23 January 2010

PAS dan nama Allah


“75 peratus orang Melayu menolak pandangan PAS yang mengizinkan Kristian menggunakan nama Allah. Hanya 25 pertaus sahaja menyokongnya. Di kalangan bukan Melayu pula, 90 peratus menyokong PAS manakala 10 peratus sahaja menentangnya.”


Inilah kenyataan yang saya temui hari ini. Ia berdasarkan analisa rambang yang dibuat oleh beberapa pihak ekoran isu nama Allah.


“Jika begitu kedudukannya, PAS akan kalah di semua kerusi yang ditandinginya,” kata saya kepada pihak yang memberikan maklumat itu kepada saya. Analisa saya kepada maklumat itu adalah:


75 peratus dari 60 peratus orang Melayu akan mengundi Umno. Hanya 25 peratus sahaja akan mengundi PAS. Ini bermakna, PAS hanya akan mendapat 15 peratus pengundi kelompok ini.


PAS akan mendapat 36 peratus dari 40 peratus pengundi bukan Melayu di Malaysia. Ini bermakna, jumlah undi yang diperolehi PAS adalah 51 peratus berbanding dengan Umno 49 peratus dari seluruh kelompok masyarakat negara ini.


Jika begitu kedudukannya, walaupun PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Malaysia tetapi PAS akan kalah di kesemua kerusinya kerana PAS hanya bertanding di kawasan Melayu majoriti melebih 70 peratus.


Inilah dilema PAS... kalau dilihat kepada senario hari ini.


Namun, saya melihat dari perspektif berbeza. Benar inilah senario hari ini tetapi bukannya senario hari esok dan hari-hari seterusnya. Ini kerana, senario hari ini berlaku berdasarkan emosi orang Melayu dan bukan berdasar fakta sebenar kenapa PAS bertindak sedemikian dalam isu nama Allah ini.


Secara ringkasnya, pendirian PAS dalam isu nama Allah adalah:-


1) PAS setuju tidak salah agama Kristian menggunakan nama Allah kerana semua agama Samawi sememangnya menggunakan nama Allah untuk Tuhan mereka.


2) PAS tidak mahu nama Allah disalahgunakan untuk tempat-tempat yang tidak sewajarnya.


Jelas apa yang diputuskan oleh PAS adalah berdasarkan Islam yang menjadi dasar PAS selama ini. Keputusan itu tidak dibuat PAS kerana kepentingan politik atau kerana emosi para pemimpinnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam itu. Ia pula dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS selepas berbincang dan bermesyuarat.


Dan buat pertama kalinya selepas isu unity government, para pemimpin utama PAS bersatu hati dalam tindakan mereka. Kalau selama ini kelihatan semacam ada kumpulan-kumpulan dalam PAS, isu nama Allah telah menyatukan mereka kembali.


Pemimpin yang membuat kenyataan berbeza dari keputusan 12 Jan itu juga bertegas, pandangan mereka sebelum itu adalah pandangan pribadi. Kini pandangan mereka adalah sama dengan pandangan parti yang diputuskan 12 Jan itu.


Terbukti kini secara perlahan-lahan, PAS telah membuat keputusan yang tepat dengan keperluan parti dan keperluan negara sebenarnya. PAS bukan lagi parti kampung atau parti keagamaan sempit tetapi parti yang meletak kepentingan negara didepannya.


Bayangkan jika PAS berpendirian menentang keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Kristian menggunakan nama Allah itu. Saya yakin, kalaulah PAS mengambil keputusan itu, bukan lapan gereja yang menjadi mangsa “vandalism”. Bahkan, berpuluh-puluh gereja yang bakal menjadi mangsa. Ia bukan lagi dinamakan “vandalism” tetapi serangan berdasarkan “jihad agama”.


Saya katakan semua ini kerana sememangnya perasaan curiga di dalam masyarakat antara Islam dan Kristian ini sudah lama ditanam. Siapa yang menanamnya tidak diketahui. Yang pasti, ia umpama “fitnah” yang sedang tidur. Jika ia digerakkan, maka akan bangunlah ia.


Oleh itu, sesiapa yang masih tidak bersetuju dengan keputusan PAS ini perlu berfikir sekali lagi. Fikiran itu hendaklah dibuat dengan rasional dan berdasarkan sikap terbuka, bukannya emosi. Apakah yang PAS buat itu betul atau salah.


Benar, Umno menggunakan segala organ dan jentera yang dikawalnya untuk mempengaruhi masyarakat agar memihak kepada pemikiran sempitnya iaitu menentang permohonan Kristian itu. Ia bertujuan untuk memberitahu rakyat Umnolah pejuang agama sebenar. PAS hanya memperalatkan agama bukannya pejuang agama.


Antaranya Umno menggunakan platform yang paling ampuh di kalangan orang Melayu iaitu mimbar Jumaat dan Istana untuk mempengaruhi emosi dan pemikiran orang Melayu.


Minggu lepas, sekurang-kurang hampir semua mimbar Jumaat di semua masjid dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membaca teks khutbah yang dibekalkan oleh pihak berkuasa agama yang dikawal kerajaan. Dalam khutbah itu, dibahaskan betapa tidak wajarnya Kristian dibenarkan menggunakan perkataan Allah. Ini kerana Kristian tidak percaya kepada Allah yang satu tetapi trinity.


Di Selangor, pihak berkuasa agama negeri mengeluarkan titah Sultan Selangor melarang nama Allah digunakan oleh agama Kristian.


Namun, ia tidak membawa kesan yang besar. Ini kerana, kewibawaan ulama PAS dalam hal agama ini jauh lebih baik. Bayangkan jika PAS juga bersama mereka... hancurlah negara.


The Malaysia Insider


Ini kali ke berapa agaknya Najib n Rosmah pergi Umrah??


Komentar:


Inilah yang dikatakan kepentingan Agama di letakkan di hadapan. PAS tidak menggadaikan agama berkenaan isu ini (seperti yang dianggap beberapa pihak). Andai PAS meletakkan kepentingan politik di hadapan hingga menggadaikan agama maka sudah pasti PAS sama sahaja dengan UMNO yang kononnya dilihat sebagai pembela agama sedangkan mereka sendiri yang menjadi pencemar. Rakyat telah tahu dasar UMNO adalah dasar kebangsaan Melayu dari dulu hingga kini, teriaklah sekuat mana pun slogan Islam, selagi mereka tidak declair yang dasar perjuangan mereka itu adalah Islam nescaya rakyat akan melihatnya tidak lebih dari sekadar suara hipokrit semata-mata.


Isu ini telah memberi pengajaran kepada rakyat bahawa melihat Islam itu bukan hanya semata-mata atas dasar semangat dan rasa sensitiviti, tetapi dari kefahaman yang digunapakai bagi menyelesaikan sebarang isu yang melibatkan agama. Andai UMNO benar-benar serius tentang isu ini sudah pasti "ulama'-ulama'" mereka akan bangkit. Ini isu agama mengapa tidak dirujuk kepada mereka yang ahli, bukannya merujuk kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang jahil itu.


Jika UMNO mahu dilihat mereka juara dan pembela agama, undang Islam itu dahulu harus dilaksanakan..kalau itu tak mampu,ubahlah sikap buruk seperti rasuah, pembaziran, penyelewengan dll, dan kalau tak mampu juga cukuplah sekadar menegur isteri-isteri dan bini-bini pemimpin mereka supaya menutup aurat (rambut dll)..wallahualam

No comments: