09 December 2009

Konvensyen Pakatan Rakyat..konvensyen parti komponen BN???





Jika dahulu parti-parti selain parti pemerintah (BN) di kenali sebagai parti atau barisan alternatif, namun ungkapan ini pada hari ini seharusnya tidak lagi diungkapkan kembali oleh parti BN mahupun dari bukan parti BN. Kerana ungkapan ini hanya sekadar membayangkan suasana politik sempit khususnya pada parti pemerintah BN. Kita tidak boleh selama-lamanya menamakan diri parti alternatif kerana suatu hari nanti kita akan memerintah.

Realitinya telah pun berlaku hari ini, hari ini Parti Alternatif telah bertukar kepada Pakatan Rakyat. Walaupun masih berusaha untuk memerintah Malaysia, namun Pakatan telah pun berjaya memerintah beberapa buah negeri.

Berbeza dengan BN, jika dahulu sebut sahaja kerajaan, orang akan tahu ia parti BN. Maka tak hairan ia merupakan suatu proses doktrinisasi kepada rakyat yang melihat kerajaan itu adalah BN, padahal kerajaan itu tidak kira parti mana yang memerintah itulah kerajaan. Hatta andai Ayah Pin sendiri pun berparti,bertanding dan menang, sudah tentu dia sendiri akan menjadi kerajaan..kerajaan Ayah Pin yang memerintah Malaysia.

Lupakan Ayah Pin, kerajaan langitnya telah pun berkubur (atau tidak dapat dikesan), fokus utama kita adalah kerajaan realiti yang masih ada hari ini. Kerajaan Malaysia yang di perintah oleh parti lapuk dan busuk..BN. Jangan kita salahkan engin kereta, sedangkan pemandunya yang tidak pandai memandu. Begitulah ibaratnya Malaysia ini, ibarat kereta lama yang masih bertahan, silih berganti bertukar pemandu, tetapi semakin hari semakin banyak ragamnya.

PAS dalam Pakatan rakyat bukan lah sebuah parti perkauman dari segi ideologinya seperti UMNO dalam parti komponen BN. Politik multiracialnya yang di amalkan PAS telah membuka suatu pendekatan bahwa parti Islam seperti PAS tidak terlalu jumud. Proses penjelmaan politik dalam PAS antara lainnya adalah untuk memisahkan tembok ideologi antara PAS (selaku pengundi Melayu) dan pengundi bukan MElayu. Selain itu juga ia juga sebagai pertautan (engagement) dalam beberapa isu yang melibatkan anatara kaum seperti bahasa, hak beribadat, kebajikan sesama kaum dan lain-lain.(contoh seperti ISA, PROTES, Bersih dll)

Perkara penting bagi PAS dalam penglibatannya dalam Pakatan rakyat juga adalah dari sudut penjelasan. Iaitu penjelasan berkenaan dasar perjuangan. PAS dengan Islam sebagai dasar perjuangan perlu di maklumkan kepada rakan-rakan dari PKR dan DAP. Selain itu ia juga sebagai cara bagi meyakinkan kepada rakan bukan Melayu tentang keluasan perjuangan dan bagaimana tindakan yang perlu dan tidak oleh PAS terutamanya apabila melibatkan isu-isu sensitif yang melibatkan kaum atau agama.(contoh HINDRAF, perobohan Kuil atau isu Kepala Lembu dll).

Justeru itu, penglibatan PAS dalam Pakatan merangkumi pelbagai agenda dan kepentingan yang positif yang bukan sahaja terhadap Pakatan itu sendiri tetapi juga pada negara. Maka seharusnya politik baru Malaysia hari ini telah memberi ruang yang luas kepada parti-parti dalam Pakatan terutamanya PAS bagi memahami rakyat Malaysia tentang sebuah perayaan demokrasi yang sepatutnya di amalkan di Malaysia..ianya bebas dari segala kejumudan dan korupsi seperti yang diamalkan para pemuka BN yang memerintah selama ini.

Saya terfikir, sedang ketika Pakatan Rakyat dalam keghairahan memperkukuhkan gabungan antara parti, dalam masa yang sama juga BN dan parti-parti komponennya masih dalam keadaan mencari jalan keluar akibat kemelut politik yang berlaku di dalam parti masing-masing...UMNO, MCA, MIC, PPP, Makkal Sakhti dll..


Wallahualam..

No comments: