Berita Berkaitan: Penganalisis Politik : Tiba Masa Nik Aziz Berundur, Beri Laluan Pemimpin Muda
Saya melihatkan doa TGNA itu bukanlah suatu tindakan TERDESAK yang dikatakan UMNO, tetapi merupakan tindakan TERAKHIR buat pemimpin yang zalim. Tindakan TERDESAK sebenarnya datang dari pemimpin dan penyokong UMNO itu sendiri yang mahu TGNA meletak jawatan. Tidakkah isu paksaan untuk TGNA meletakkan jawatan merupakan cerita bersiri yang telah lapok. Dari dahulu lagi, sudah berkumandang suara-suara sumbang meminta TGNA meletak jawatan yang sehingga hari ini masih tidak berjaya.
Satu demi satu tomahan dan fitnah di lemparkan terhadap TGNA. Dilayan seakan-akan seorang pesalah yang menjadi penghasut utama kepada negara. Padahal beliau bukanlah seorang yang glamour atau popular seperti Siti Nurhaliza atau Faizal Tahir, atau pemerintah-pemerintah kerajaan yang berumah dan berkereta besar seperti Khir Toyo atau Barack Obama. Beliau hanya seorang menteri besar yang menguasai sebuah kerajaan negeri, muka beliau pun sangat-sangat jarang keluar di dada akhbar, apatah lagi di kaca TV jika hendak di bandingkan dengan Najib sendiri sebagai Perdana Menteri Malaysia..hari-hari keluar.
Pelik, kenapa UMNO begitu takut dengan TGNA ini. Kenapa mahu sangat beliau meletakkan jawatan, adakah sekadar hanya sebab doa atau mungkin beberapa sebab lain? Ini bezanya orang yang memimpin dengan jawatan dengan orang yang memimpin dengan pengaruh. Orang yang memimpin dengan jawatan, manusia hanya hormat pada jawatan, lepas jawatan seseorang itu, maka hilanglah rasa hormat mereka padanya (contoh, Pak Lah). Jika orang yang memerintah dengan pengaruh, tidak semestinya ada jawatan atau tiada jawatan, orang tetap akan hormat dan menyanjunginya. Kerana soal kepimpinan itu bukan semata-mata soal jawatan (jawatan rasmi).
Samalah kisahnya dengan TGNA. TGNA sendiri tidak mengharapkan jawatan, pemimpin spiritual seperti beliau memandang jawatan itu hanyalah wadah atau wasilah untuk menjadi pemimpin. Seperti mana Saidina Umar dan beberapa sahabat nabi yang lain yang pernah menolak beberapa kali jawatan sebagai pemimpin masyarakat atau panglima perang. Bukan sebab tidak layak tetapi sebab TAKUT. Takut dikhianati atau di mungkiri amanah itu.
Jadi, kenapa TGNA tidak melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar atau sebagai Musyidul Am PAS?. Mudah sahaja, sebab rakyat Kelantan dan ahli PAS sendiri tidak mahu beliau meletak jawatan. Kerana jawatan atau port-folio beliau adalah sebagai seorang Menteri besar dan musyidul am, yang merangkumi ruang lingkup rakyat Kelantan dan ahli PAS, bukan seperti perdana menteri yang lebih luas. Oleh demikian, mengikut sistem syura dan demokrasi, hanya sanya yang layak untuk seseorang melepaskan jawatan adalah dengan suara jumhur/suara majoriti ahli PAS (termasuk pemimpin trtinggi) atau rakyat Kelantan sendiri. Melainkan beliau sendiri rela meletak jawatan atau dipecat oleh kuasa yang lebih tinggi.
Tetapi peliknya lagi, bukan ahli PAS yang minta, tetapi pemimpin dan penyokong UMNO dan sibuk-sibuk mahu beliau meletak jawatan. Kenapa tak minta pemimpin UMNO yang melakukan rasuah, pecah amanah, seleweng harta rakyat, yang melakukan jenayah, yang PEMALAS dan lain-lain untuk meletak jawatan.??Kalau mereka beranggapan Doa TGNA itu tidak sepatutnya dilakukan ataupun kononnya ia tindakan kontroversi. Pemimpin UMNO yang rasuah, pecah amanah, seleweng harta rakyat, jenayah dan PEMALAS tu perkara adalah yang SEPATUTNYA kah? Ataupun jika beranggapan Doa TGNA itu umpama mendoakan orang lain ditimpa Laknat, tidakkah perbuatan jahat pemimpin UMNO sebelum ini tidak undang Laknat Allah??..sudahlah..
UMNO memang tiada kuasa..kalau UMNO beranggapan dia berkuasa untuk melakukan sesuatu maka sudah pasti Malaysia akan di perintah sepenuhnya oleh UMNO. Tetapi hakikatnya UMNO terpaksa akur dan patuh pada perlembagaan dan undang-undang yang mereka gubal sendiri dahulu. Pemimpin mereka yang rasuah, badan disiplin mereka yang dedahkan. UMNO juga lemah, jika dia beranggapan dia kuat sudah tentu 5 negeri tidak jatuh kepada Pakatan. Sudah pasti UMNO menang di 7 PRK sebelum ini. Dan sudah pasti Dr.Mahathir sendiri tidak berasa hilang keyakinan terhadap UMNO sekarang..busuk pula.
Yang berkuasa adalah Allah. Bukan UMNO, yang cuba mengusik Aqidah rakyat dengan setiap sogokan dan projek dengan mengatakan hanya Kerajaan BN-UMNO sahaja yang boleh lakukan. Kita kembalikan soal keyakinan kita pada Tuhan yang Maha Pencipta. Sepertimana TGNA lakukan. Hakikat berdoa itulah suatu pergantungan kepda Allah. Walaupun pelbagai mehnah, ujian, tomahan, dan fitnah yang dilemparkan, TGNA hanya menyerahkan segalanya pada Allah. Kerana Dia Maha Kaya. Membalas kembali setiap perbuatan buruk manusia terhadap orang yang teraniaya.
Kerana doa orang teraniaya sangat MAKBUL.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment