Berita berkaitan: Sarawak diberi perhatian istimewa
"Sarawak kini bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya umum dan ia dijangka diadakan bila-bila masa walaupun mandat semasa hanya berakhir Julai 2011 "
BN benar-benar tidak mahu Sarawak jatuh di tangan Pakatan pada PRU nanti. Maka pelbagai rancangan dan persiapan awal dilakukan BN agar Sarawak kekal milik BN. Dengan bermodalkan slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" maka bertebaranlah slogan ini dicanang di setiap negeri, walaupun hakikatnya hanya di implimenkan di negeri jajahan mereka sahaja.
Peliknya setelah 50tahun BN memerintah Sarawak, ia masih lagi dilihat sebuah negeri yang jauh ketinggalan dari sudut infrastruktur atau kemudahan asas. Sama juga seperti Sabah, kerajaan BN juga tidak harus lupa pada Sabah yang merupakan sebuah negeri yang kaya tetapi miskin dengan kehendak dan keperluan penduduk.
Komitmen kerajaan BN dalam menyatakan hasrat untuk memberi perhatian kepada Sarawak bukanlah sesuatu yang menghairankan. Kerana seperti juga negeri-negeri lain, mereka juga akan mengatakan hasrat yang sama, iaitu memberi perhatian, malah ada yang mahu menjadikan negeri atau kawasan sebagai negeri anak angkat, mahupun negeri anak emas. Paling jelas ketika menjelang pilihan raya.
Namun demikian, ia juga memberi maksud kepada keraguan dan tanda tanya kepada rakyat, apa benar rakyat didahulukan. Atau ia sebenarnya bermaksud rakyat di negeri pemerintahan BN sahaja yang didahulukan. Saya rasa tak perlu diperjelaskan lagi apa yang berlaku pada negeri-negeri Pakatan rakyat terutama Kelantan (dengan isu royalti minyaknya) yang bukan sahaja tidak didahulukan malah di aniaya oleh pusat. Semuanya kita boleh simpulkan dengan Ketakutan pada bayang-bayang sendiri. Mengapa perlu double-standard pada negeri di bawah pemerintahan PR padahal ia sepatutnya menjadi tanggungjawab mereka sebagai kerajaan pusat. Sedangkan negeri-negeri di bawah pemerintahn BN ini di 'belai' ??
BN sememangnya sangat mahukan pilihanraya dimenangi mereka terus-menerus, terutama kesan pasca PRU12 yang sedikit sebanyak menggugat kuasa mereka. Hal ini ditambah lagi dengan kemelut parti-parti komponen BN yang akhir-akhir ini bertikam lidah sesama mereka MCA dan MIC dan tak lupa UMNO. Ini merupakan cabaran buat BN bagi memelihara hubungan antara mereka, melihatkan sejarah yang pernah berlaku ketika MCA yang mahu meninggalkan perikatan pada pilihanraya 1969. BN semakin lemah, ia akan lebih lemah apabila parti komponen didalamnya bergelut.
Mengambil konteks di Sarawak, sememangnya ia sebuah negeri yang sarat dengan kekayaan khazanah bumi seperti minyak selain industri perdagangan dan perhutanan seperti balak. Namun jika dilihar di Sarawak juga terdapat kira-kira 10000 rumah setinggan yang majoritinya terdapat di Miri, iaitu 4,000 buah diikuti Bintulu (3,000) dan Kuching (1,800).(sumber). Ini menggambarkan masih ada golongan rakyat yang hidup melarat sedangkan kerajaan pusat sendiri telah memperuntukkan sejumlah RM50 juta untuk membina RMR (Rumah Mesra Rakyat) dan RMM (Rumah Mampu Milik) di negeri ini dalam RMK-10. Maka ianya harus dibuktikan oleh kerajaan BN supaya memperbaiki segala kelompangan di Sarawak untuk tempoh 5tahun yang akan datang.(walaupun masih berbaki berapa tahun lagi).
Namun demikian, rakyat khususnya menjadi terkilan jika 'perhatian istimewa' ini hanya berlaku di negeri-negeri 'kesayangan' BN. Sudah pasti yang menanggung itu adalah rakyat sendiri. Dan ianya akan kembali semula kepada soal Keadilan yang selalu dilaung-laungkan oleh rakyat marhaen di Malaysia ini. Umumnya semua sudah faham erti keadilan itu. Ancaman terhadap keadilan itu bukannya datang daripada pelbagai sistem perundangan yang ada tetapi ia berpunca dari suatu kuasa negatif yang memesongkan kita daripada cabaran yang kita hadapi.
Dalam melaksanakan kuasa, terkadang kita alpa akan keadilan. Sifat tamak membolot pangkat dan harta atau terlalu ghairah memperjuangkan ideologi dan kepentingan diri membuatkan manusia itu lupa sehingga menjejaskan komitmen dan amanah yang sepatutnya dijalankan sebagai khalifah. Keadilan.
Kesimpulannya, BN-UMNO, MCA dan MIC (dan lain-lain) perlu sedar 'kuasa' yang mereka peroleh dari rakyat itu tidak akan kekal lama. Keputusan PRU12 memberi petunjuk suatu landskap baru politik di Malaysia bahawa BN banyak kehilangan sokongan di semenanjung. Mereka sebenarnya mengharapkan sokongan Sabah dan Sarawak sebagai talian hayat buat mereka berkuasa di Malaysia. Namun, andai prestasi BN di teruskan momentumnya seperti hari ini, di bawah pimpinan Najib Razak, sudah pasti ia bukanlah suatu yang mustahil Sabah dan Sarawak akan jatuh ke tangan PR. Wallahualam.
p/s: Sabah dan Sarawak juga boleh guna nama Allah....ini perhatian istimewa juga kah????
No comments:
Post a Comment