05 January 2010

Bangkit dengan Isu atau kefahaman?

umat Malaysia...


Kemungkinan Kerajaan Malaysia pimpinan Najib Tun Razak akan menangani isu kalimah Allah ini dengan kaedah atau formula 1 Malaysia. Dengan 'Berkat' gagasan 1 Malaysia Najib, isu ini mampu di tangani kerana isu ini jika tidak ditangani, ia akan mencemarkan perpaduan kaum dan agama di Malaysia. Maka yakinlah..kerajaan 1 Malaysia mampu menanganinya. ~ ini pandangan saya sahaja

Saya setuju sehingga membuatkan saya berfikir dengan pandangan seorang sahabat, agak-agaknya berapa tinggi usaha kerajaan untuk menerangkan kepada rakyat bahawa Allah itu satu berbanding dengan usaha untuk menerangkan kepada rakyat bahawa Malaysia itu satu. Saya menunding jari kepada kerajaan bukanlah bermakna tanggunjawab itu 100% di bahu kerajaan, semua orang harus dipertanggungjawabkan dalam soal dakwah, namun oleh kerana perbandingan yang saya buat itu adalah merujuk kepada kerajaan yang dilihat bertanggungjawab iaitu 1 Malaysia.

Oleh yang demikinan, gegitu jugalah isu kalimah Allah yang begitu hangat sekarang (walaupun ianya tidak sepatutnya begitu). Apakah laungan Takbir semangat agar Kalimah Allah ini tidak di gunakan oleh penganut Kristian itu benar-benar didasari dengan KEFAHAMAN atau ianya hanya disebabkan suatu ISU yang BESAR?. Maksud lain, adakah isu kalimah Allah ini adalah bangkit dengan Kefahaman atau bangkit dengan isu semata-mata.? Mungkin ini sebagai muhasabah buat kita semua yang melihat isu ini lebih dari sekadar isu, tetapi sebagai PISAU bagi membunuh KEJAHILAN dalam diri kita.

Tidak dinafikan, ia mungkin suatu hikmah dari Allah yang sesiapapun tidak mengetahui hakikat sebenar perancangan-Nya. Ia suatu hikmah kepada masyarakat agar menjadi PEKA dan RESPONSIF dengan ISU yang berlaku. Mudah-mudahan asbab dengan ISU, masyarakat menjadi FAHAM. Cuma cabarannya selepas FAHAM itu adalah bagaimana mahu meng AMAL kan.

Saya rasa sudah terlalu banyak penjelasan berkaitan isu ini, baik dari sudut hukum atau siyasah syariyyahnya (kesesuaian mengikut kebaikan atau kemudharatannya). Cuma apa yang diharapkan agar isu ini sepatutnya tidak dipolitikkan bagi kepentingan peribadi satu-satu parti politik kerana natijahnya akan menyebabkan isu ini berpanjangan tidak bernoktah. Malah menyebabkan ia akan menjadi semakin berserabut akhirnya merugikan umat Islam (khususnya). Penyelesaian dari sudut undang-undangnya biarlah dibuat oleh mereka yang berautority.

Umat Islam hari ini semakin lemah. Lemah bukan hanya tidak mempu MENYERANG malahan tidak mampu MENAHAN serangan. Buktinya apa yang berlaku apabila musuh-musuh Islam perlakukan terhadap umat Islam. Kerana hal yang remeh menjadi besar sehingga berpecah-belah. Peliknya ia berlaku sesama muslim. Benarlah akhir zaman ini seperti mana yang dikatakan oleh Almarhum Ust Fathi Yakan dimana jika zaman Rasulullah s.a.w dahulu, musuh-musuh umat Islam hanya dikalangan orang-orang Munafiq, orang Kafir, golongan syaitan dan nafsu. Namun di zaman sekarang, orang mu'min sendiri yang menjadi musuh. Apabila adanya sifat mazmumah seperti hasad dengki.

Sebabnya..

'Hubbuddunnia wa karohiatul maut' - Cinta dunia Takut mati.

~nasihat untuk diri saya juga~

Wallahu'alam

No comments: