Ramai pemimpin UMNO berharap agar isu kalimah Allah ini tidak akan berulang lagi. Hingga ada di antara mereka berjanji tidak akan membenarkan penggunaan kalimah Allah ini terhadap bukan Islam di digunakan buat kedua kalinya selepas ini (click).
Teringat dahulu isu IFC (interfaith commission) yang berlaku dalam negara. Isu itu bukan isu cabang dalam bab Aqidah, tetapi isu pokok dalam Aqidah, yang membawa murtad (secara jelas). Tetapi kenapa pula mereka tidak mengatakan hak untuk tidak membenarkan ketika isu ini berlaku. IFC adalah isu tuntutan hak oleh empat agama iaitu Kristian, Sikh, Hindu,dan Buddha terhadap hak pemilihan agama dan dalam menentukan agama Islam seolah mengambil peranan sebagai mahkamah syariah yang menentukan agama Islam seperti soal kebebasan memilih agama dan sebarang urusan yang mempertikaikan hak agama Islam (click).
Jadi apa hak/tindakan kerajaan dalam isu tersebut? Nak kata demonstrasi, sudah tentu tiada. Hanya pembangkang dan NGO-NGO lain yang bertindak mengadakan himpunan bantah, petisyen , memorandum dalam menyebarkan kefahaman tentang implikasi IFC ini. Namun ketika itu, kerajaan yang di terajui BN-UMNO diam membisu.
Ramai yang tahu bahawa isu kalimah Allah yang berlaku ketika ini boleh membawa kepada penyelewengan agama jika ia disalah guna, dalam erti kata lain ia juga boleh membawa kepada gejala MURTAD seperti isu IFC dahulu, terutamnya bagi mereka yang lemah kefahaman agamanya. Tetapi seperti yang di bahaskan sebelum ini berdasarkan hukum dan siyasah syar’iyyah, isu ini memerlukan kepada perbincangan antara agama, bukan dengan tindakan yang tidak matang seperti melakukan himpunan membantah atau lebih teruk sehingga membawa kemusnahan rumah ibadat agama lain bagi menunjukkan rasa tidak setuju penggunaan kelimah ‘Allah’ ini oleh mereka.
Mengapa isu IFC dahulu kerajaan tidak pula bersemangat bangkit dalam menyatakan hak? Hari ini mereka telah mengadakan himpunan membantah di setiap tempat, dan ada juga kes yang membakar gereja. Semuanya adalah rentetan dari api kemarahan yang tercetus dari golongan yang berkepentingan. Rasa marah di gambarkan melalui tindakan yang kurang kena pada tempatnya. Disebabkan kalimah 'Allah'.
Saya terfikir kenapa isu IFC dahulu tidak pula ada tindakan membakar gereja atau kuil, mungkin 'agak relevan' (saya bukan menghasut) memandangkan 'permintaan' golongan bukan Islam yang dilihat agak 'kurang ajar' dalam tuntutan IFC ketika itu. Padahal tuntutan-tuntutan tersebut jelas suatu pencabulan terhadap agama Islam jika dibandingkan tuntutan mereka terhadap isu kalimah 'Allah' ini yang mungkin kita sendiri tidak berapa jelas tentang niat mereka.
Ia juga sepatutnya menjadi suatu refleksi kepada kesedaran kita terhadap isu murtad yang berlaku sebelum itu, Aisyah Bukhari, Natrah dan ramai lagi. Mengapa dalam isu kalimah Allah ini kerajaan BN-UMNO begitu risau dan bimbang agama Islam (atau kalimah Allah) dipermain-mainkan oleh agama lain berbanding kerisauan tentang kes murtad yang semakin bertambah di Malaysia (samada kita sedar atau tidak).? Itu belum kira lagi tindakan terhadap pertubuhan-pertubuhan yang bergerak untuk memurtadkan Muslim, gerakan Kristianisasi dan juga mungkin pertubuhan 'halus' yang berwajahkan Islam. (etc: SIS)..
Islam bukan agama keganasan. Tindakan yang tidak sepatutnya yang dilakukan oleh mereka terhadap isu kalimah Allah ini hanyalah atas dasar kepentingan politik sempit. Ada pihak yang merasakan merekalah pejuang Islam tetapi hakikatnya memperjuangkan kepentingan politik mereka, mereka mahu masyarakat melihat parti politik mereka juga juara memperjuangkan agama. Malangnya, tindakan mereka yang cuba mencetuskan api perkauman dan agama itu sangat di tegah dalam Islam. Bagaimana mahu dikatakan mereka pejuang agama tetapi tindakan mereka itu langsung tidak berlandaskan Islam. Bahkan track-record mereka sebelum ini juga tidak mencermin mereka berakhlak dengan akhlak Islam. Rasuah, seleweng wang rakyat, bunuh, curi, tidak amanah terhadap jawatan dll. Apatah lagi nak di katakan pejuang Islam. jauh panggang dari api.
Ia bukan bermaksud tiada prinsip untuk mempertahankan agama, tetapi biarlah IKHLAS. Tindakan yang ikhlas dan rasional berdasarkan kefahaman yang sahih.
Lupakah kita pada IFC??
No comments:
Post a Comment