melayu' di Melaya dalam pemberian hak istimewa yang sehingga hari ini dirasai. Justeru UMNO sangat relevan.

Itu cerita dahulu..zaman kilauan UMNO. Tetapi dewasa ini, keris tidak lagi berkilau malah telah berkarat, fasa dan zaman tersebut telah pudar. Zaman songsang UMNO kembali semula ke zaman JAHILIYYAH yang membawa kepada beribu-ribu punca maksiat dan dosa. Hingga telah busuk sampai ke usus.

Atas sebab itulah, UMNO dilihat tidak lagi relevan kini. Bukan tidak relevan dengan semangat Melayu atau perkauman yang dibawa, walau hakikatnya harus juga ada suatu pertubuhan kaum yang menjadi perantara dan wasilah kepada hubungan antara kaum-kaum di Malaysia. Tetapi pokok masalahnya adalah disebabkan hilangnya keseriusan, semangat dan keikhlasan yang sepatutnya di adunkan dalam jiwa pemimpin yang membawa parti. Tambah lagi pula apabila kurangnya integriti moral dan akhlak yang menjadi imej pakaian terhadap pemimpin parti seterusnya kepada parti tersebut.

Buktinya telah banyak didedahkan, baik dari pihak pembangkang mahupun dari pihak UMNO sendiri. Masalahnya akan timbul apabila UMNO menjadi parti pemerintah yang menjadi parti yang menerajui negara. Jika UMNO itu hanya sekadar sebuah parti yang tidak bertanding (atau bertanding tetapi tidak menang) sudah tentu tiada orang yang akan menyusahkan diri memikirkan nasib UMNO. Oleh sebab itu, demi menjaga dan menyelamatkan nasib rakyat dan negara Malaysia sendiri, wujudnya beberapa parti yang menjadi penasihat atau bahasa mudahnya PENEGUR atas setiap tindakan parti yang memerintah andai berlaku silap.

Maka pelbagai solusi bagi UMNO telah dicadangkan oleh pembangkang dan dari ahli atau pemimpin UMNo (yang sedar) akan situasi yang berlaku pada UMNO. Samada mengubah sikap pemimpin yang korups atau menukar dasar parti (jika dirasakan tidak sesuai bagi konteks sekarang) atau bertukar sahaja kepada parti lain yang layak memerintah negara.

Tetapi setakat ini UMNO dan pemimpin-pemimpin mereka hanya akan tunggu dan memilih saat RAKYAT menghukum mereka. Penyakit...penyakit..

p/s: rupanya penyakit TIDAK SEDAR DIRI ini dapat berjangkit kepada KAWAN-KAWAN yang lain.. yang SEPET, yang GELAP, dan yang BERSONGKOK pun boleh kena..macam-macam..

No comments: