26 January 2010

Gendang Pilihanraya Kampus kembali berbunyi..!!

Pro-Mahasiswa, menjadi antara wasilah kebangkitan mahasiswa kampus...

Gendang Pilihanraya Kampus (PRK) telah berbunyi...pilihanraya kampus yang membawa kepada pelbagai rencam dan gelagat kepada suasana politik kampus. Teringat dahulu ketika saya masih berlajar. Melihatkan perihal PRK ini ibarat 'perang' iaitu sesuatu perkara yang sangat penting buat mahasiswa yang prihatin. Tidak banyak beza dengan suasana Pilihanraya Umum luar dari sudut proses dan perlaksanaannya. Semuanya mengikut acuan pilihanraya yang (sepatutnya) berorientasikan Demokrasi. Perjuangan idealisma mahasiswa bagi menuntut perubahan ke arah yang lebih baik daripada pihak atasan. Hakikatnya bukan hanya meraih undi mahasiswa tetapi juga 'memancing' perhatian pelbagai pihak selain mahasiswa yang terlibat secara langsung atau tidak. Perhatian ini yang sepatutnya diperlukan.


Perhatian inilah yang menjadi faktor jika dilihat pada hari ini ia menjadi tatapan umum bukan sahaja kepada masyarakat kampus tetapi masyarakat luar. Kisah 9 mahasiswa yang di tangkap berhimpun bagi menuntut demokrasi kampus menjadi tanda tanya kepada masyarakat apa sebenarnya ruang lingkup sebenar dunia mahasiswa ini. Jika ditanya kepada masyarakat di sekitar tahun 80an atau 90an dahulu, mungkin mereka jelas peranan mahasiswa ketika itu adalah bukan semata-mata menjadi 'ulat buku', mencedok ilmu di menara gading, tetapi merupakan kilang mencetak dan menghasilkan para pemimpin yang bukan sahaja hebat dalam sudut keilmuan tetapi juga dari sudut kepimpinan. Maka tidak hairanlah acuan yang terbentuk dahulu terdiri daripada para cendekiawan dan ilmuan yang terkenal di Malaysia dan di dunia.


Zaman globalisasi dunia tanpa sempadan hari ini rupanya tidaklah sebebas dahulu. Masih lagi ada sempadan buat mahasiswa, sempadan yang menjadi tembok konkrit dan berduri-duri. Mahasiswa bukan sahaja di sekat kebebasan bersuara dan kebebasan bertindak tetapi juga diancam dengan pelbagai ancaman yang mengongkong. Keberadaan 'tangan-tangan ghaib' sering kali menjadi penganggu mahasiswa yang ikhlas berjuang. Nah, saya boleh katakan bahawa sebenarnya 'mereka-mereka' lah yang menjadi faktor mahsiswa hari ini bertindak dengan tindakan yang sepatutnya..sepatutnya jugalah ia membuka mata masyarakat luar bahawa 'golongan marhaen' juga terdapat di dalam masyarakat kampus yang terdiri daripada mahasiswa. Ia memberitahu bahawa 'tangan-tangan ghaib' itu sebenarnya datangnya dari 'luar pagar' kampus.


Sepanjang 4tahun saya berada di kampus itu jugalah saya melihat pelbagai cerita di sebalik kisah PRK ini. Kemudiannya pada hari ini membawa kepada kebangkitan mahasiswa walaupun sebenarnya kebangkitan mahasiswa ini telah pun berlangsung sejak era 70 dan 80an lagi. Namun hari ini ia menjadi semakin galak dengan penglibatan pihak-pihak berkuasa dan keselamatan yang dipergunakan kerajaan bagi menakut-nakutkan mahasiswa. Penangkapan mahasiswa yang terlibat dengan himpunan antaranya adalah sebagai gambaran awal golongan intelek muda hari ini semakin ditakuti, bukan ditakuti polis atau fru tetapi kerajaan. Boleh terfikirkah kita bagaimana ruang lingkup perjuangan mahasiswa ini di cemari dengan suasana politik luar yang caca-merba itu, dimana kerajaan ibarat 'master of puppets' kepada pihak keselamatan? Atau sebenarnya mahasiswa itu sendiri mahu dibentuk sepereti 'remote-control' kepada kerajaan, jika 'Yes', katakan 'Yes'..bukan 'No'. cerita The 'Yes Boss' series..turut menjadikan mahasiswa sebagai pelakon.


Peristiwa yang berlaku terhadap mahasiswa abad-21 hari ini membuka mata masyarakat luar bahawa idealisme mahasiswa bukan idealisme yang berbentuk fantasi semata-mata tetapi ianya realistik dan praktikal. Yang kesannya bukan dilihat di dalam kampus sahaja tetapi boleh dilihat kelak hasilnya apabila keluar nanti. Kerana mahasiswa bukan dicipta di kampus sebagai engineer, arkitek atau pendidik semata-mata tetapi juga sebagai perubah landskap politik negara yang lebih baik. Bebas dari sebarang kongkongan atau ketidakadilan dalam menyatakan idea, pandangan seteruskan kepada implementasi tindakan. Dalam masa sama tidak mengabaikan agama yang menjadi teras kehidupan.


Wallahu’alam..


p/s: teringat masa tampal poster calon sampai pagi...

No comments: