Sekularime merupakan suatu ideologi atau fahaman yang membawa kepada konotasi berlakunya ”pemisahan di antara dunia dan akhirat”. Maksud lain ia merupakan suatu fahaman yang menjadikan urusan dunia itu tiada hubungkait dengan urusan akhirat, atau yang melibatkan urusan ketuhanan.
Contoh, isu kalimah Allah yang berpanjangan akhir-akhir ini membawa kepada kita tentang ajaran dan pembawaan ’sekularisme’ tajaan parti pemerintah, apabila melihatkan agama sebagai suatu yang peribadi sifatnya, ia suatu manifesti yang sangat halus dan berkesan. Setersnya membuka mata mereka yang sedar dan sering mengikuti perkembangan politik semasa Malaysia hari ini bahawa segala sepak terajang yang dilakukan oleh parti-parti politik di Malaysia memberi natijah yang besar kepada umat Islam khususnya.
Sebenarnya, rentetan kepelbagaian isu yang berlaku di Malaysia dahulu hingga sekarang membawa kita kepada suatu plot cerita lama yang diberi nafas baru, iaitu suatu ajaran sekularisme baru.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 208 yang bermaksud, ’’Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhannya (mematuhi hukum-hakam), dan janganlah kamu menuruti jejak langkah syaitan, sesungguhnya ia musuh kamu yang nyata”
Penggunaan idea sekularime baru ini menjadikan agama Islam suatu agama yang tidak lagi berperanan sebagai ajaran dominan dalam kehidupan manusia. Terdapat suasana di mana Islam tidak didaulatkan sebaliknya membenarkan bukan Islam yang memerintah. Jika ada pun ia menjadi Islam yang diperintah, bukan Islam yang memerintah, hatta pemimpin Islam sendiri yang menjadi pemerintah, seperti hati ini.
Oleh kerana aspek agama atau ketuhanan ini telah di letakkan jauh dari kehidupan manusia, maka ia secara langsung juga telah mempengaruhi disiplin sains politik. Iaitu suasana politik negara hari ini yang dilihat tidak menerapkan unsur moral dan etika, sebaliknya ia lebih menjurus kepada bagaimana kuasa diperoleh dan dipertahankan. Perlu diingatkan bahawa bukan sahaja ideologi-ideologi politik seperti komunisme dan sosialisme sahaja yang tereang-tereangan menolak unsur ketuhanan, atau sekularime yang menyanggahi ajaran Islam, tetapi juga idologi politik dari Barat seperti liberal-demokrasi yang juga merupakan asas dari ajaran sekularisme.
Sistem demokrasi berpalimen yang di asaskan di Malaysia juga merupakan cebisan dari sistem demokrasi liberal yang diamalkan di barat. Maka mahu tidak mahu realitinya kita harus sedar bahawa sistem politik Malaysia juga didasari dengan fahaman sekularime. Buktinya juga kita dapat lihat secara praktikal apabila Mahkamah Syariah hanya berkelayakan dalam menentukan hal-hal yang berkaitan dengan persoalan kekeluargaan. Ia menjadikan Islam sesuatu yang personnal dan tidak boleh campur tangan meskipun individu tersebut melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam dan menyalahi undang-undang yang sedia ada.
Hujah untuk menjadikan undang-undang Islam sebagai undang-undang dasar negara menjadi perkara yang mustahil dilaksanakan oleh segelintir pihak termasuk pemimpin negara yang beragama Islam. Persoalan masyarakat majmuk menjadi ’alat’ yang selesa untuk tidak mahu menerima undang-undang Islam. Dengan memberikan alasan undang-undang sedia ada hari ini lebih memberi gaya ’maju’, ’up-to-date’ atau ’terkehadapan’ berbanding undang-undang Islam adalah alasan dari mereka yang buta sejarah dan jahil.
Menerima undang-undang Islam sebagai undang-undang dasar negara tidak bermaksud bahwa setiap ppenduduk dipaksa menerima aqidah Islam. Harus di fahami perbezaan di antara menerima undang-undang Islam sebagai undang-undang negara dengan menerima Islam sebagai agama. Kebanyakan pemimpin-pemimpin politik yang beranggapan sedemikian hakikatnya telah di’sekular’kan pemikiran dan kefahaman mereka oleh Barat.
Perlembagaan Malaysia dalam Perkara 3(1) dan dikuatkan lagi dengan Perkara 4(1) menjadi bukti bagaimana sistem politik negara masih lagi dijajah, dijajah dengan sekurisme Barat. Antara cara lain bagaimana Islam di keluarkan dalam sistem politik adalah dalam aspek budaya. Perlembagaan Malaysia juga terlibat dalam meneruskan tradisi ini apabila mensyaratkan bahawa untuk menjadi Melayu, seseorang itu harus menganuti agama Islam. Apa yang perlu diamati disini adalah perkataan ’Melayu’ didahulukan sebelum perkataan ’Islam’. Nah, atas dasar inilah terdapat suatu parti politik kebangsaan di Malaysia yang menjadikan bangsa Melayu yang layak dan menjadi syarat untuk memerintah, bukan Islam.
Serangan terhadap gerakan Islam dari dulu hingga hari ini telah membawa kepada suatu usaha dan komitmen gigih yang kita tidak sedar dari mereka yang duduk di atas nama parti politik,mahupun ’ulama’ rasmi atau tidak rasmi, iaitu dalam menerapkan sejelas-jelasnya fahaman sekularime kepada rakyat. Perlu di sedari bahawa fahaman sekularisme merupakan suatu fitnah yang besar kepada umat Islam. Ia juga merupakan suatu bentuk syirik kepada Allah.
Maka Islam solusinya. Kerena dalam Islam itu tidak ada sekularisme dan tidak diizinkan langsung dalam alam Islam andai tidak berpaksikan Tauhid. Sayugia hari ini dilihat pelbagai usaha dari parti dan gerakan Islam untuk mengeluarkan ajaran sekularisme ini dari perlembagaan negara. Dan sememangnya usaha ini memerlukan masa yang panjang dan usaha yang kuat. Kemenangan harus diperoleh, dan sememangnya kemenagan Islam itulah yang menjadi tunjang perjuangan. Wallahualam.
p/s: Agak-agaknya 1 Malaysia dengan Islam Hadhari, mana lebih sekular??..
No comments:
Post a Comment