jangan jadi umat 'Sparta'..
'Allah' dan Zikir.
Saya berpandangan mungkin inilah hikmah di sebalik suatu perkara yang berlaku. Apabila isu kalimah 'Allah' ini bergendang kuat di serata negara semua umat tidak kira Islam atau bukan Islam menjadi cakna, di sebut-sebut ibarat suatu 'zikir' yang diamalkan setiap hari. Tumpuan telinga masing-masing menangkap bunyi kalimah 'Allah' ini di media massa di serata negeri. Bagi yang 'tinggal' di bawah tempurung, menjadi kaget dan hairan dengan apa yang berlaku. Bertanya-tanya kepada yang tahu. Rasa ingin tahu menjadi-jadi setelah ia merebak mula dari suara-suara hinggalah kepada tindakan-tindakan. Awalnya bunyi manusia, kemudiannya pula bunyi 'benda' buatan manusia. Natijahnya semua menjadi tak keruan, masing-masing mencari salah, yang tahu dia bersalah juga buat-buat tak salah dan mencari salah. Yang tidak bersalah sudah pasti bertambah binggung dan berasa empati dengan apa yang berlaku. Muhasabah.
Mungkin Tuhan (atau Allah) mahu tunjuk pada kita, khususnya kepada yang bergelar muslim. Jika sesama muslim sendiri yang tidak mampu dan mahu mengajar berzikir dan berfikir (mengingati Tuhan), biar non-muslim sahaja yang ajar. Walaupun ada orang yang lihat ia kurang ajar. Akhirnya, yang 'diam' dan 'lupa' atau buat-buat dunno sebelum ini tiba-tiba melenting. "Eh, mana boleh, itu hak kita, diorang takde hak"..sejak bila dia ada hak, kenapa sekarang baru fikir soal hak. Hak diri dia pada tuhan sebelum ini tidak pula dikisahkan. Dosa, noda dan maksiat yang bertong-tong tu hendak biar bertong-tong dan tong lagikah..? Owh, itu bukan hak kita kot..
'Sejadah berdiri'
Nah, la ni gegak-gempitalah Malaysia dengan bunyi-bunyi 'bom', walaupun bukan C4 seperti dulu. Tapi percayalah saban hari, pasti akan ada lagi rentetannya. Macamlah cerita sejadah berdiri bulan-bulan lepas. Cuma bezanya, bukan hanya di masjid atau surau sahaja, tetapi di gereja pula. Aih..lepas ni pasti hanya polis dan bomba sahaja yang menjadi ahli jemaah surau atau gereja, sebab yang lain semua menjadi takut. Cerita sejadah tu biarlah lepas, tapi cerita yang ini baru bermula, tak pasti bagaimana kesudahannya selepas ini.
Politik dan politikus..
Confirm..semua yang berlaku adalah percaturan Tuhan (atau Allah). Tapi yang confirm tetapi suam-suam kuku adalah percaturan orang-orang politik. Orang-orang politik yang 'berjuang'. Kadang-kadang mereka terlupa apa yang mereka perjuangkan itu seolah-olah umpama suatu plot cerita atau drama yang boleh di tonton di kaca-kaca televisyen, jalan cerita yang sama, watak pun hampir sama. Sebab drama itu sebenarnya sudah berkali-kali di tayangkan. Orang sudah pun hafal. Kenapa tidak dibuka atau dicuba skrip cerita yang baru shaja, sudah hampir 50tahun skrip yang sama diguna pakai. Cerita pula macam-macam genre ada. 18SX, 18SG, 18PL..dll..peliknya kebanyakan cerita-cerita tu..to be continue... akan bersambung, atau mungkin setakat itu sahaja jalan ceritanya.
Kesimpulan
Tak perlu hendak diperbesar-besarkan lagi isu yang sudah besar. Takut-takut pengajaran yang kecil (hakikatnya memberi kesan besar) itu di lupakan dan di abaikan, padahal itu lah itulah mutiara hikmah yang sepatutnya di kutip oleh umat Islam (khususnya) dari apa yang melanda umat hari ini. Janganlah terlalu banyak bersuara sehingga bertindak secara tidak rasional. Lupakah kita bahawa umat-umat terdahulu menjadi binasa akibat terlalu banyak perselisihan dan pergaduhan sehingga Tuhan murka sehingga menurunkan bala' yang dahsyat. Semuanya bukan sebab dunia nak kiamat atau dunia sudah penghujung, tetapi sebab sikap manusia itu sendiri. Wallahualam. Nasihat untuk diri.
Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhar r.a : ” Bahawa saya mendengar Rasulullah SAW bersabda :
"Apa yang aku larang kamu lakukan maka hendaklah kamu tinggalkannya, dan apa yang aku perintahkan kamu lakukan hendaklah kamu lakukan sekadar kemampuan kamu". [Hadith riwayat Bukhari dan Muslim]
p/s: Tukar "aih, apalah nak jadi dengan dunia sekarang" kepada "aih, apa nak jadi dengan umat manusia sekarang"..
No comments:
Post a Comment